Terus Bermimpi Kerajaan Sabah Akan Tumbang Kata Pemimpin Warisan

KOTA KINABALU: Pemimpin Warisan menolak dakwaan Umno Sabah yang  kerajaan negeri akan tumbang tidak lagi seperti negeri lain pimpinan  Pakatan Harapan di Semenanjung.
Naib Presiden Warisan, Junz Wong dan Ketua Pemudanya, Azis Jamman,  meminta Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain “untuk terus  bermimpi” kerana Adun negeri itu menyokong penuh Ketua Menteri, Shafie  Apdal.
Wong berkata, setiap Adun mahu memainkan peranan untuk menjadikan  Sabah sebagai tempat lebih baik bagi generasi akan datang, kecuali  pembangkang.
“Inilah Sabah Baru di mana semua orang fokus membina semula negeri – bukannya merompak kekayaan Sabah.
     “Saya percaya kebanyakan, jika bukan semua, bersama Shafie dan kerajaan Sabah pimpinan Warisan.
“Kami masih dalam keadaan baik. Semua sekutu kami – Upko, PKR dan DAP  – berazam untuk melihat perubahan sebenar bagi semua rakyat Sabah,”  katanya hari ini.
Semalam, Aziz mendakwa kira-kira 24 Adun Sabah yang tidak hadir satu  acara menyokong Shafie oleh beberapa pemimpin daripada gabungan negeri  itu ialah tanda kedudukan Warisan sebagai ketua menteri goyah.
Katanya, ia juga petunjuk apa yang bakal berlaku di Sabah, yang kekal  bersama Shafie dan sekutu PH, walaupun selepas kejatuhan kerajaan PH di  Putrajaya Februari lalu.
   Wong yang juga menteri pertanian dan industri makanan Sabah, menolak  kenyataan itu dengan mendakwa banyak parti lawan mahu menyertai gabungan  negeri berkenaan.
“Kepada mereka yang mahu melompat (ke Perikatan Nasional), saya hanya boleh ucapkan semoga berjaya.
“Sejujurnya, saya tidak fikir ada yang akan berbuat demikian. Malah,  lebih ramai yang mahu ke sini – anda hanya tunggu dan lihat.”
Azis meminta ketua Pemuda Umno Sabah tidak meneruskan idea partinya  dan sekutu dalam PN menubuhkan kerajaan “pintu belakang” di negeri itu.
Beliau menyifatkan cubaan Umno menimbulkan rasa tidak puas hati yang  didakwa berlaku dalam kalangan Adun apabila gagal menghadiri acara  menyokong Shafie itu adalah dangkal kerana ia hanya bertujuan  mengelirukan rakyat.
“Ia adalah usaha baik untuk bermain dengan isu. Kami tahu mereka  sebenarnya cuba meyakinkan wakil rakyat kami untuk melakukan perkara  sama seperti yang berlaku di Kedah atau semasa Langkah Sheraton.
“Tetapi, kekuatan utama kami ialah kekukuhan dalam kalangan pemimpin  kami. Jangan terkejut jika Adun mereka yang menyertai kami,” kata bekas  timbalan menteri persekutuan itu.
Sementara itu, Wong menasihatkan pembangkang, yang didakwanya  terdesak dan kehabisan idea, untuk berhenti membazir masa ke atas  “propaganda tidak berguna”.
“Daripada syok sendiri, lebih baik turun padang buat sesuatu yang membina untuk rakyat Sabah.”
Katanya, dalam kerajaan negeri sedia ada, Shafie sentiasa meminta cadangan daripada Adunnya, termasuk wakil rakyat pembangkang.
Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan sebaliknya berlaku ketika  pemerintahan Barisan Nasional di bawah bekas ketua menteri, Musa Aman.
“Adun menjalani kehidupan tanpa maruah dan pada dasarnya sekadar  menuruti perintah dan menjadi robot. Mereka perlu mendiamkan diri dan  melakukannya,” kata Wong.
MR :  PH sebelum ni tak bermimpi pun akan jatuh
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/terus-bermimpi-kerajaan-sabah-akan.html