Ph Sudah Tolak Darurat Tak Perlu Setuju Sertai J Kuasa Khasnya







Pendirian blok pembangkang secara prinsipnya adalah menolak darurat yang perlaksanaannya adalah atas nasihat Muhyiddin Yassin yang ditanggapi sudah hilang sokongan majoriti kepada Yang Dipertuan Agong.

Mesyuarat Majlis Presiden dalam kenyataannya dua hari lalu menyebut, mereka mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Muhyiddin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan negara daripada ancaman Covid19.

Majlis Presiden juga melihat perlaksanaan darurat yang turut menggantung Parlimen pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman boleh berjalan seperti biasa boleh menjejaskan proses semak dan imbang, merencatkan demokrasi serta menafikan suara rakyat, sekaligus memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan apa saja dengan sewenang-wenangnya.

Untuk itu, sesuai dengan pendirian tersebut, tidak ada keperluan sama sekali untuk pihak pembangkang menerima pelawaan kerajaan untuk menganggotai jawatankuasa khas mengenai darurat.

Sebelum ini Anwar Ibrahim difahamkan telah menerima surat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan agar memberikan tiga nama bagi menganggotai jawatankuasa tersebut.

“Ya, Takiyuddin telah menghantar surat awal petang semalam kepada Anwar atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

“Menteri telah meminta Anwar menyerahkan tiga calon untuk mewakili pembangkang mewakili jawatankuasa bebas itu,” kata satu sumber.

 

Sementara itu, DAP pula mahu melihat perincian mengenai jawatankuasa tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,  Anthony Loke berkata, partinya tidak dapat memberikan komitmen untuk menyertai jawatankuasa itu tanpa terlebih dahulu mengetahui perincian dan bidang kuasa jawatankuasa berkenaan.

“Kami perlu dapatkan perincian terlebih dahulu, termasuklah tujuan dan bidang kuasa jawatankuasa itu.

“Tanpa perincian, kami tak dapat beri komitmen kami,” kata Ahli Parlimen Seremban itu lagi.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, menggesa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang tidak menyertai jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan berhubung pelaksanaan darurat.

Beliau berkata, pembangkang perlu menolak untuk menyertai jawatankuasa itu kerana proklomasi darurat telah diumumkan oleh seorang Perdana Menteri dan kerajaan yang sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Katanya, jika pembangkang setuju menyertai jawatankuasa itu, ia bermakna mereka memperakui keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sesungguhnya, apa yang dihujahkan oleh Mahfuz ini amat tepat dan wajar dijadikan pendirian bersama yang kekal oleh blok pembangkang.

Tidak perlu mana-mana pihak cuba bersikap lunak atau berlembut untuk menganggotai jawatankuasa darurat itu.

Selain itu, dengan sudah menolak perlaksanaan darurat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, bersetuju menganggotai jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan bererti pembangkang telah mencabuli ketetapan sendiri.

PH dan blok pembangkang sebaliknya mesti kekal dengan pendirian terus berjuang menolak darurat sehingga ia dibatalkan kerana rakyat sendiri ternampak tidak gembira dengannya. 
(Shahbudindotcom 14/01/2021)

 

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/ph-sudah-tolak-darurat-tak-perlu-setuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Setuju Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Kata Anwar

Pembangkang Setuju Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 251 hits
Adam Abu BakarPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim memaklumkan pembangkang bersetuju menghantar nama tiga wakil bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendalikan pelaksanaan darurat Anwar berkata keputusan itu diamb...
Apa Perlu Darurat Untuk Selamatkan Kuasa

Apa Perlu Darurat Untuk Selamatkan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 372 hits
Tamrin Tun Ghafar Mungkin tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY yang diumumkan YDP Agong SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH berbincang dan mendapat persetujuan Raja Raja Melayu adalah khusus untuk tujuan menangan...
Pm Jamin Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tapi Parlimen Dun Digantung

Pm Jamin Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tapi Parlimen Dun Digantung

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 259 hits
freemalaysiatoday com January 12 2021 11 24 AMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beri jaminan pengisytiharan darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa namun sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung sehingga tempoh k...
Darurat Kuasa Dipusat Kepada Agong Birokrasi Diketepikan

Darurat Kuasa Dipusat Kepada Agong Birokrasi Diketepikan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 253 hits
ismaweb netTumpuan kini pada langkah selesaikan krisis ekonomi kesihatan dihadapi negaraOleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI 28 Jamadilawal 1442H Selasa Proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatu...
Darurat Beri Kuasa Mutlak Pada Pm Dakwa Ph

Darurat Beri Kuasa Mutlak Pada Pm Dakwa Ph

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 206 hits
malaysiakini comDiterbitkan 12 Jan 2021 6 29 pmPakatan Harapan berpendapat darurat tidak perlu diisytiharkan antaranya kerana ia didakwa memberi kuasa mutlak kepada seorang perdana menteri Malah kami melihat tindakan menggantung parlimen da...
Darurat Kuasa Tiada Batasan Kerajaan Boleh Langgar Sekatan Dalam Perlembagaan

Darurat Kuasa Tiada Batasan Kerajaan Boleh Langgar Sekatan Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 255 hits
malaysiadateline comPakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari bimbang proklamasi darurat sehingga Ogos ini akan memberikan kuasa mutlak tanpa batasan kepada kerajaan Perikatan Nasional yang hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja Tegas...
Kuasa Bawah Ordinan Darurat Harus Tumpu Kawal Wabak Saja Umno

Kuasa Bawah Ordinan Darurat Harus Tumpu Kawal Wabak Saja Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 290 hits
malaysiakini comDiterbitkan 12 Jan 2021 5 36 pmUmno mengingatkan bahawa kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan Covid 19 semata mata Memandangkan rasional yang dikemukakan oleh YAB perdana menteri dalam memoh...
Kuasa Hukum Polisi Sebut Rizieq Sempat Tolak Tanda Tangan Surat Penangkapan Dan Bap

Kuasa Hukum Polisi Sebut Rizieq Sempat Tolak Tanda Tangan Surat Penangkapan Dan Bap

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 229 hits
Salah satu tim kuasa hukum yang mengungkapkan jika penolakan tersebut terjadi saat Habib Rizieq menyerahkan diri ke Polda Metro jaya pada 12 Desember 2020 lalu
Ph Beri Tiga Nama Jawatan Kuasa Khas Darurat

Ph Beri Tiga Nama Jawatan Kuasa Khas Darurat

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 277 hits
Pakatan Harapan hari ini menghantar tiga nama untuk menganggotai Jawatankuasa Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di Pertuan Agong Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Setiausaha PH nama nama terebut dihantar oleh Ketua ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths

223 Moto Booster

Dari Mana Datangnya Kutu Beras

Sejarah Bakar Mercun Tahun Baru Cina