Pilihlah Suami Yang Ada 13 Sifat Terpuji Anjuran Nabi Ini Agar Rumah Tangga Akan Diberkati


Sebagai ketua dan imam keluarga, suami haruslah memiliki sifat-sifat terpuji sebagaimana Rasulullah SAW dalam mendidik isteri serta anak-anak demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati, ikuti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ini. Semoga dengan amalan ini akan menjadikan anda seorang suami dan ketua yang boleh membawa keluarga ke jalan yang diredai.
#1 BERBINCANG SEBELUM MENGAMBIL KEPUTUSAN
Rasulullah tidak pernah rasa segan atau keberatan untuk mendengar serta mengambil pendapat isterinya. Ini terjadi ketika Rasulullah meminta pendapat Ummu Salamah dalam perjanjian Hudaybiyah. Waktu itu, Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mencukur rambut dan menyembelih haiwan korban, namun mereka tidak mahu melakukannya. Melihatkan respons para sahabat itu, baginda masuk ke bilik Ummu Salamah dan menceritakan kepada Ummu Salamah apa yang berlaku. Lantas Ummu Salamah mengajukan pendapatnya dan berkata, “Keluarlah, ya Rasulullah, kemudian engkau bercukur lalu potong haiwan korban.” Baginda pun keluar, bercukur lalu memotong haiwan korban. Melihatkan perkara tersebut, para sahabat bangkit lantas bercukur lalu memotong haiwan korban.
#2 SENTIASA ROMANTIK DALAM RUMAH TANGGA
Rasulullah sentiasa memuliakan, menghormati dan menggembirakan isterinya. Baginda menjelaskan kepada umatnya bahawa bergembiralah dan bersenda-gurau (bermesraan) dengan isteri termasuk dalam perbuatan yang memberi pahala kepada suami. Baginda bersabda, “Segala yang melalaikan seorang Muslim adalah batil, kecuali memanah, melatih kuda dan bercanda-ria dengan isteri; ini semua termasuk kebenaran.”
#3 TEMPAT BERSANDAR DI KALA SUSAH
Rasulullah merupakan seorang suami yang sangat memahami hati, perasan dan keadaan para isterinya. Maymunah iaitu salah seorang isteri baginda berkata, “Suatu kali Rasulullah mendatangi salah seorang daripada kami. Salah seorang daripada kami itu sedang haid. Maka baginda meletakkan kepalanya di dada isterinya yang sedang haid itu, lalu baginda membaca Al-Quran.”
#4 MENJAHIT BAJUNYA SENDIRI
Jika ada pakaian Rasulullah yang koyak, baginda akan menjahitnya sendiri tanpa menyuruh isterinya. Bahkan baginda juga akan memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
#5 SENTIASA MEMBANTU ISTERI
‘Aisyah pernah ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah di rumahnya? Lantas ‘Aisyah menjawab, “Baginda selalu melayani (membantu) isterinya.” Pernah satu ketika Rasulullah pulang ke rumah dan melihatkan tiada makanan yang siap dimasak, baginda sama sekali tidak marah. Sebaliknya baginda akan tersenyum sambil menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isteri di dapur. Menurut cerita yang disampaikan oleh ‘Aisyah, jika Rasulullah berada di rumah, baginda sentiasa membantunya menguruskan perihal rumah tangga.
#6 SEGERA BERANGKAT KE MASJID
Tatkala mendengar laungan azan, Rasulullah akan segera berangkat ke masjid dan akan segera pula kembali ke rumah selepas selesai baginda menunaikan solat.
#7 BERPUASA JIKA TIADA MAKANAN
Satu hari ketika Rasulullah pulang pada waktu pagi dalam keadaan yang sangat lapar, baginda dapati tiada sebarang makanan yang boleh dimakan termasuklah makanan mentah kerana isteri baginda, ‘Aisyah belum ke pasar. Rasulullah bertanya, “Belum ada sarapan, ya Khumaira?” “Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah,” jawab ‘Aisyah dengan rasa serba salah. Tanpa memarahi ‘Aisyah mahupun timbul rasa kesal dalam dirinya, baginda berkata, “Jika begitu, aku puasa saja pada hari ini.”
#8 TIDAK SUKA MEMARAHI ISTERI DAN ANAK-ANAK
Rasulullah sangat marah apabila melihat seorang suami sedang memukul isterinya, lantas baginda menegur lelaki tersebut, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lelaki tersebut menjawab dalam keadaan gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Aku sudah memberinya nasihat, tetapi dia masih begitu. Disebabkan itulah aku memukulnya.” Sahut Rasulullah, “Aku tidak menanyakan alasanmu. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
#9 LEMAH LEMBUT TERHADAP ISTERI
Rasulullah merupakan seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan isterinya dan amat menghormati mereka. Pernah Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.” Menjadi seorang ketua keluarga yang prihatin, sabar dan merendah hati sama sekali tidak pernah merendahkan diri suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.
#10 RASA CINTA YANG TINGGI TERHADAP ALLAH SWT
Rasulullah sememangnya mempunyai rasa kecintaan yang sangat tinggi terhadap Allah SWT. Malah rasa kehambaan baginda nyata sudah melekat dalam dirinya sehinggakan baginda tidak sombong.
#11 TIDAK MERASAKAN DIRINYA LEBIH
Anugerah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah sama sekali tidak dijadikan alasan untuk baginda merasa tinggi diri, riak, sombong dan bongkak ketika di hadapan khalayak ramai mahupun untuk dirinya sendiri.
#12 TERUS-MENERUS MELAKUKAN BERIBADAH
Walaupun hakikatnya pintu syurga sudah terbentang luas untuk baginda dan baginda merupakan insan terpilih sebagai ahli syurga, namun sama sekali baginda tidak lupa. Sebaliknya Rasulullah masih bangun di waktu malam hari untuk beribadah kepada Allah SWT hinggakan baginda pernah terjatuh kerana kakinya sudah bengkak.
#13 SENTIASA BERSYUKUR
Ketika Rasulullah berada dalam kesakitan Ketika kondisi fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi, ketika ditanya oleh ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”Jawab Nabi dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur?”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/pilihlah-suami-yang-ada-13-sifat-terpuji-anjuran-nabi-ini-agar-rumah-tangga-akan-diberkati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganggur Bakar Rumah Suami Kekasih Gelap

