Persoalan Timbul Berhubung Pelaburan Ratusan Juta Ringgit Syarikat Malaysia Di Uk


 MALAYSIA NOW

Komuniti perniagaan UK berkata pengumuman serupa satu ketika dahulu tidak pernah diambil tindakan susulan selain 'tidak memberikan sebarang hasil'.

Sebuah kenyataan perdana menteri Britain memasukkan sebuah firma Malaysia sebagai sebahagian daripada janji pelaburan berbilion pound. Gambar: AP Janji pelaburan £60 juta (RM342 juta) di United Kingdom (UK) oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan penuh kontroversi Malaysia menimbulkan sungutan dalam kalangan komuniti perniagaan dan pelabur di negara itu.
Mereka memetik pengumuman serupa satu ketika dahulu yang dikatakan tidak pernah diambil tindakan susulan selain “tidak memberikan apa-apa hasil”.
“Akhirnya, pengumuman itu hanya menjadi satu cara mudah untuk kumpul banyak wang dengan mendakwa tawaran awam permulaan (IPO) saham syarikat itu akan diadakan,” kata seorang pelabur yang maklum dengan “taktik” beberapa syarikat bagi mengumpul dana dengan melibatkan diri dengan pegawai kanan perdagangan sesebuah kerajaan.
MalaysiaNow tidak boleh mengesahkan dakwaan tersebut dan memilih untuk tidak menamakan ahli perniagaan itu.
Pengumuman perdagangan oleh kerajaan UK memasukkan ikrar syarikat tersebut sebagai sebahagian daripada kira-kira £10 bilion yang diperoleh daripada pelabur semasa sidang kemuncak pelaburan yang diadakan di London bulan lepas.
Syarikat itu juga dikatakan menjanjikan £30 juta bagi pembinaan “rumah modular lestari” yang didakwa mampu mewujudkan lebih 200 pekerjaan, selain jumlah yang sama bagi pembinaan kemudahan kitar semula.
Ketika dihubungi MalaysiaNow, wakil perdagangan UK di Kuala Lumpur mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan 10 Downing Street, namun berkata ia tidak dapat mendedahkan butiran jenis pelaburan yang dijanjikan oleh syarikat Malaysia tersebut.
Setakat ini, syarikat itu belum lagi memberikan sebarang jawapan ketika ditanya MalaysiaNow.
Bagaimanapun, seorang veteran industri mempersoalkan ikrar syarikat tersebut, mengatakan janji pelaburan serupa yang dibuat di UK tidak lama dahulu tidak memberikan sebarang hasil, walaupun jutaan pound dikutip bagi pelaburan IPO “yang tidak pernah berlaku”.
Pra-IPO ialah satu bentuk atau cara pengumpulan dana bagi membolehkan syarikat mengumpul wang yang cukup sebelum penyenaraian awamnya di bursa, di mana pelabur akan ditawarkan dengan diskaun dalam pembelian sahamnya.
“Pelabur bersedia untuk melabur dalam pra-IPO dengan mempertimbangkan potensi pulangan perniagaan yang dirancang, dan pengumuman rasmi dengan liputan luas akan menjadi cara terbaik untuk meyakinkan mereka,” kata ahli perniagaan yang berpangkalan di London itu kepada MalaysiaNow.
Beliau memberi amaran banyak syarikat mempunyai sejarah tidak melakukan IPO walaupun mengumpul banyak dana daripada bakal pelabur.
Malahan, beliau juga memetik bagaimana syarikat Malaysia tersebut mengumumkan pelaburan sebanyak £12 juta pada 2015 sebagai sebahagian daripada rancangan besar kerajaan UK untuk meningkatkan ekonomi bandar-bandar di utara Britain.
“Kemudahan kitar semula yang serupa turut menjadi sebahagian janji pelaburan (syarikat tersebut). Dan ia bahkan mendapat pujian daripada David Cameron, kerana memang difahami sebarang pelaburan ketika itu boleh meningkatkan sokongan politik kepadanya,” tambahnya, merujuk kepada perdana menteri Britain ketika itu.
Tiga tahun kemudian, syarikat tersebut berkata pelan penyenaraiannya ditangguhkan kerana situasi pasaran yang sukar dihadapi pihaknya.
Sedangkan, syarikat itu menyasarkan AS$20-50 juta dalam pembiayaan pra-IPO, lebih tinggi daripada AS$6-$10 juta (yang diumumkan) sebelumnya, menjelang penyenaraian syarikat itu di pasaran London pada November 2018.
“Hakikatnya, ahli-ahli politik ini tidak arif tentang butiran pelaburan. Mereka hanya pandai buat pengumuman,” kata ahli perniagaan tersebut.
“Dalam kes ini, mereka akan terima sesiapa sahaja yang umumkan akan buat pelaburan bernilai jutaan bagi menjana ekonomi, sedangkan dalam banyak kes, ia hanyalah tipu muslihat untuk mengutip dana pelaburan pra-IPO, namun ia tidak pernah buat IPO,” tambahnya.
“Akhirnya, semua pelaburan itu lenyap begitu sahaja.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/persoalan-timbul-berhubung-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Rugi Lebih Rm620 Juta Akibat Tidak Patuh Pengurusan Kewangan

Malaysia Rugi Lebih Rm620 Juta Akibat Tidak Patuh Pengurusan Kewangan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 181 hits
BERNAMA Ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari...
Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 287 hits
Bajet 2022 RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia Sejak wabak COVID 19 menjengah ke tanah kita lebih 4 700 anak anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini Sebagai Keluarga Mala...
1mdb Hakim Di London Benarkan Malaysia Dakwa Dana Pelaburan Abu Dhabi

1mdb Hakim Di London Benarkan Malaysia Dakwa Dana Pelaburan Abu Dhabi

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 161 hits
AGENDA DAILY Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang berjalan Seorang hakim di London memberi kebenaran kepada Malaysia terhadap permohonan untuk meneruskan...
Sprm Tahan 16 Pengarah Syarikat Disyaki Seleweng Puluhan Juta Geran Kerajaan

Sprm Tahan 16 Pengarah Syarikat Disyaki Seleweng Puluhan Juta Geran Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 290 hits
BERNAMA Puluhan juta dilesapkan oleh kumpulan tersebut yang pada asalnya memohon geran Mitra bagi melaksanakan program sosioekonomi masyarakat India di Malaysia SPRM menganggarkan hampir 60 peruntukan geran yang diterima oleh syarikat orang...
Bajet 2022 Keluarga Malaysia Wajib Bersyukur

Bajet 2022 Keluarga Malaysia Wajib Bersyukur

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 353 hits
Bajet 2022 seluruh Keluarga Malaysia WAJIB BERSYUKUR Dalam kegairahan dan kegembiraan seluruh rakyat Malaysia usah alpa bahawa semua REZEKI yang kita perolehi ini adalah daripada Allah semesta alam Ambil hikmah iktibar bahawa Allah sentiasa...
Kj Respon Video Tular Wanita Kulit Putih Tak Mahu Pakai Mask Bila Di Malaysia Tolong Mask Up

Kj Respon Video Tular Wanita Kulit Putih Tak Mahu Pakai Mask Bila Di Malaysia Tolong Mask Up

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 130 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta orang ramai khususnya pelancong asing untuk mengenakan pelitup muka ketika berada di mana mana lokasi awam di Malaysia Menerusi hantaran terbaru di laman Twitter rasmi beliau Khairy Jama...
Direct Cash Aid Programme Rebranded As Bantuan Keluarga Malaysia

Direct Cash Aid Programme Rebranded As Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 282 hits
BUDGET 2022 Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz has announced that the direct cash aid programme will be improved and rebranded as Bantuan Keluarga Malaysia under Budget 2022 Next year the direct cash aid initiative will be improved T...
Malaysia Strongly Condemns Israel S Illegal Settlement Expansions

Malaysia Strongly Condemns Israel S Illegal Settlement Expansions

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 240 hits
Malaysia strongly condemns Israel s recent decision to construct more than 3 000 new settlement units in the occupied Palestinian territory including East Jerusalem Foreign Minister Saifuddin Abdullah in a statement on Friday said the conti...
T15f22 Beli Insurans Hayat Online Di Malaysia

T15f22 Beli Insurans Hayat Online Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 265 hits
Kuala Lumpur U for Life Sdn Bhd syarikat pengendali platform insurans hayat atas talian pertama di negara ini yakin penyelesaian insurans menyeluruh yang ditawarkannya mampu membantu usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan insurans hay...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan