Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan | Sepertimana umum ketahui, pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapuskan segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.. Dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini, tidak akan berjaya tanpa kegigihan, semangat kental dan daya juang pasukan petugas barisan hadapan (Frontliners) terutamanya petugas kesihatan dan perubatan
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan
Aktiviti kemasyarakatan merupakan satu budaya McDonald's untuk menjalinkan hubungan erat bersama komuniti. Pada tahun ini, McDonald's Malaysia telah memanjangkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kepada para petugas barisan hadapan yang komited untuk membanteras wabak Covid-19 dalam menghargai jasa besar mereka kepada negara
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas di barisan hadapan ini, McDonald's Malaysia telah menunjukkan penghargaannya dengan menaja makanan kepada petugas kesihatan dan perubatan di lebih 70 buah hospital di seluruh negara sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini yang diumumkan oleh kerajaan.. Ini merupakan salah satu usaha McDonald's Malaysia yang sentiasa peka dan ambil peduli tentang keadaan semasa negara kita. Dengan inisiatif ini, sekurang-kurangnya dapatlah memberi sedikit kegembiraan kepada mereka dalam menghadapi tekanan kerja dimusim pandemik ini.
Penghantaran makanan ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ke setiap hospital dimana penajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit Covid-19 ini, secara langsung memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 petugas barisan hadapan kesihatan di seluruh Malaysia yang setiap hari bertungkus lumus bekerja demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.. Inisiatif ini juga bertujuan bagi menghargai petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dalam menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini
"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama wabak ini." kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia
Dalam pada itu juga, McDonald's Malaysia masih lagi meneruskan kempen #KitaBoleh dimana menerusi kempen #KitaBoleh ini, mereka mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.. Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rally organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan oleh syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu
Menerusi konsep #KitaBoleh yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia melalui platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu dan bersemangat juang dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini. Melalui semangat #KitaBoleh ini juga sekaligus kita dapat menangani apa jua cabaran yang mendatang dan tetap berdiri teguh bersama
Dengan slogan #KitaBoleh ini juga secara tidak langsung dapat menggambarkan keberanian dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus lumus dan tidak pernah berputus asa tanpa mengenal erti penat lelah bekerja siang dan malam dalam memerangi wabak ini ketika rakyat kekal berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
"Apa yang tetap kekal pada waktu kita diuji ini adalah ketabahan dan kegigihan yang berterusan para petugas barisan hadapan yang bekerja sepanjang masa membuatkan kehidupan seharian kita sentiasa dalam keadaan selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir
Azmir juga tidak lupa memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas di lapangan sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menghantar makanan dan membuatkan petugas barisan hadapan kesihatan mengukirkan tersenyum kegembiraan dengan makanan kegemaran mereka. Kerana jasamu #KitaBoleh mengharungi pahit getir cabaran ini.
"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan restoran McDonald's di seluruh negara yang telah terlibat dengan tugas menghantar makanan ke hospital ini dan memastikan petugas barisan hadapan kesihatan dan perubatan mendapat makanan kegemaran mereka." kata Azmir
Jika kita lihat, sehingga ke hari ini McDonald's Malaysia sentiasa bersedia untuk memainkan peranan walaupun sekecil-kecilnya demi menyumbang kepada komuniti di sekitarnya. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald's Malaysia dalam menghargai petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini sekaligus mewujudkan impak positif kepada masyarakat..
Tahniah kepada McDonald's Malaysia diatas inisiatif ini dan semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat darinya di masa-masa akan datang
Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia marilah sama-sama mengharungi saat-saat sukar ini dengan mematuhi semua langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan supaya Covid-19 ini dapat dihapuskan dan marilah menyahut cabaran #KitaBoleh duduk di rumah agar wira-wira kita ini dapat berjuang demi kita, untuk kita. Sama-samalah kita memerangi dan memutuskan rantaian jangkitan covid-19 ini..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2021/06/mcdonalds-malaysia-taja-makanan-kepada-petugas-kesihatan.html