Pemimpin Ph Takut Piagam Umno Pas


FARAH SHAZWANI | 27 May 2019
Muhammad Khalil Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU - Reaksi negatif daripada kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP terhadap Piagam UMNO-Pas menunjukkan mereka takut dan bimbang dengan kerjasama kedua-dua parti itu.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan-kenyataan yang dibuat jelas memperlihatkan mereka bimbang kerana ia bakal melakar sejarah politik negara dengan melibatkan kerjasama antara dua parti Melayu Islam terbesar di negara ini.

Beliau yang optimis dengan pemeteraian piagam itu berkata, kerjasama itu dibuat bagi kepentingan Islam, negara dan rakyat.

“Sebenarnya, ia hasil daripada mesyuarat induk bersama antara Pas dan UMNO yang terdiri daripada 11 wakil daripada setiap parti. Daripada mesyuarat itu, dibentuk satu jawatankuasa lain yang lebih kecil untuk membincangkan perkara-perkara teknikal.

“Setakat ini, benda besar yang dibincangkan dan dipersetujui ialah piagam, iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas. Kedua-dua parti sudah sahkan dalam mesyuarat masing-masing dan akan dibawa ke mesyuarat induk sekali lagi untuk dipersetujui bersama.

“Saya melihat ia kerjasama positif antara Pas dan UMNO yang kita harap akan terus melakar satu kerjasama lebih baik untuk kita mendepani PRU15 akan datang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim 2019 anjuran EPIC Berhad di Paya Bunga Hotel di sini, semalam.

Menurut Khalil, antara perkara-perkara asas yang dipersetujui setakat ini ialah sekiranya berlaku pilihan raya kecil dalam tempoh sebelum pilihan raya umum, mereka bersetuju supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru, sebaliknya mesti dua penjuru.

Selain itu, sekiranya isu bersama melibatkan kepentingan Islam dan Melayu serta Bumiputera, kedua-dua parti perlu bersama.

Dalam konteks itu katanya, sekiranya berlaku usul-usul di parlimen, mestilah ada persetujuan bersama dan tindakan bersama antara kedua-dua parti.

Ditanya mengenai kerjasama antara kedua-dua parti di Terengganu berhubung kemungkinan pembahagian kerusi pada PRU15, beliau berkata, perbincangan belum sampai ke tahap itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/30160/BERITA/Politik/Pemimpin-PH-takut-Piagam-UMNO-Pas

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/pemimpin-ph-takut-piagam-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piagam Percepatkan Umno Pas Mereput Mahfuz

Piagam Percepatkan Umno Pas Mereput Mahfuz

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 357 hits
Naib Presiden PAN Mahfuz Omar menjangkakan lebih ramai anggota PAS akan meninggalkan parti itu selepas piagam bersama Umno dimeterai Tambahnya dalam keadaan begitu apa yang berlaku seterusnya ialah proses pereputan kedua dua parti terbabit ...
Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 384 hits
Piagam PAS Umno hanya untuk kuasa kata Husam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2019 10 29AM
Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim

Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 462 hits
DENYUT REFORMASI KOTA BHARU Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tertinggi Pas sudah mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan mengenai piagam kerjasama dengan UMNO yang bakal menyaksikan satu perjanjian deklarasi antara dua parti itu d...
Piagam Umno Pas Ke Arah Pru 15

Piagam Umno Pas Ke Arah Pru 15

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 330 hits
KOTA BHARU 24 Mei 8211 PAS tidak menolak kemungkinan akan meningkatkan kerjasama dengan UMNO untuk jangka masa yang panjang sehingga membentuk gabungan baharu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ba...
Piagam Pas Umno Bakal Senasib Kerjasama Semangat 46

Piagam Pas Umno Bakal Senasib Kerjasama Semangat 46

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 395 hits
ALOR SETAR Piagam yang bakal dimeterai antara PAS dan UMNO akan mengalami nasib sama seperti perjanjian PAS dan Semangat 46 yang akhirnya terkubur begitu sahaja Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar berkata PAS hanya akan digu...
Umno Pas Wujudkan Piagam Lepas Raya

Umno Pas Wujudkan Piagam Lepas Raya

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 578 hits
UMNO dan PAS bakal diperkukuhkan lagi dengan bentuk yang lebih rasmi selepas mementerai satu piagam kerjasama tidak lama lagi Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa yang menjangkakan piagam tersebut akan terlaksana se...
Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 446 hits
May 29 2019 2 58 PMSidang media bersama Umno PAS yang dihadiri Takiyuddin Hassan Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid dan Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad di ibu pejabat Umno hari ini KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mempertikaikan keputusan...
Electoral System Change Will Benefit Umno Pas Analyst

Electoral System Change Will Benefit Umno Pas Analyst

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 608 hits
The way to convince Umno and PAS to support changing the country s electoral system is to convince them there is currently no party is in a stable political position said Sunway University political scientist Wong Chin Huat Wong who is advo...
Ph Needs To Address Race Issues To Beat Umno Pas

Ph Needs To Address Race Issues To Beat Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 427 hits
Pakatan Harapan needs to take on the race debate or it will lose ground to the combined forces of Umno and PAS says Prime Minister Dr Mahathir Mohamad Speaking at a press conference today Mahathir defended recent controversial statements by...
Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Untuk Pasangan Suami Istri Permintaan Maaf Dapat Merobohkan Tembok Penyekat

Tanda Tanda Dan Kesan Pengambilan Ketum

Teman Penghibur

Futuromic Lancar Ricoh Gr Iv Di Malaysia Buka Era Baharu Untuk Fotografi Jalanan Padat

Simpan Video Dan Foto Dari Threads Dan Instagram Dengan Mudah

Pvc Folder Menu Printing Pilihan Premium Untuk Restoran Caf Hotel