Piminan Pn Bn Cakap Anti Rasuah Harta Ratusan Juta



Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang tidak dapat dianjurkan seperti biasa secara ceramah umum dihadiri ribuan rakyat diganti ceramah atas talian oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Meski pun hanya rakaman, namun pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi begitu bersemangat menyeru agar pengundi di Melaka membuat perubahan dalam PRN 20 November ini.
Beliau memberi ingatan agar pengundi tidak terpedaya dengan ungkapan antirasuah pemimpin BN dan PN sedangkan masing-masing mempunyai kekayaan melimpah ruah.
Katanya, rakyat Melaka mempunyai peluang terbaik untuk melihat kerajaan yang bersih tanpa skandal pasir atau mengagih projek kepada kroni dengan memilih selain BN atau PN.
“PRN ini (kata orang) tak merobah semua. Tak betul, pilihlah orang yang anti rasuah. Orang bercakap anti rasuah ramai, semua anti rasuah tetapi pasir yang menelan ratusan juta itu dibolot oleh segelintir kelompok, nelayan terpinggir.
“Saya pergi ke Tanjung Bidara nelayan mengeluh. Tempat teduhan tak ada, jeti tak ada. Nelayan hampir 3 generasi kehidupannya hampir sama.
“Pergi kawasan Felda, baik di Asahan, Rim, Machap tidak banyak yang diberi sentuhan untuk bawa perubahan. Peniaga kecil Melayu, Cina, India, tak bolehkah kita bangunkan tempat perniagaan yang lebih baik.
“Masalah negara kita ini ialah dasar ditentukan oleh kelompok kecil yang jaga kepentingan sendiri. Pemimpin ada ratusan juta tetapi isytihar menentang rasuah. Pemimpin jenis ini hanya bicara menentang rasuah bila hampir pilihan raya, pada waktu lain merekalah jaguh memperkaya anak, isteri dan kroni,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut juga menempelak gaya berkempen BN dan PN yang lebih menekankan dominasi Melayu dalam politik. Memastikan Ketua Menteri Melayu, ADUN Melayu dan kalau boleh semua pimpinan Melayu.
Anwar turut mempersoalkan kempen ‘merapu’ komponen PN yang mengaitkan PH dengan ideologi komunisme dan segala macam kebencian lain. Sedangkan hal itu tidak boleh dibuktikan dan memang tidak wujud sama sekali.
“Yang ditonjolkan Ketua Menteri Melayu, ADUN majoritinya Melayu. Sedangkan yang perlu dipastikan perwakilan cukup dari semua kaum.
“Cakap soal Islam, kempen konon kalau PH menang komunis akan berkembang. Kalau di Pulau Pianng pula dah jadi negara Kristian, tak ada azan. Janganlah perbodohkan rakyat. Mereka kalau tahu apa yang berlaku, dia akan menolak orang begini. Gunalah nama apa, pakai jubah, tetapi kalau bercakap bohong mengelirukan, kita wajib menolak kenyataan seperti itu.
“(Realitinya) anak-anak yang tak bayar PTPTN boleh keluar negara? Tak boleh, kerana dibeku perjalanan dan pasport tetapi orang besar kalau pun didakwa dan dihukum rasuah, semua dilepaskan.
“Kalau mahkamah nak lepaskan urusan mahkamah, tetapi kenapa yang kecil ini dianggap separuh hamba, dipermainkan dan dinafikan hak mereka. Ini yang kita tolak.
“Saya nak rayu kepada saudara saudara, buat pilihan terbaik dan inshaAllah kita akan cuba sedaya upaya untuk bawa perubahan untuk di Melaka supaya lebih bermakna lagi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33497

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Cakap Pandang Harta Laki Tanggung Sed1h H4ti Seb4k Luahan Hati Mawar Pen4t Kerja Tapi Dapat Tudvhan Bukan Bukan

Orang Cakap Pandang Harta Laki Tanggung Sed1h H4ti Seb4k Luahan Hati Mawar Pen4t Kerja Tapi Dapat Tudvhan Bukan Bukan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 301 hits
Pelakon Mawar Rashid bersyukur dapat memiliki rumah idaman seawal usia 26 tahun berkat dari kerja kerasnya bersama suami Raf Yaakob Mawar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang selama...
Mahkamah Arah Abd Latif Bandi Anak Bela Diri Tuduhan Rasuah Rm35 7 Juta

Mahkamah Arah Abd Latif Bandi Anak Bela Diri Tuduhan Rasuah Rm35 7 Juta

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 318 hits
JOHOR BAHRU Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan bekas Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi anak lelakinya dan seorang perunding hartanah membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35 7 juta empat...
Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan ...
Rasuah Rm35 Juta Bekas Exco Johor Diarah Bela Diri

Rasuah Rm35 Juta Bekas Exco Johor Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 407 hits
AGENDA DAILY Datuk Abd Latif Bandi Seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi diarah Mahkamah Tinggi di Johor Bahru untuk membela dirinya bersabit 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM35 jut...
Sebab Najib Tidak Hadir Ke Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa Iacc16

Sebab Najib Tidak Hadir Ke Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa Iacc16

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 115 hits
Ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa IACC16 di Putrajaya Adakah Perdana Menteri kita tidak sihat Sebagai Tuan Rumah Persidangan IACC ke 16 Perdana Menteri yang tidak hadir ke...
Prn Melaka Semua Calon Pn Wajib Tandatangani Akujanji Anti Rasuah

Prn Melaka Semua Calon Pn Wajib Tandatangani Akujanji Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 213 hits
Perikatan Nasional mewajibkan kesemua 28 calonnya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menandatangani surat akujanji menentang rasuah dalam tempoh sehari dua lagi Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi menunjukkan komitmen gabung...
Persoalan Timbul Berhubung Pelaburan Ratusan Juta Ringgit Syarikat Malaysia Di Uk

Persoalan Timbul Berhubung Pelaburan Ratusan Juta Ringgit Syarikat Malaysia Di Uk

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 248 hits
MALAYSIA NOW Komuniti perniagaan UK berkata pengumuman serupa satu ketika dahulu tidak pernah diambil tindakan susulan selain tidak memberikan sebarang hasil Sebuah kenyataan perdana menteri Britain memasukkan sebuah firma Malaysia sebagai ...
Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan di Dewan Rakyat yang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon ganjaran hadia...
Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 247 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengayuh beca semasa hadir program santai pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Bandar Hilir Melaka Foto SYAFIQ AMBAK BANDAR MELAKA Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untu...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri