Petisyen Pengampunan Bukan Didengar Serta Merta Laa




Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Namun, Perkara 48(4)(c) pula memperuntukkan jika petisyen pengampunan difailkan Ahli Parlimen berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan (jika petisyen ditolak).
"Memandangkan petisyen pengampunan sudah difailkan oleh Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).
"Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan," kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Oleh kerana petisyen pengampunan telah dikemukakan maka Penyokong-penyokong yang terlalu taksub dengan Najib yakin Najib akan dibebaskan dalam masa terdekat dan kembali senagai Perdana Menteri selepas PRU15 nanti..
Jadi.. persoalannya sekarang ialah adakah pengampunan itu akan berlaku dalam masa terdekat?.. bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman ada jawapannya..
Bacalah..
PETALING JAYA: Keputusan sama ada petisyen pengampunan banduan diterima atau ditolak tidak dibuat dengan segera kerana perkara itu hendaklah ditentukan Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat mengikut keperluan dan tiada tempoh tertentu ditetapkan.
Hal tersebut bermakna petisyen pengampunan dikemukakan itu tidak didengar pada kadar segera dengan seseorang banduan tersebut hendaklah menjalani hukuman seperti diputuskan mahkamah.
Misalnya bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris hanya menerima pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1981 selepas dihukum penjara bermula pada 1977 atas kes pecah amanah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, lazimnya mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan bergantung kepada ketetapan Jabatan Perdana Menteri setelah butiran petisyen lengkap dan memperoleh nasihat oleh Peguam Negara.
“Bukan terima petisyen pengampunan hari ini, esok, lusa dan bulan depan mesyuarat. Hal ini Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan tempoh mesyuarat bersidang, secara kebiasaan bergantung kepada ketetapan pihak berkuasa.
“Berdasarkan pengalaman saya, tiada tempoh atau tarikh khas mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukan setahun dua kali mahupun setahun sekali. Malah perkara ini memerlukan penelitian terhadap satu-satu petisyen dan ia memakan masa,” katanya.
Dalam pada itu, Abu Talib berkata, sebelum memberikan nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbang pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan Peguam Negara mengenai perkara berkenaan.
Katanya, meskipun Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak memperincikan sama ada kuasa pengampunan adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong atau sebaliknya, pada kebiasaannya Seri Paduka akan menerima nasihat oleh anggota-anggota Lembaga Pengampunan.
Menurut beliau, bagi Wilayah Persekutuan, keanggotan lembaga terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Pengerusi di samping Peguam Negara, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Menteri Wilayah Persekutuan) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain dilantik oleh Seri Paduka.
“Mesyuarat ini akan memutuskan petisyen sama ada ditolak atau dibenarkan dengan diberikan pengampunan penuh atau pengampunan terhad seperti dijelaskan dalam Perkara 42 (1) iaitu Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum,” katanya.
SEJARAH PETISYEN PENGAMPUNAN DI MALAYSIA:
1. Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. *Dihukum penjara atas kes pecah amanah pada 1977, namun diberikan pengampunan pada 1981.
2. Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim. *Dijatuhi gantung sampai mati pada 1983 atas kes bunuh, namun pada tahun berikutnya diberikan pengampunan kepada penjara seumur hidup oleh Yang di-Pertuan Agong. Namun kemudian diberikan pengampunan kedua dan dibebaskan setelah sembilan tahun dalam penjara.
3. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. *Menerima pengampunan pada 2018 selepas menjalani hukuman penjara lima tahun bermula 2015.
Dipetik dari SINI
Hmmm.. lambat lagilah nampaknya untuk diketahui samada Najib akan diampunkan atau tidak, lagipun ada beberapa kes lagi yang menanti najib.. 
Empat lagi kes berprofil tinggi dihadapi Najib adalah pengubahan wang haram dana SRC, penyelewengan RM2.3 bilion dan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes pecah amanah ke atas harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Najib yang juga merupakan Bekas Presiden UMNO dituduh menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB membabitkan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy akan bersambung 26 Ogos ini selepas prosiding yang sepatutnya diteruskan Khamis lalu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, ditangguhkan.
Bagi kes itu, Mahkamah menetapkan 26 Ogos dan beberapa tarikh lain pada 2 September serta 21, 25 dan 28 Oktober untuk meneruskan perbicaraan.
Bagi kes meminda laporan audit pula, pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelak tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB

 
Pada 3 Mac lalu pula, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah supaya dilepas tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion

Mereka membuat permohonan itu dengan alasan pertuduhan berkenaan sudah tergantung terhadap mereka selama tiga tahun setengah tanpa sebarang perbicaraan.
Terdahulu pada 25 Oktober 2018, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.
Muhammad Jamil berkata, pendakwaan dalam kes itu bersedia dengan pertuduhan, bagaimanapun hanya tarikh perbicaraan belum ditetapkan oleh mahkamah.
Kesimpulannya.. kalau Najib nak percepatkan proses pengampunan tu.. dia kena mengaku salah atas semua pertuduhan tu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/petisyen-pengampunan-bukan-didengar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemakaian Pelitup Muka Tak Lagi Diwajibkan Berkuatkuasa Serta Merta

Pemakaian Pelitup Muka Tak Lagi Diwajibkan Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 135 hits
Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta merta umum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Mengulas lanjut katanya pe...
Jika Undang Dan Keputusan Mahkamah Tidak Dihormati Agak Pelik Untuk Minta Pengampunan

Jika Undang Dan Keputusan Mahkamah Tidak Dihormati Agak Pelik Untuk Minta Pengampunan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 105 hits
Jika jenayah dilakukan secara bebas agak pelik minta DIBEBASKAN HUKUMAN Lawan tetap lawan hanya istilah bagi mereka yang kehabisan fakta Lawan secara menghasut with criminal mind
Pengampunan Najib Boleh Menjadikan Umno Kalah Sekali Lagi

Pengampunan Najib Boleh Menjadikan Umno Kalah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 160 hits
Satu lagi kesilapan UMNO selain mahu menjadikan isu pemenjaraan Najib Razak sebagai umpan menarik simpati rakyat untuk memenangi PRU15 ialah terlalu awal bertempik ingin mengusahakan pengampunan diraja buat bekas Perdana Menteri itu Hanya s...
Patut Atau Tidak Najib Dapat Pengampunan

Patut Atau Tidak Najib Dapat Pengampunan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 269 hits
ismaweb netKeputusan Lembaga Pengampunan dibuat seadil adilnya demi jaga hak dan kepentingan awamBANGI 3 Safar 1444H Rabu Kini timbul dua petisyen bertentangan selepas mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke at...
Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 12 17 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak sudah memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun Kata...
Kuasa Menghukum Pengampunan Tidak Wajar Digunakan Sewenang Wenang Agong

Kuasa Menghukum Pengampunan Tidak Wajar Digunakan Sewenang Wenang Agong

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 220 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang wenangnya Titah baginda sekiranya undang undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adi...
Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib

Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 111 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya pilihan raya umum diadakan segera dan menyokong kempen pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak Menurut Zahid desakan UMNO supaya pilihan raya umum d...
Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Status bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut ...
Antara Penghakiman Dan Pengampunan

Antara Penghakiman Dan Pengampunan

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 69 hits
Apa bezanya antara penghakiman dan pengampunan Saya ingin kongsi sedikit pendapat bukan daripada sudut undang undang tetapi dari pandangan orang biasa atau layman Penghakiman dan pengampunan keduanya mempunyai dua risiko apakah keputusan ya...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban