Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim


DENYUT REFORMASI

  KOTA BHARU: Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tertinggi Pas sudah mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan mengenai piagam kerjasama dengan UMNO yang bakal menyaksikan satu perjanjian deklarasi antara dua parti itu ditandatangani selepas Aidilfitri nanti.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kedua-dua jawatankuasa berkenaan sudah mengadakan mesyuarat dua hingga tiga kali bagi membincangkan serta merangka beberapa perkara dalam piagam bersama untuk dibawa ke Jawatankuasa Induk untuk dibahaskan sebelum dimuktamadkan.

“Kedua-dua jawatankuasa ini (Jawatankusa Piagam) akan membawa perkara ke Jawatankuasa Induk dan selepas Raya akan ada mesyuarat untuk tengok piagam ini dan buat satu deklarasi bersama,” katanya ketika ditemui selepas program di Madinah Ramadhan malam tadi.

Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis, memaklumkan kerjasama UMNO dan Pas bakal diperkukuhkan lagi dalam bentuk yang lebih rasmi selepas mementerai satu piagam kerjasama, tidak lama lagi.

Menurut beliau, pembentukan piagam tersebut kini dalam penelitian akhir jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti.

Jelas Tuan Ibrahim, kedua-dua parti melalui Jawatankuasa Induk berkenan akan melihat dan meneliti piagam berkenaan sebelum bersetuju serta menandatanganinya.

Katanya, piagam tersebut merupakan suatu deklarasi untuk mengadakan Muafakat Perpaduan Ummah melibatkan tiga agenda utama; pertama, bersetuju untuk pertandinghan satu lawan satu di mana-mana pilihan raya kecil yang berlangsung; kedua, bermuafakat bersama mempertahankan mana-mana agenda yang melibatkan Islam dan umatnya; dan ketiga, menyusun tindakan bersama di peringkat Parlimen.

Tambahnya, piagam bersama UMNO untuk membentuk deklarasi bersama ini tidak memerlukan persetujuan Majlis Tertinggi Pas atau Majlis Syura Ulama kerana piagam kerjasama yang dibentuk ini tidak melibatkan kerjasama atau Tahaluf Siyasi dengan UMNO.

“Ini kerjasama biasa, kalau melibatkan Tahaluf kena melalui Majlis Syura kalau sekadar kerjasama biasa tidak dalam kerangka parti dalam kerangka dibenarkan parti tak perlu melalui Majlis Syura,” katanya.

Sebaliknya, sekiranya membentuk kerjasama serius atau melibatkan penggabungan ianya perlu dibawa ke Muktamar khas bagi mendapatkan sokongan ahli dan perwakilan.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/piagam-kerjasama-pas-umno-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 367 hits
Sinar Harian AHMAD FADHLI Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH Gambar fail KOTA BHARU Pas tidak hairan dengan kritikan Tun Dr Mahath...
Kerjasama Umno Pas Diambang Lailatul Qadar

Kerjasama Umno Pas Diambang Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 290 hits
ULASANTuan Ibrahim dan Annuar mengakui kerjasama diumumkan tidak lama lagi RAMADHAN sudah berada di ambang 10 malam terakhir malam yang ditunggu tunggu dan diimpikan dengan penuh ghairah oleh setiap mereka yang berpuasa dan tahu pula fadhil...
Piagam Percepatkan Umno Pas Mereput Mahfuz

Piagam Percepatkan Umno Pas Mereput Mahfuz

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 229 hits
Naib Presiden PAN Mahfuz Omar menjangkakan lebih ramai anggota PAS akan meninggalkan parti itu selepas piagam bersama Umno dimeterai Tambahnya dalam keadaan begitu apa yang berlaku seterusnya ialah proses pereputan kedua dua parti terbabit ...
Anwar Yakin Kerjasama Umno Pas Merosot Menjelang Pru15

Anwar Yakin Kerjasama Umno Pas Merosot Menjelang Pru15

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 303 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin kerjasama antara Umno dan PAS akan mula merosot apabila semakin hampir dengan PRU ke 15 ekoran perbezaan antara dua parti itu Menjelang PRU mereka akan berbalah berkenaan dasar dan idea katanya kepada pember...
Umno Pas Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

Umno Pas Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 250 hits
KOSMO ONLINE Annuar melihat sebahagian kanak kanak yang mendapat bantuan Aidilfitri sempena program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf peringkat Parlimen Ketereh hari ini KOTA BHARU UMNO dan Pas akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfi...
Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 263 hits
Piagam PAS Umno hanya untuk kuasa kata Husam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2019 10 29AM
Pemimpin Ph Takut Piagam Umno Pas

Pemimpin Ph Takut Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 261 hits
FARAH SHAZWANI 27 May 2019Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA TERENGGANU Reaksi negatif daripada kalangan pemimpin Pakatan Harapan khususnya DAP terhadap Piagam UMNO Pas menunjukkan mereka takut dan bimbang dengan kerjasama kedua dua parti itu ...
Piagam Umno Pas Ke Arah Pru 15

Piagam Umno Pas Ke Arah Pru 15

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 188 hits
KOTA BHARU 24 Mei 8211 PAS tidak menolak kemungkinan akan meningkatkan kerjasama dengan UMNO untuk jangka masa yang panjang sehingga membentuk gabungan baharu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ba...
Umno Pas Wujudkan Piagam Lepas Raya

Umno Pas Wujudkan Piagam Lepas Raya

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 288 hits
UMNO dan PAS bakal diperkukuhkan lagi dengan bentuk yang lebih rasmi selepas mementerai satu piagam kerjasama tidak lama lagi Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa yang menjangkakan piagam tersebut akan terlaksana se...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level