Penganggur Bakar Rumah Suami Kekasih Gelap

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 389 hits
NORLIDA AKMAR IDROS 15 April 2019 5 24 PM SUNGAI PETANI Seorang lelaki yang berang kerana tidak dapat menemui teman wanitanya yang juga isteri orang bertindak memba
Tidak Ambil Serius Gosip Rumah Tangga Bermasalah Keith Foo Dan Isteri Sedang Bahagia

Tidak Ambil Serius Gosip Rumah Tangga Bermasalah Keith Foo Dan Isteri Sedang Bahagia

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 445 hits
Keith dan isteri tidak kisah dengan berita mengenai rumah tangganya Pelakon Keith Foo memberitahu dia tidak mengambil serius apabila timbul desas desus mengatakan rumah tangganya sedang mengalami masalah Sebaliknya kata Keith 36 hubungannya...
Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 448 hits
Soalan Bolehkah seorang wanita mempelawa lelaki asing datang ke rumah ketika ketiadaan suami dan tanpa keizinan suami atas alasan sekadar untuk melakukan tugasan bersama Jawapan Islam merupakan agama yang mengangkat nilai wanita pada martab...
Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri Suami Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri Suami Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 579 hits
Elak semua kerja rumah di bahu isteri Kerja rumah tak akan habis Mengemas memasak dan mencuci kemudian nak uruskan anak lagi Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya yang perlu dihadapi kebanyakan isteri Beginilah keadaannya bagi ibu bekerja a...
Pm Janji Baiki Rumah Suami Isteri Uzur

Pm Janji Baiki Rumah Suami Isteri Uzur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 443 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra bersama pesakit lelaki yang lumpuh Othman Bakar 66 dalam lawatan ke rumah asnaf di Sungai Kelibang Kuah hari ini Foto Bernama LANGKAWI 30 Mac Hasrat pasangan suami isteri untuk memperbai...
Hiburan Pergi Mahkamah Rumah Tangga Datuk Red Dan Adira Bergolak

Hiburan Pergi Mahkamah Rumah Tangga Datuk Red Dan Adira Bergolak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 394 hits
Kehadiran suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red ke mahkamah mengejutkan ramai Datuk Red juga turut memuat naik bait bait sedih menerusi Insta Stories Ditambah pula sebelum ini timbul gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang ...
Hiburan Spekulasi Rumah Tangga Bersama Sharnaaz Ahmad Bermasalah Ini Respon Noor Nabil

Hiburan Spekulasi Rumah Tangga Bersama Sharnaaz Ahmad Bermasalah Ini Respon Noor Nabil

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 406 hits
Sudah lama gosip rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dikatakan sedang bergolak meskipun memuat naik pelbagai kata kata sedih di media sosial kedua duanya tetap berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai khab...
Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 435 hits
The ReporterHari itu saya ada berjumpa dengan seorang bekas cikgu saya dekat sebuah shopping complex Walaupun lama saya tak jumpa dia tapi cikgu is still cikgu dia masih ingat nama saya siap mentioned full name Dah habis sembang saya pun ik...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton