Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami



Soalan:
Bolehkah seorang wanita mempelawa lelaki asing datang ke rumah ketika ketiadaan suami dan tanpa keizinan suami atas alasan sekadar untuk melakukan tugasan bersama?

Jawapan:
Islam merupakan agama yang mengangkat nilai wanita pada martabat yang tinggi. Seawal permulaan dakwah Nabi SAW hinggalah ke akhir hayat Baginda Nabi SAW, sangat jelas bagaimana Nabi SAW sentiasa mengajak manusia untuk mengangkat kemuliaan kaum wanita. Sehinggakan Rasulullah SAW ketika ditanya kepada Baginda SAW oleh seorang sahabat seperti mana yang diriwayatkan Anas RA:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَيْكَ قَالَ ‏"‏ عَائِشَةُ ‏"
“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling kamu cintai?” Maka Baginda SAW bersabda: “Aisyah.” [Riwayat al-Bukhari 4358]

Selain itu, dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa, Baginda Nabi SAW bersabda:

وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَىْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ إِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
“Nasihatilah kaum wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah pada bahagian paling atas. Maka jika kamu berusaha untuk meluruskannya, kamu akan mematahkannya, dan jika kamu membiarkan sebagaimana adanya maka ia akan tetap dalam keadaan bengkok. Maka nasihatilah dengan perkara yang baik kepada kaum perempuan.” [Riwayat Muslim (1468)]

Berdasarkan dua hadith ini jelaslah bahawa Islam tidak sesekali merendahkan kaum wanita seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian agama dan masyarakat lain di dunia. Lihat sahaja pada hadith yang pertama, betapa tingginya cinta Nabi kepada Aisyah sehingga meletakkannya di tempat orang yang paling Nabi cintai. Ini jelas menunjukkan bahawa isteri itu bukanlah seperti hamba yang dihalalkan untuk melakukan apa sahaja, tetapi isteri adalah tanggungjawab kepada seorang suami untuk dicintai.

Pada hadith yang kedua pula jelas memaparkan bahawa peranan untuk membimbing wanita dengan penuh kelembutan adalah suatu tanggungjawab yang Baginda SAW syariatkan.

Dalam meneliti isu ini, kami bawakan sebuah kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Hal ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amr RA:

أَنَّ نَفَرًا مِنْ بَنِي هَاشِمٍ دَخَلُوا عَلَى أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ فَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ وَهِيَ تَحْتَهُ يَوْمَئِذٍ فَرَآهُمْ فَكَرِهَ ذَلِكَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَقَالَ لَمْ أَرَ إِلاَّ خَيْرًا ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَرَّأَهَا مِنْ ذَلِكَ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ ‏"‏ لاَ يَدْخُلَنَّ رَجُلٌ بَعْدَ يَوْمِي هَذَا عَلَى مُغِيبَةٍ إِلاَّ وَمَعَهُ رَجُلٌ أَوِ اثْنَانِ
Suatu ketika beberapa lelaki Bani Hasyim masuk ke rumah Asma binti ‘Umais. Tidak lama kemudian Abu Bakar al-Siddiq juga memasuki rumah tersebut ketika itu Asma binti Umais telah menjadi isteri Abu Bakar. Di dalam rumah Asma, Abu Bakar melihat para lelaki Bani Hasyim tersebut, dan beliau tidak menyukai perkara itu. lalu beliau menceritakan kepada Rasulullah SAW, kemudian berkata: “Saya tidak melihat apa-apapun melainkan perkara yang baik sahaja!” Rasulullah SAW lalu bersabda: “Allah telah membebaskan Asma dari hal-hal buruk itu.” Kemudian Rasulullah SAW naik mimbar dan bersabda: “Semenjak hari ini, jangan sekali-kali seorang lelaki menemui wanita yang menyendiri (saat suaminya tidak ada) kecuali dia disertai oleh satu atau dua lelaki lainnya.” [Riwayat Muslim (2173)]

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini, menyebutkan wanita yang menyendiri ketika ketiadaan suami itu termasuk sama ada suami itu bermusafir ke luar negara atau hanya meninggalkan rumah untuk sementara. [Lihat kitab Sahih Muslim bi Syarhi al-Nawawi (4/21)]




Selain itu,terdapat juga tegahan-tegahan yang disebutkan Baginda SAW melalui hadith yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) melainkan ada yang ketiga iaitu syaitan.” [Riwayat al-Tirmidzi (1171)]

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Menurut Akta ini, di bawah Seksyen 27 kesalahan Khalwat menyatakan bahawa:

Mana-mana-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami melihat bahawa hukum lelaki ajnabi atau yang asing tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dan mahram adalah dilarang sama sekali untuk masuk ke rumah wanita yang ketiadaan suami. Ini jelas seperti mana yang disebutkan di dalam hadith yang disebutkan melalui khutbah Baginda SAW di atas.

Dalam hal ini, selain daripada tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga amanah suami iaitu, menjaga rumah daripada dimasuki lelaki asing, perlu diingatkan sebagaimana kami sebutkan pada awal, bahawa Islam sangat menjaga kehormatan wanita. Oleh itu, janganlah sesekali para wanita sekalian mengoyakkan kemuliaan yang diangkat oleh Islam.

Kesalahan ini juga termaktub dalam undang-undang Syariah seperti yang disebutkan di atas. Semoga kita semua mendapat hidayah dalam mempraktikkan syariat-Nya.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-isteri-mempelawa-lelaki-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Lambat Balik Ke Rumah Isteri Nekad Tibai Suami Dengan Pisau Dan Kayu Golf

Padah Lambat Balik Ke Rumah Isteri Nekad Tibai Suami Dengan Pisau Dan Kayu Golf

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 440 hits
Seorang lelaki berusia 51 tahun dikenali sebagai Zhong Zhengye di Singapura diti k am dengan pisau dan dip uk ul dengan kayu golf oleh isterinya kerana kerap pulang lewat ke rumah Zhong yang berkahwin dengan isterinya berusia 44 tahun dari ...
Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Hamil

Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 428 hits
PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG HAMIL Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil Luangkan Masa Bersama IsteriKadangkala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup mene...
Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri Suami Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri Suami Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 567 hits
Elak semua kerja rumah di bahu isteri Kerja rumah tak akan habis Mengemas memasak dan mencuci kemudian nak uruskan anak lagi Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya yang perlu dihadapi kebanyakan isteri Beginilah keadaannya bagi ibu bekerja a...
Pm Janji Baiki Rumah Suami Isteri Uzur

Pm Janji Baiki Rumah Suami Isteri Uzur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 432 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra bersama pesakit lelaki yang lumpuh Othman Bakar 66 dalam lawatan ke rumah asnaf di Sungai Kelibang Kuah hari ini Foto Bernama LANGKAWI 30 Mac Hasrat pasangan suami isteri untuk memperbai...
Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 427 hits
The ReporterHari itu saya ada berjumpa dengan seorang bekas cikgu saya dekat sebuah shopping complex Walaupun lama saya tak jumpa dia tapi cikgu is still cikgu dia masih ingat nama saya siap mentioned full name Dah habis sembang saya pun ik...
Adira Suhaimi Isu Anak Dibawa Lari Suami Selesai Luahan Dibuat Ketika Dalam Keadaan Sedih

Adira Suhaimi Isu Anak Dibawa Lari Suami Selesai Luahan Dibuat Ketika Dalam Keadaan Sedih

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 678 hits
Datuk Red dan Adira berkahwin pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Penyanyi Adira menepis dakwaan suaminya Datuk Seri Adnan Abu yang mendedahkan wujud individu yang cuba merosakkan keharmonian rumah tangga mereka Adira atau Siti...
Isteri Sempat Tolak Suami Wanita Hamil 4 Bulan Terkorban Digilis Tayar Lori

Isteri Sempat Tolak Suami Wanita Hamil 4 Bulan Terkorban Digilis Tayar Lori

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 759 hits
Seorang wanita hamil empat bulan dilaporkan maut manakala suaminya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori Dalam kejadian yang berlaku semalam di persimpangan lampu isyarat di Bukit Treh Mua...
Aurat Si Isteri Cerminan Agama Suami 9331

Aurat Si Isteri Cerminan Agama Suami 9331

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 950 hits
1 14 Fakta Umar bin Khattabby UMAR bin Khattab adalah salah satu sahabat Rasulullah yang sudah dijamin masuk surga Hal itu ditegaskan dalam banyak keterangan hadist shahih Ada beberapa yang menjadi fakta soal Umar ini Berikut di antaranya 1...
Suami Yang S Akitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya Isteri Adalah Amanah Dari Allah

Suami Yang S Akitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya Isteri Adalah Amanah Dari Allah

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 747 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sa kitka...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation