Jurujual Alat Komputer Ditahan Kerana Ciapan Berkaitan Program Vaksinasi


Nor Azizah Mokhtar - Foto hiasan KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menahan seorang jurujual peralatan komputer bagi membantu siasatan berhubung satu ciapan menerusi akaun Twitter berkaitan peruntukan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), tengah malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 12.05 tengah malam.
Katanya, penahanan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman hasil laporan 'profiling' yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Kita turut merampas satu telefon bimbit, sebuah router dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azman berkata, ciapan di akaun Twitter abah@chairmanGLC itu adalah mengenai peruntukan RM70 juta bagi membeli vaksin dan dimuat naik pada 29 Mei lalu.
Katanya, ciapan itu mendapat 4,707 ciapan semula, 115 ciapan semula bersama komen dan 3,783 tanda suka.
"Susulan tangkapan itu, suspek direman satu hari, hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021," katanya.
Seksyen itu memperuntukkan kesalahan mana-mana orang yang melalui apa-apa cara dengan niat untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam atau mana-mana golongan awam, mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar.
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam membuat atau berkongsi apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran orang ramai berhubung langkah diambil kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19," katanya.
Dalam pada itu, PDRM juga menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mengganggu keharmonian negara.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja berbuat demikian," tegasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/jurujual-alat-komputer-ditahan-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Kurang Setuju Perlu Bayar Parkir Mahal Untuk Hadir Program Vaksinasi

Netizen Kurang Setuju Perlu Bayar Parkir Mahal Untuk Hadir Program Vaksinasi

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 268 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Pihak kerajaan telah menambahlokasi Pusat Pemberian Vaksin untuk mempercepatkan lagi imuniti kelompok bagi memutuskan rantaian wabak COVID 19 yang sedang mel...
Kkm Lulus Cadangan Warga Perubatan Terlibat Program Vaksinasi

Kkm Lulus Cadangan Warga Perubatan Terlibat Program Vaksinasi

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 336 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Kesihatan Malaysia meluluskan cadangan untuk memanggil warga perubatan seperti pesara graduan doktor dan jururawat sukarelawan serta swasta untuk melibatkan diri dalam program vaksinasi Covid 19 sebagai usaha mencap...
Who Puji Program Masif Vaksinasi Covid 19 Indonesia

Who Puji Program Masif Vaksinasi Covid 19 Indonesia

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 266 hits
Menurut Olivi komitmen Presiden Joko Widodo atau Jokowi dalam menanggulangi pandemi Covid 19 dilakukan dengan baik oleh Kementerian Kesehatan
Program Vaksinasi Selangor Untuk Syarikat Korporat Masih Belum Dilaksanakan

Program Vaksinasi Selangor Untuk Syarikat Korporat Masih Belum Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 240 hits
Beberapa majikan yang mendaftar untuk program tersebut ketika diumumkan bulan lalu menyatakan hanya menerima maklum balas emel mengesahkan resit maklumat mereka Program vaksinasi Covid 19 oleh Syarikat milik Selangor Selgate menyasarkan 2 5...
Program Vaksinasi Tidak Serancak Seperti Yang Dicanangkan Zaid

Program Vaksinasi Tidak Serancak Seperti Yang Dicanangkan Zaid

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 247 hits
By Zaid IbrahimKUALA LUMPUR Rakyat perlu diberi penjelasan mengenai perjalanan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan serta kenapa kerajaan hanya menggunakan tiga jenis vaksin sahaja tanpa tambahan vaksin lain bagi memastikan semua 32 juta p...
Cek Fakta Waspada Penipuan Terkait Informasi Program Kemitraan Catut Pertamina

Cek Fakta Waspada Penipuan Terkait Informasi Program Kemitraan Catut Pertamina

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 270 hits
Terkait Info resmi terkait Program Kemitraan Pertamina hanya https pertamina com id program kemitraan dan pendaftaran Program Kemitraan Pertamina tidak dipungut biaya
Template Buku Program Tema Frontliner

Template Buku Program Tema Frontliner

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 335 hits
Anda boleh Muat Turun dengan menekan butang Muat Turun dibawah Link muat turun menggunakan server google drive alternatif menggunakan box dot com jika anda tidak tahu cara untuk muat turun template ini silakan tekan pada Tutorial terlebih d...
A Z Tentang Bayi Tabung Program Mengusahakan Momongan Yang Bisa Habis Ratusan Juta

A Z Tentang Bayi Tabung Program Mengusahakan Momongan Yang Bisa Habis Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 327 hits
Banyak pula yang kecewa karena belum berhasil mendapat momongan meski telah menggelontorkan dana hingga ratusan juta
Jenis Bahan Bacaan Untuk Perekodan Program Nilam Dan Galakan Membaca

Jenis Bahan Bacaan Untuk Perekodan Program Nilam Dan Galakan Membaca

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 863 hits
Salam semua Program NILAM iaitu program galakan membaca dan memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid tetap diteruskan walaupun negara menghadapi kekangan pandemik COVID 19 Mulai tahun 2021 perekodan bahan bacaan bagi program NILAM boleh ...
Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Why Choosing A Background Screening Company In Singapore Matters More Than Ever

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

Paper Bowl Dengan Logo Sendiri Tingkatkan Profesionalisme Perniagaan Anda

Digesa Letak Jawatan Hannah Yeoh Sentiasa Pikul Tanggungjawab Hormat Prinsip Autonomi Sukan Supol

Bentuk Jati Diri Dari Kecil Nurul Izzah Cadang Pengakap Bermula Seawal Darjah Satu

Pixel 7 Dilarang Jual Di Pasaran Penting Google Pixel 8 9 Turut Berisiko

Mahkamah Kekal Hukuman Mati Bekas Tentera Bunuh Anak Kandung