Tajaan Makanan Dari Mcdonald S Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara


Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara | Salam semua, sebenarnya saya selalu mengikuti perkembangan McDonald's Malaysia yang sebelum ini sentiasa mengadakan program untuk membantu golongan yang memerlukan. Dalam situasi negara kita sekarang yang sudah masuk tahun kedua perang melawan wabak Covid - 19, tidak dinafikan barisan hadapan petugas kesihatan negara kita sudah penat mental dan emosi. 

Tapi, demi kesejahteraan sejagat rakyat Malaysia, petugas kesihatan tetap terus bangkit menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk merawat pesakit Covid - 19 hingga kembali sihat dan pulang ke pangkuan keluarga masing- masing. 
Besar kan pengorbanan mereka yang orang tak nampak. Walaupun terasa penat, tapi hasil penat terasa hilang apabila pesakit Covid -19 yang dirawat makin sembuh dan pulih. Kali ini, McDonald's Malaysia tidak melupakan pengorbanan barisan hadapan petugas kesihatan yang tidak kenal erti penat lelah dalam membendung wabak ini. 

Penghargaaan McDonald's Malaysia Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara Untuk pengetahuan semua, baru - baru ini, bermula 24 Mei yang lepas dan dijadualkan akan berakhir 30 Jun nanti, McDonald's Malaysia telah menaja makanan kepada lebih 70 hospital di seluruh negara. Di musim pandemik yang tak tahu nak berakhir bila, ditambah lagi dengan keadaan sekarang tengah PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ), nak cari makanan kat luar bukan senang kan. Lebih - lebih lagi kalau pesakit Covid - 19 di satu - satu hospital makin hari makin meningkat
 Beban kerja doktor dan jururawat pun makin bertambah. Jadi, ini adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia yang ikut ambil peduli tentang keadaan semasa negara. Sebab itu, saya memang kagum dengan usaha McDonald's Malaysia yang selalu peka dengan situasi sekarang


Panggilan #KitaBoleh Oleh McDonald's Malaysia Inisiatif terbaru McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh yang  telah dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( MCO ) yang pertama sejak tahun lalu. 
Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar.
Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian dalam diam yang ada pada para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. 

Melalui kempen #KitaBoleh McDonald's ini, diharapkan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberi kerjasama yang sepenuhnya dengan barisan hadapan petugas kesihatan supaya sama - sama dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid - 19. Sekarang, adalah tempoh untuk kita sama - sama bersatu melawan pandemik ini. Semangat ini yang kita nak. 


McD Taja Makanan Petugas Kesihatan Untuk Menikmati Menu Kegemaran MerekaKehadiran McDonald's Malaysia untuk membantu petugas kesihatan dalam menyediakan makanan pada masa ini adalah tepat pada waktunya. Sekurang - kurangnya mereka semua dapat menikmati  menu makanan kegemaran mereka dari McDonald's. 
Tajaan makanan untuk hospital - hospital ini yang merawat pesakit Covid - 19 , menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan ( frontliners ). Diharapkan dengan tajaan makanan ini dapat membantu petugas kesihatan untuk makan dengan sempurna sekaligus dapat menjalankan kerja dengan baik. 
Ramai jururawat dan doktor yang terlibat kadang - kadang nak makan pun tak sempat, bukan tak sempat nak beli tapi dengan kekangan masa dan kerja dalam merawat pesakit Covid - 19. 

McDonald's Hantar Makanan Ke Hospital Sekurang - Kurangya Sekali SemingguPenghantaran makanan ke lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit - pesakit COVID -19 ini dilakukan sekurang- kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital. 
Rangkaian restoran McDonald's yang terlibat dalam penghantaran makanan ke hospital juga bertungkus - lumus supaya makanan dapat sampai dengan cepat pada masanya. 
Sekurang- kurangnya bila dah sampai makanan McDonald's, petugas kesihatan boleh tarik nafas lega sebab dah ada makanan depan mata. Ini di antara hospital - hospital yang ditaja makanan oleh McDonald's Malaysia

1. Hospital Bentong, Pahang 
2. Hospital Likas, Sabah 
3. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru 
4. Hospital Tampin, Negeri Sembilan 
5. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai Johor

Kata - Kata Semangat Dari Pengarah Urusan Dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Buat Petugas Kesihatan 
"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan sepanjang tempoh wabak ini, "kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Apa yang perlu konsisten sepanjang tempoh  ini adalah ketabahan yang berterusan dari para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir. 
Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, dan hasilnya meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital. 

Doa dan harapan yang berterusan buat para barisan hadapan, semoga mereka semua dapat menjalankan tugas dengan baik dalam merawat pesakit Covid - 19. Semoga kita semua juga dapat menjalani kehidupan bebas seperti sebelum ini. Yang penting buat masa sekarang adalah untuk kita jaga kawalan kendiri untuk sama - sama memutuskan rantaian jangkitan Covid - 19. 
Alhamdulillah, syukur rasanya bila McDonald's Malaysia sendiri membantu frontliners kita untuk membuat tajaan makanan seperti ini.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/06/tajaan-makanan-dari-mcdonalds-malaysia-untuk-petugas-kesihatan-seluruh-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 567 hits
McDonald s Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan Sepertimana umum ketahui pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid 19 yang semakin membimbangkan Pelbagai inisiatif telah dilakukan ole...
Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 360 hits
hai assalammualaikum McDonald s Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara Saban hari kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin kita perlulah mengikut SOP yang dit...
Inisiatif Mcdonald S Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan

Inisiatif Mcdonald S Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 357 hits
Inisiatif McDonald s Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan Dalam tak sedar sudah masuk tahun pertama negara kita menghadapi penularan wabak COVID 19 sejak ianya bermula pada bulan Mac 2020 Betapa besarnya pengorbanan petugas barisan hadapan...
Myvac Kerja Kosong Sukarelawan Kesihatan Diperlukan Di Seluruh Negara

Myvac Kerja Kosong Sukarelawan Kesihatan Diperlukan Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 958 hits
MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN SEBARKAN kepada semua Malaysia Vaccine Support Volunteers menawarkan KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DI SELURUH NEGARA Antara syarat utama berumur 18 tahun ke atas Gaji RM25 RM50 sehari...
Al Kisah Bagaimana Asal Usul 5 Makanan Paling Popular Di Malaysia Ini Mendapat Namanya

Al Kisah Bagaimana Asal Usul 5 Makanan Paling Popular Di Malaysia Ini Mendapat Namanya

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 471 hits
Dari gerai gerai atau warung di tepi jalan hinggalah ke restoran mewah rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai menu jenis makanan Sesungguhnya Malaysia adalah tempat syurga makanan sepanjang masa Waktu makan adalah peluang untuk menjali...
Malaysia Ungguli Negara Utama Asean Dalam Kadar Vaksinasi

Malaysia Ungguli Negara Utama Asean Dalam Kadar Vaksinasi

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 386 hits
MALAYSIA NOW Malaysia mendahului negara negara tersebut dengan sekurang kurangnya 6 2 sasaran vaksinasi telah dicapai Data terkini program vaksinasi global menunjukkan Malaysia mengungguli negara negara utama Asean lain dalam peratusan tert...
Harga Ujian Covid 19 Di Seluruh Negara Mesti Sama Kata Ahli Parlimen Dap

Harga Ujian Covid 19 Di Seluruh Negara Mesti Sama Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 370 hits
Dr Kelvin Yii berkata mengapa mesti ada perbezaan harga antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bila ia menjadi sesuatu yang sangat penting ketika pandemik PETALING JAYA Kerajaan mesti mencari jalan untuk menyamakan harga ujian Covid 19 ...
Laporan Polis Seluruh Negara Terhadap Menteri Derhaka

Laporan Polis Seluruh Negara Terhadap Menteri Derhaka

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 301 hits
LAPORAN POLIS TERHADAP KEDERHAKAAN YB TAKIYUDDIN HASSAN Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan akan membuat laporan polis terhadap YB Takiyuddin Hassan Menteri Undang Undang kerana derhaka kepada titah Yang Dipertuan Agong pada ketetapa...
Warga Emas Positif Covid 19 Larikan Diri Ketika Petugas Kesihatan Tiba Di Rumah Telah Ditemui

Warga Emas Positif Covid 19 Larikan Diri Ketika Petugas Kesihatan Tiba Di Rumah Telah Ditemui

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 272 hits
Seorang warga emas dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod Kinabatangan ketika kakitangan kesihatan datang untuk membawanya ke hospital kerana positif Covid 19 Memetik laporan BH Online warga emas berusia 69 tahun it...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Junosuara Lrt Gombak Chord

Mcdonald S Malaysia Empowers Youth With Paid Vocational Training

Scoot Adds Kota Bharu And Da Nang Flights This October

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability

Ulama Must Continue To Lead Pas Says Spiritual Leader

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025