Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri Suami Anak Perlu Dilatih Awal Membantu


Elak semua kerja rumah di bahu isteri Kerja rumah tak akan habis. Mengemas, memasak dan mencuci, kemudian nak uruskan anak lagi. Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya yang perlu dihadapi kebanyakan isteri.
Beginilah keadaannya bagi ibu bekerja atau pun suri rumah. Ibu-ibu perlu tahu yang tugas ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada ahli keluarga iaitu suami dan anak. Bila tugas di bahagikan maka beban dibahu menjadi ringan. Jadi kuranglah stres dan tekanan yang dialami isteri. Ibu perlu bijak kendalikan keadaan, melatih dan bahagikan tugas.

 
Puan Farhan telah berkongsi pandangan dan pengalamannya mengenai perkara ini;
IBU BUKAN SUPERWOMAN
Dalam dunia hari ini, tidak dapat dinafikan waktu sangat cepat berlalu.
Kita keluar pagi, balik petang. Pulang disambut dengan kerja yang tidak pernah habis.
Memasak, mengemas, mengemop, basuh kain lipat kain. Semua kerja ini tidak pernah habis dan akan bersambung sambung sehingga kepada hari terakhir kita di dunia.
Tapi malangnya, fokus tanggungjawab itu hanya tertumpu kepada ibu. Jarang orang menjadikan tugas tugas kita sebagai tugas bersama.
Dimana setiap ahli di dalam rumah ada tanggngjawab yang harus dipikul.
Di mana tugas suami
Dimana tugas anak anak.

Kadang kadang bukan mereka tidak mahu membantu, tetapi oleh kerana ada superwoman yang sentiasa membereskan kerja rumah, mereka tidak merasakan bahawa perlunya bantuan diberi.
Situasi ketika di dapur biasanya hanya ibu yang berada didapur yang lain mungkin diletak didepan televison dan bermain dliluar. Kalau ramai ramai di dapur kerja lambat siap Mereka terbiasa begitu, hari sampai besar juga begitu.
Bukan sekali dua juga saya terbaca kisah ibu dalam pantang yang membuat kerja sendiri gara gara tidak ada yang membantu.
Saya faham situasi seseorang tidak sama. Mungkin ada suami yang jenis kerja sehingga larut malam, namun itu tidak menggugurkan tanggungjawab seseorang itu terhadap keluarganya. Semuanya harus disesuaikan dengan situasi di dalam rumah tersebut.
Anak & Suami Boleh Bantu
Apabila ibu-ibu rasa sudah tidak terurus seganya, cuba pandang belakang lihat pada anak anak yang sedang berlari, suami yang sedang duduk diruang tamu.
Mereka sebenarnya boleh membantu anda!
Cuma kadang kadang apabila kita tidak biasakan. Mereka tidak tahu adakah mereka patut bantu ataupun tidak.

Ibu Memang Superwoman Hebat Tapi…
Saya percaya ibu superwomen itu hebat, namun ketahuilah ada masanya kita lelah dan perlukan bantuan orang lain.
Kita juga tidak selamanya sihat, jadi ilmu pengurusan rumah harus diajar kepada suami dan anak.

Ajak Suami Masuk Dapur Sejak Awal Perkahwinan
Ada orang bertuah dapat suami yang memang pro bab pengurusan rumah. Tak perlu diajar pun mereka sudah mendahului.
Ada orang berkahwin dengan suami yang tidak pernah buat kerja rumah. Lengkuas dengan halia pun tidak boleh dibezakan!
Jadi isteri terpaksa melakukan semuanya sendiri. Padahal, suami itu boleh diajar sebenarnya.
Ajak bersama sama di dapur, bantu kupas bawang pun dah okey! Sekurang kurangnya kalau sudah terdesak tahu juga lah untuk buat sayur air!
Ini semuanya ibu mahu buat, bila suami ada peluang untuk belajar. Lama kelamaan mereka selesa begitu. Kahwin 5 tahun baru kita mahu suruh itu ini, sudah pasti itu akan jadi sulit sekali.
Akhirnya, yang mengeluh isteri juga.

Latih Anak Dari Awal
Begitu juga peranan anak anak kita. Mereka sebenarnya antara insan penting yang akan membantu dalam pegurusan rumah.
Seandainya kita didik anak anak megurus diri sendiri dari awal, banyak tanggungjawab kita akan menjadi ringan.
Contohnya, apabila anak bermain mereka kemas sendiri, sapu sampah yang mereka buat dan meletakkan pinggan kotor di dalam sinki. Itu sudah memadai untuk meringan kan beban ibu.
Semakin bertambah bilangan anak sepatutnya semakin ringan kerja ibu.
Seorang jaga adik
Seorang mop rumah
Seorang basuh baju

Elak Semua Tugas Di Bahu Ibu
Akhirnya, ibu hanya perlu fokus pada tugas yang wajib seperti memasak. Seandainya semua tugas dibahu ibu, memang akhirnya ibu boleh selesaikan, namun ibu akan keletihan. Senyum pun tidak mampu terukir dibibir.
Tidak ada kegembiraan tempat bagi si ibu walaupun kerja rumah selesai dan sempurna.
Jangan Pandang Enteng Keupayaan Anak
Teringat semalam apabila saya sibuk di dapur, sedang si adik pula menangis. Ketika itu saya rasa tidak tahu mana yang harus disentuh dulu.
Mujurlah si kakak datang dan bawa adik masuk ke dalam bilik. Tidak lama selepas itu, kedua duanya keluar. Adik sudah siap mandi dan berbedak.
Ketika itu, saya rasa sangat bersyukur kerana memberi banyak peluang kepada kakak untuk menguruskan adiknya sebelum, walaupun kadang kadang sebekum ini saya rasa rimas kerana masa menguruskan adiknya menjadi sedikit bertambah.
Namun akhirnya, dia lah yang membantu saya menguruskan adik.

Jadi, jangan memandang rendah kepada keupayaan insan insan yang ada di dalam rumah anda. Bahagikan tugas kepada semua yang ada di dalam rumah mengikut kesesuaian. Letakkan kepercayaan kepada orang lain.
 
Bila kita berganding bahu tugas kita akan lebih ringan
Ibu!Jangan lelah sendiri
Pandang belakang
Siapa ada bersama mu?
Sumber: Puan Farhan
The post Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-semua-kerja-rumah-dibahu-isteri-suami-anak-perlu-dilatih-awal-membantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Isteri Tak Gembira Anak Anak Pun Terkesan Suami Jangan Bawak Muka Kelat Balik Rumah

Kalau Isteri Tak Gembira Anak Anak Pun Terkesan Suami Jangan Bawak Muka Kelat Balik Rumah

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 673 hits
Isteri adalah nadi dalam sesebuah keluarga Kalau isteri tak ada satu hari rumah jadi sepi Anak anak pun akan sama rasa suramnya Jadi suami kenalah pandai jaga hati isteri Jangan biar isteri merajuk Suami silalah pujuk Perkongsian dan tip da...
Suami Meninggal Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak Mentua Mahu Rebut Harta Termasuk Rumah Kereta Sebaknya Baca Kisah Ni

Suami Meninggal Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak Mentua Mahu Rebut Harta Termasuk Rumah Kereta Sebaknya Baca Kisah Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 629 hits
Berbagi oleh seorang konselor yang berpengalaman dihadapkan dengan kasus seperti itu ternyata iri hati pembaca Keluarga menuntut hak putra mereka yang telah meninggal sementara tidak ada yang membela nasib istri dan tiga anaknya yang diting...
Walau Hanya Telur Goreng Berkatnya Bila Makan Bersama Suami Isteri Anak

Walau Hanya Telur Goreng Berkatnya Bila Makan Bersama Suami Isteri Anak

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 687 hits
Jangan pandang rendah air tangan isteri walau pun memasak telur goreng berkuahkan kicap berkatnya bila makanan dinikmati bersama sama kalah makanan mahal Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini cukup menyentap jiwa Kebanyakan daripada kita...
Ajar Anak Buat Kerja Rumah Sambil Bermain Anak Tak Ingat Pun Harga Mainan Mahal Dia Akan Ingat Masa Bersama Ibu Bapa

Ajar Anak Buat Kerja Rumah Sambil Bermain Anak Tak Ingat Pun Harga Mainan Mahal Dia Akan Ingat Masa Bersama Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 645 hits
Masa bermain sangat penting untuk kanak kanak Ketika kanak kanak bermain ibu bapa perlu turut serta dan memberi tambah nilai dalam permainan mereka seperti mendidik nilai nilai murni secara tak langsung anak anak akan bermain sambil belajar...
Kau Tu Kotor Jijik Cacat Pun Dah Isteri Dakwa Dihina Diabaikan Selepas Kemalangan Namun Suami Nafi Semua Dakwaan Itu

Kau Tu Kotor Jijik Cacat Pun Dah Isteri Dakwa Dihina Diabaikan Selepas Kemalangan Namun Suami Nafi Semua Dakwaan Itu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1087 hits
The ReporterViral di media sosial luahan hati seorang isteri yang mendakwa dia dihina dan diabaikan oleh suaminya selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cedera teruk Azreena Natasha mendakwa suaminya itu berubah sikap selepa...
4887 Suami Isteri Buntu Sediakan Yuran Pengajian Anak Sinar Harian 12 4 19

4887 Suami Isteri Buntu Sediakan Yuran Pengajian Anak Sinar Harian 12 4 19

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 560 hits
KUALA LUMPUR Pasangan suami isteri buntu mengumpulkan wang sebanyak RM45 000 sebelum 20 April ini bagi menjelaskan yuran pendidikan dua anaknya yang belajar dalam bidang perubatan di Moscow Rusia Pasangan terbabit Azmi Abd Aziz 54 dan ister...
Suami Suruh Saya Gugur Anak Ni Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara Gara Positif Hiv Rupanya

Suami Suruh Saya Gugur Anak Ni Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara Gara Positif Hiv Rupanya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 865 hits
Kata orang biasalah kalau ada ujian dan dugaan dalam perkahwinan Sikit sebanyak ia mematangkan kita dan mengajar kita untuk jadi lebih tabah di hari mendatang Tapi isteri mana yang dapat bertahan bila suami menuduh dirinya curang tanpa usul...
Rezeki Anak Ke 4 Cepat Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun

Rezeki Anak Ke 4 Cepat Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 724 hits
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mendedahkan isterinya Sha Dila mengalami keguguran ketika kandungan cahaya mata ketiganya memasuki lapan minggu pada awal tahun ini Bagaimanapun Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar 29 bersyuk...
B Yang Ajar Cyg Hidup Tanpa B Isteri Nekad Cerai Suami Asyik Hadap Phone Berbanding Anak Amp Isteri

B Yang Ajar Cyg Hidup Tanpa B Isteri Nekad Cerai Suami Asyik Hadap Phone Berbanding Anak Amp Isteri

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 685 hits
Bila berumahtangga jangan terlalu lebihkan aktiviti sendiri sehingga anak dan isteri suami rasa diabaikan Perlu bijak membahagikan masa atau paling tidak pun ajak keluarga sertai aktiviti itu sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaa...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine