Mahkamah Arah Abd Latif Bandi Anak Bela Diri Tuduhan Rasuah Rm35 7 Juta



JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan bekas Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.

Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM1.1 juta dengan cagaran tanah bagi kesemua pertuduhan.

"Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah salah kerana tidak mempertimbangkan banyak isu penting dalam kes tersebut.
"Mahkamah juga memutuskan bahawa kesemua elemen telah dibuktikan secara prima facie dan mahkamah menetapkan 14 Nov ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen," katanya kepada pemberita di luar mahkamah di sini, hari ini.

Barisan pendakwaan diketuai Wan Shaharuddin dan pembelaan diketuai Peguam Datuk Salehuddin Saidin.
Pihak media tidak dibenarkan memasuki mahkamah bagi mengikuti prosiding atas arahan mahkamah kecuali keluarga terdekat ketiga-tiga tertuduh.

Pada 14 Jun 2017, ketiga-tiga tertuduh didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun pada 21 April 2019 membuat keputusan melepas dan membebaskan Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).
Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Prosiding hari ini dijalankan bagi menetapkan sama ada bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah itu, perlu membela diri atau tidak.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/11/mahkamah-arah-abd-latif-bandi-anak-bela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Rm35 Juta Bekas Exco Johor Diarah Bela Diri

Rasuah Rm35 Juta Bekas Exco Johor Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 405 hits
AGENDA DAILY Datuk Abd Latif Bandi Seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi diarah Mahkamah Tinggi di Johor Bahru untuk membela dirinya bersabit 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM35 jut...
Warga Emas Didakwa Atas 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Anak Teman Wanita

Warga Emas Didakwa Atas 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Anak Teman Wanita

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 309 hits
KOTA BHARU Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia 15 tahun di dua lokasi berlainan di Jelawat Bachok pada Mei lalu Ter...
Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan ...
Bila Dah Jadi Ibu Bapa Kena Buang 7 Sikap Ini Kalau Nak Emosi Anak Diri Sendiri Baik

Bila Dah Jadi Ibu Bapa Kena Buang 7 Sikap Ini Kalau Nak Emosi Anak Diri Sendiri Baik

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 322 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa Secara ju...
Wariskan 4 Senjata Pertahanan Diri Ini Kepada Anak Cucu Dari Fitnah Dajjal No 2 4 Paling Mudah

Wariskan 4 Senjata Pertahanan Diri Ini Kepada Anak Cucu Dari Fitnah Dajjal No 2 4 Paling Mudah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 270 hits
Bismillah Dalam sejarah kehidupan manusia ini akan wujud suatu Fitnah terbesar yang akan melanda seluruh umat manusia khususnya umat Islam Kebanyakan umat Islam telah sedia maklum iaitulah Fitnah Dajjal Sejak penciptaan Adam sampai kiamat t...
Sebelum Iarikan Diri Saya Peiuk Anak Anak Bagi Tahu Terpaksa Pergi

Sebelum Iarikan Diri Saya Peiuk Anak Anak Bagi Tahu Terpaksa Pergi

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 230 hits
Menerusi temubual bersama pelawak Harith Iskander baru baru ini usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkongsi detik pilu apabila terpaksa berpisah dengan dua anak angkatnya Menurut Sajat dia terpaksa me...
Sibuk Urus Anak Miera Liyana Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

Sibuk Urus Anak Miera Liyana Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 414 hits
SIBUK menjalankan tanggungjawab sebagai ibu pada Mei lalu pelakon Miera Liyana mengakui dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Seri Kasmi dia sememangnya memberikan keutamaan kepada bayin...
Hiburan Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak Oku Dr Say Terkilan

Hiburan Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak Oku Dr Say Terkilan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 257 hits
Doktor selebriti popular Dr Say Shazril terkilan dengan kata kata pengguna media sosial yang meninggalkan komen melampaui batas mendakwa dirinya menghabiskan duit demi membuktikan bahawa dia lelaki sejati ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementApa ...
Umur Anak 0 2 Tahun Mak Mak Paling Struggle Kena Pandai Urus Emosi Diri

Umur Anak 0 2 Tahun Mak Mak Paling Struggle Kena Pandai Urus Emosi Diri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 368 hits
Membesarkan anak sememangnya bukan satu kerja yang mudah Perlukan begitu banyak kesabaran dalam mendidik anak lebih lebih lagi anak yang masih kecil Malah anggaran umur anak dari 0 hingga dua tahunlah membuatkan kita rasa tercabar dan perlu...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden