Kerjasama Umno Pas Diambang Lailatul Qadar


ULASAN

Tuan Ibrahim dan Annuar  mengakui
kerjasama diumumkan tidak lama lagi.   RAMADHAN sudah berada di ambang 10 malam terakhir, malam yang ditunggu-tunggu dan diimpikan dengan penuh ghairah oleh setiap mereka yang berpuasa, dan tahu pula fadhilat terbesar pada 10 malam terakhir itu - Lailatul Qadar.

Seiringan tibanya malam untuk merebut Lailatul Qadar itu terbetik berita yang kesekian lama saya tunggu-tunggu dan harapkan. Berita dimaksudkan itu ialah kerjasama atau penggabungan Umno dengan Pas.

Kenyataan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man seperti mana dilaporkan menggembira setiap mereka yang sudah lama mengimpikan kerjasama itu.

Tuan Ibrahim memberi gambaran penggabungan Pas dengan Umno sudah sampai ke peringkat akhir. Apa dinamakan piagam atau perjanjian sudah pun siap dirangka, katanya. Perjanjian yang dinamakan Maufakat Perpaduan Ummah itu sudah pun terbentuk.

Menurut Tuan Ibrahim rangkanya sudah ada dan kedua-dua pihak, (Umno dan Pas) telah pun melihatnya. Bagaimana pun ia masih dalam semakan dan kajian.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu sejajar dengan apa disebut oleh Annuar Musa kepada saya tempoh hari. Semasa bertembung dengan Setiausaha Agung Umno itu di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa, Annuar memberi tahu rangka kerjasama Umno - Pas sudah pun terbentuk. Jawatankuasa teknikal penyatuan terdiri daripada kedua pihak sudah mengadakan tiga kali pertemuan.

Menurut Annuar hasil dan bentuk kerjasama itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Annuar menyebut hal itu sekali lagi dua tiga hari lepas kepada media massa.  Dan hari ini, ia disahkan pula oleh Tuan Ibrahim dengan lebih jelas lagi. Apa disebut Tuan Ibrahim itu menunjukkan usaha penggabungan itu positif.

Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, membayangkan kerjasama itu akan membawa objektif kepada kedua-dua parti itu dalam plihan raya umum akan datang. Ertinya kerjasama itu dibentuk khusus untuk menghadapi Piraum akan datang.

Jika ini berjalan lancar buat pertama kali rakyat akan menyaksikan kedua pihak yang saling bermusuhan selama ini akan bergabung untuk menghadapi pilihan raya dan ia juga merupakan satu sejarah.

Perkembangan yang berlaku di antara Pas dan Umno ini bagi saya satu rahmat dan mempunyai signifikan tersendiri. Yang tidak boleh diketepikan apa lagi diketawakan, ianya cukup menakutkan Pakatan Harapan yang memerintah kini.

Ini kerana seperti mana kata Tuan Ibrahim itu ia merupakan satu yang objektif dalam pilihan raya akan datang. Apa lagi kalau terjadi perlawanan satu lawan satu di antara BN dengan PH, ia sesuatu yang menarik dan mendebarkan.

Pun begitu kerjasama dan penggabungan Umno - Pas itu, sebenarnya bukan sahaja untuk menghadapi pilihan raya, tetapi ia dilihat berkepentingan lebih jauh dari itu demi perpaduan ummah dan kedaulatan agama Islam itu sendiri.

Kerjasama ini jika dimenterai nanti akan membuka lembaran baharu dalam politik orang Melayu di negara ini. Inilah penyatuan terbesar dan menyeluruh orang Melayu melalui sebuah badan siasah. Penyatuan ini berbeza dengan penyatuan sebelum ini, di antara Pas dengan Umno ketika Pas menyertai BN dan mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno tahun 1971.

Kenapa saya mengatakan begitu kerana penyatuan dahulu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa kefahaman ahli bawahan sepenuhnya. Ia berlaku atas satu isu mendesak ketika itu untuk mengamankan negara selepas meletusnya tragedi 13 Mei. Namun penyatuan kali ini lebih terarah kepada masa depan Melayu dan Islam.

Perbezaan juga penyatuan kali ini kedua-dua ahli dan penyokong menerimanya sebagai satu jihad bersama. Mereka sudah membuktikan kesatuan mereka itu melalui beberapa event yang berlaku sebelum ini, misalnya semasa menghadapi tiga pilihan raya kecil, di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau. Makanya penyatuan kali ini dalam kedua-dua pihak bersiap sedia seoptimumnya.

Walaupun Pas pernah bersama Umno suatu masa dahulu, tetapi ia lebih kepada menyusup masuk ke dalam BN untuk membantu Umno. Kebersamaan Pas dengan Umno menerusi BN pada masa itu ia bukan sebagai tulang belakang kepada penyatuan itu, Pas hanya dianggap sebagai "penimbal" sahaja.

Berbeza dengan maksud dan matlamat penyatuan kali ini yang akan dimenterai nanti adalah penyatuan dua buah parti Melayu terbesar yang akan sama-sama menjadi tulang belakang dan roh dan badan dalam gabungan itu. Kalaupun dalam gabungan itu nanti ada sama parti-parti lain MCA, MIC atau Gerakan, mereka hanyalah sebagai pemenuhi ruang sahaja.
Cuma apa diharapkan semoga kedudukan Pas dalam gabungan ini diberi peranan lebih dominan daripada sebelum ini. Sesuai dengan piagam perpaduan ummah itu masih dalam semakan, Pas hendaklah memastikan mereka akan mendominasi kerjasama itu kelak, Umno perlu memberi ruang lebih kepada Pas.Dalam jurus ini Pas perlu menentukan bahawa dasar dan prinsip perpaduan itu biarlah selaras dan sesuai dengan prinsip perjuangan Pas itu sendiri yang berlandaskan al Quran, Hadith dan ijmak ulama. Umno perlu lebih bersedia untuk memberi laluan kepada Pas mendominasi atas realiti parti itu kini semakin lemah dan kucar kacir kini.

Masalah dihadapi oleh pemimpinya yang didakwa dengan berpuluh-puluh tuduhan di mahkamah seharusnya menyedarkan Umno yang parti mereka penuh dengan liabiliti. Umno jangan merasa hina untuk mengikuti Pas kali ini kerana perubahan yang berlaku dalam senario parti itu.

Hakikat yang berlaku hari ini Umno memerlukan Pas untuk menyambung nyawanya dan memastikan ia masih kekal relevan di bumi Melayu ini.

Apa pun seperti saya sebut tadi, penggabungan ini tentu dinanti dengan penuh harapan oleh semua umat Islam, terutamanya mereka yang percaya kedudukan agama dan bangsa di bawah kerajaan PH kini terancam.

Semoga sahaja kerjasama dan penggabungan itu menjadi dan ia merupakan hadiah Ramadhan untuk umat Melayu negara khasnya. Untuk melihat gabungan ini menjadi realitas dengan segera seperti mana diura-urakan itu, yakni akan diumumkan selepas Aidi Fitri ini, janganlah ada mana-mana pihak membentangkan keraguan mengenainya terutama dari kedua parti itu.

Dan saya tetap berpegang kepada kata-kata saya, sekiranya penyatuan ini sudah terzahir saya sedia untuk menjadi "jong kaka" pada kenduri penggabungan ini kelak. Dan saya akan hadir semasa pengumuman piagam Maufakat Perpaduan Ummah nanti sebagai menyatakan komitmen atas usaha murni ini. [wm.kl.10:48 am 24/05/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/05/kerjasama-umno-pas-diambang-lailatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim

Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 330 hits
DENYUT REFORMASI KOTA BHARU Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tertinggi Pas sudah mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan mengenai piagam kerjasama dengan UMNO yang bakal menyaksikan satu perjanjian deklarasi antara dua parti itu d...
Umno Pas Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

Umno Pas Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 252 hits
KOSMO ONLINE Annuar melihat sebahagian kanak kanak yang mendapat bantuan Aidilfitri sempena program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf peringkat Parlimen Ketereh hari ini KOTA BHARU UMNO dan Pas akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfi...
Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 370 hits
Sinar Harian AHMAD FADHLI Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH Gambar fail KOTA BHARU Pas tidak hairan dengan kritikan Tun Dr Mahath...
Anwar Yakin Kerjasama Umno Pas Merosot Menjelang Pru15

Anwar Yakin Kerjasama Umno Pas Merosot Menjelang Pru15

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 304 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin kerjasama antara Umno dan PAS akan mula merosot apabila semakin hampir dengan PRU ke 15 ekoran perbezaan antara dua parti itu Menjelang PRU mereka akan berbalah berkenaan dasar dan idea katanya kepada pember...
Gabungan Pas Umno Resipi Terbaik Menang Pru15

Gabungan Pas Umno Resipi Terbaik Menang Pru15

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 276 hits
ROSLINDA HASHIM 16 May 2019ALOR SETAR Pas Kedah menyokong sepenuhnya gambaran awal Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Pas dan UMNO bergabung sebagai resipi merebut kerusi pada pertembungan PRU15 Pesuruhjayanya Dr Ahmad Fakhr...
The Bersatu Umno Pas Contention For Malay Hegemony

The Bersatu Umno Pas Contention For Malay Hegemony

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 240 hits
William Leong Jee Keen Malaysiakini For the past one year since May 9 2018 the sound and fury of racial and religious rhetoric have pushed the agenda of social inclusion and moderation into the back burner Consider the following statements ...
Piagam Umno Pas Ke Arah Pru 15

Piagam Umno Pas Ke Arah Pru 15

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 193 hits
KOTA BHARU 24 Mei 8211 PAS tidak menolak kemungkinan akan meningkatkan kerjasama dengan UMNO untuk jangka masa yang panjang sehingga membentuk gabungan baharu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ba...
Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 266 hits
Piagam PAS Umno hanya untuk kuasa kata Husam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2019 10 29AM
Demi Politik Pas Dan Umno Sanggup Peralat Apa Saja

Demi Politik Pas Dan Umno Sanggup Peralat Apa Saja

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 287 hits
Tiada lagi pemimpin boleh berceramah dalam masjid tanpa kebenaran bertulis Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Ceramah atau pengajian di masjid selepas ini hanya akan dibenarkan dilakukan oleh mereka yang mendapat kebenaran dan kelulusan dari Pegaw...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City