Petugas Kesihatan Redah Arus Deras Untuk Vaksinasi Penduduk


Oleh Wartawan UtusanTV
PERJALANAN selama 45 minit itu bukannya mudah apabila mereka perlu membawa vaksin bersama peralatan perubatan dalam masa yang sama prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap pergerakan bagi mencegah penularan Covid-19 perlu dipatuhi. Pada masa sama mereka juga terpaksa menaiki bot menelusuri arus deras Sungai Kelantan.
Namun semua itu tidak melemahkan semangat 39 petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai untuk ke Kampung Bahagia, Kuala Krai bagi melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Vaksinasi Covid-19.
Memetik laporan BERNAMA,  Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr Hazura Mat Zubir berkata, Kampung Bahagia dan Kampung Mambong terletak jauh, oleh itu penduduk perlu menggunakan khidmat bot penambang atau melalui jalan balak yang hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghadiri janji temu vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bandar Kuala Krai.Katanya Program Khidmat Masyarakat Vaksinasi COVID-19 hari ini memberi fokus kepada golongan muda berusia 18 tahun hingga warga emas berusia lebih 100 tahun.
“Kita ambil keputusan program vaksinasi ini perlu dibawa keluar dari PPV setelah mengambil kira kesukaran pengangkutan dan penduduk bukan dari kalangan orang berada untuk ke bandar.
”Oleh itu kami mengambil inisiatif membawa petugas PKD Kuala Krai bersama vaksin untuk membolehkan suntikan diberikan kepada penduduk di perkarangan Masjid Kampung Bahagia bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19, di sini hari ini.
Program Khidmat Masyarakat Vaksinasi COVID-19 hari ini merupakan kerjasama PKD Kuala Krai bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Dr Hazura berkata selain penduduk daripada Kampung Bahagia dan Kampung Mambong, program berkenaan turut melibatkan penduduk dari 10 kampung berhampiran seperti Kampung Keluak; Kampung Rimau;  Kampung Berhala; Kampung Bantuan; Kampung Pasir Tinggi; Kampung Pichong; Kampung Sri Tanjong; Kampung Johal dan Kampung Raba dalam Mukim Mambong.
“Kira-kira 400 penerima telah diberi suntikan vaksin COVID-19 hari ini,” katanya.
Dr Hazura berkata selain program vaksinasi di perkarangan Masjid Kampung Bahagia, PKD Kuala Krai turut menyediakan perkhidmatan vaksin secara bergerak ke rumah penduduk yang mengalami masalah  kesihatan termasuk yang tua dan uzur, sakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).
Sementara itu, Dr Hazura berkata sehingga semalam seramai 27,000 atau 31.8 peratus penduduk yang berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar sebagai penerima vaksin di Daerah Kuala Krai.
“Seramai 12,500 penduduk di Daerah Kuala Krai sudah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama setakat semalam,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/petugas-kesihatan-redah-arus-deras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantik Semula 500 Petugas Kesihatan Bersara Wajib

Lantik Semula 500 Petugas Kesihatan Bersara Wajib

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 345 hits
Oleh KOSMO Lebih 14 000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022 Gambar hiasanPETALING JAYA Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihata...
Chile Mula Vaksinasi Covid 19 Untuk Penduduk Bawah 30 Tahun

Chile Mula Vaksinasi Covid 19 Untuk Penduduk Bawah 30 Tahun

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 367 hits
Chile mula vaksinasi Covid 19 untuk penduduk bawah 30 tahun Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2021 11 30PM
Inisiatif Mcdonald S Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan

Inisiatif Mcdonald S Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 478 hits
Inisiatif McDonald s Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan Dalam tak sedar sudah masuk tahun pertama negara kita menghadapi penularan wabak COVID 19 sejak ianya bermula pada bulan Mac 2020 Betapa besarnya pengorbanan petugas barisan hadapan...
1 369 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Sejak Setahun Lalu

1 369 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Sejak Setahun Lalu

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 276 hits
fina870 dijangkiti selepas terima vaksin fasa pertama PUTRAJAYA Seramai 870 petugas kesihatan dijangkiti wabak COVID 19 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Perkara itu dikesan selepas mereka mendapat dos vaksin menerusi fasa per...
Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 630 hits
McDonald s Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan Sepertimana umum ketahui pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid 19 yang semakin membimbangkan Pelbagai inisiatif telah dilakukan ole...
Tajaan Makanan Dari Mcdonald S Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara

Tajaan Makanan Dari Mcdonald S Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 676 hits
Tajaan Makanan Dari McDonald s Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara Salam semua sebenarnya saya selalu mengikuti perkembangan McDonald s Malaysia yang sebelum ini sentiasa mengadakan program untuk memba...
Jurujual Alat Komputer Ditahan Kerana Ciapan Berkaitan Program Vaksinasi

Jurujual Alat Komputer Ditahan Kerana Ciapan Berkaitan Program Vaksinasi

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 373 hits
Foto hiasan KUALA LUMPUR Polis mengesahkan menahan seorang jurujual peralatan komputer bagi membantu siasatan berhubung satu ciapan menerusi akaun Twitter berkaitan peruntukan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan tengah malam tadi Timbalan...
Who Puji Program Masif Vaksinasi Covid 19 Indonesia

Who Puji Program Masif Vaksinasi Covid 19 Indonesia

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 316 hits
Menurut Olivi komitmen Presiden Joko Widodo atau Jokowi dalam menanggulangi pandemi Covid 19 dilakukan dengan baik oleh Kementerian Kesehatan
Kem Sg Besi Rintis Vaksinasi Pandu Lalu

Kem Sg Besi Rintis Vaksinasi Pandu Lalu

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 212 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Kem Perdana Sungai Besi dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan Program Vaksinasi Pandu Lalu Peringkat Tentera Darat Malaysia yang akan dilaksanakan selama dua hari bermula semalam Panglima Tentera Darat Jeneral...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan