Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang
KOTA KINABALU: Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri yang diketuai parti tempatan, Warisan, tumpas kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan tersebarnya desas-desus mengenai penjajaran semula kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada pemberita, ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, perkara begitu pernah berlaku sebelum ini, merujuk kepada rekod wakil rakyat di negeri itu yang beralih kem.
“Logiknya, tidak mustahil ia berlaku memandangkan negeri yang tidak terkenal dengan rekod ini telah tumbang.
“Kita dah lihat bagaimana kerajaan negeri yang dikuasai oleh PH tumbang, apatah lagi di Sabah.”
Spekulasi bahawa Adun Warisan akan bertukar arah kepada kem pembangkang Sabah, terdiri daripada PPBM, Umno, PBS dan STAR, bertiup kencang sejak pertengahan Mei setelah beberapa orang dalam kalangan mereka tidak menghadiri majlis bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Menteri Shafie Apdal.
Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain sebelum ini berkata, 24 Adun tidak hadir pada acara 15 Mei itu.
Bung berkata, banyak perkara boleh berubah, terutama berikutan perkembangan rayuan bekas ketua menteri Musa Aman di Mahkamah Persekutuan berhubung isu siapakah ketua kerajaan negeri yang sebenar.
“Jika Musa menang kes itu pada Jun ini, tentulah usul undi tidak percaya akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri oleh Adun.
“Landskap plitik Sabah sangat dinamik, jadi apa-apa pun boleh berlaku dalam tempoh 1-2 bulan ini,” katanya.
Katanya, Warisan perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana “gagal menunaikan mandat rakyat”.
Setakat hari ini, Bung enggan memberi komen berhubung peralihan khusus antara kerajaan negeri dengan pembangkang walaupun ketua Pemuda Warisan Azis Jamman mendakwa terdapatnya percubaan oleh Umno untuk mempengaruhi wakil rakyat supaya menyokong PN.
“Jangan cakap tentang ini sekarang, saya akan beritahu sedikit masa lagi,” katanya.
MR : Kita tunggu dan lihat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/apa-apa-pun-boleh-jadi-kata-bung-moktar.html