Patut Atau Tidak Najib Dapat Pengampunan


ismaweb.net
zuhayati
Keputusan Lembaga Pengampunan dibuat seadil-adilnya demi jaga hak dan kepentingan awam
BANGI, 3 Safar 1444H, Rabu – Kini timbul dua petisyen bertentangan selepas mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pertama, petisyen memohon Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, manakala satu lagi petisyen supaya tidak diberi pengampunan, sekali gus mencetuskan polemik di media sosial.

Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, prosedur pengampunan dinyatakan dalam undang-undang, tetapi undang-undang tidak menyatakan kriteria untuk menerima atau menolak sesuatu petisyen.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, peruntukan utama petisyen pengampunan ialah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja Negeri-Negeri dalam Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum serta lega hukum.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, kuasa pengampunan di bawah Yang di-Pertuan Agong.

“Baginda dibantu Lembaga Pengampunan dengan Perkara 42 memperuntukkan baginda sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan bertindak atas nasihat lembaga berkenaan.

“Namun baginda hendaklah juga menimbangkan apa-apa pendapat bertulis mungkin dikemukakan Peguam Negara mengenai sesuatu petisyen dibentangkan,” katanya seperti dipetik dalam ruangan rencana di Berita Harian, hari ini.

Beliau pada masa sama merujuk beberapa kes diputuskan di mahkamah mengenai ruang lingkup kuasa di bawah Perkara 42 ini antara dalam kes Superintendent of Pudu Prison & Ors lwn Sim Kie Chon (1986), Mahkamah Agong memutuskan kuasa pengampunan adalah kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Prof Nik Ahmad Kamal berkata, mahkamah tidak boleh campur tangan dan semakan kehakiman tidak boleh dibuat terhadap keputusan Lembaga Pengampunan berkenaan kerana mahkamah menyebut kuasa itu adalah prerogative of mercy atau kuasa prerogatif memberi pengampunan.

Sebelum ini, penyokong Najib menganggap jasa beliau kepada negara amat besar menyebabkan beliau layak diberi pengampunan.

Namun, terdapat juga pandangan lain pula beranggapan Najib melanggar amanah terhadap negara serta bersekongkol sehingga menyebabkan kehilangan wang negara berbilion ringgit menyebabkan beliau tidak boleh diampunkan.

Prof Nik Ahmad Kamal berkata, spekulasi tidak dapat dielakkan, begitu juga jika Lembaga Pengampunan menerangkan alasan keputusan mereka, akan timbul pula polemik tanpa kesudahan.

“Sukar untuk menghalang rakyat daripada membandingkan kes Najib dengan kes ahli politik diampunkan dan dibebaskan daripada tahanan,” katanya.

Beliau turut merujuk kes Datuk Harun Idris diampunkan selepas menjalani hukuman penjara, manakala Datuk Mokhtar Hashim dikurangkan hukuman daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup, seterusnya dibebaskan selepas mendapat pengampunan kali kedua.

“Apa yang pasti kita mahukan setiap keputusan Lembaga Pengampunan dibuat seadil-adilnya demi menjaga hak dan kepentingan awam, sekali gus tidak diputuskan sewenang-wenang.

“Itu adalah harapan kita, namun pada masa sama, kita tidak boleh menafikan Yang di-Pertuan Agong serta Sultan dan Raja mempunyai tugas berat untuk memutuskan sesuatu petisyen,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/patut-atau-tidak-najib-dapat-pengampunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Ada Tempoh 14 Hari Fail Pengampunan Atau Hilang Status Mp

Najib Ada Tempoh 14 Hari Fail Pengampunan Atau Hilang Status Mp

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 243 hits
Alyaa AlhadjriNajib Razak mempunyai pilihan untuk memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya Bagaimanapun peguam New Sin Yew berkata bek...
Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 312 hits
SHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memfailkan permohonan semakan dan permohonan untuk pengampunan diraja namun beliau perlu terlebih dahulu menjalani hukuman penjara dan denda setelah gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan...
Amanah Yakin Agong Pertahan Prinsip Ketika Pertimbang Pengampunan Pada Najib

Amanah Yakin Agong Pertahan Prinsip Ketika Pertimbang Pengampunan Pada Najib

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 283 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 5 2022 7 02 PMAmanah yakin Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan mempertahankan prinsip keadilan ketika mempertimbangkan permohonan pengampunan diraja terhadap Najib...
Petanda Najib Tidak Dapat Pengampunan Daripada Ydpa

Petanda Najib Tidak Dapat Pengampunan Daripada Ydpa

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 239 hits
Petanda Najib Tidak Dapat Pengampunan Daripada YDPA Keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa yang melakukan kesalahan sama ada diri sendiri teman rapat ahli keluarga mahupun ibu dan bap...
Isu Pengampunan Najib Mp Sanjung Titah Yang Di Pertuan Agong

Isu Pengampunan Najib Mp Sanjung Titah Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 216 hits
SURI LAILAAhli Parlimen Hulu Langat Datuk Hassanuddin Mohd Yunus menyanjung tinggi titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang bertitah bahawa kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar d...
Sekiranya Najib Mendapat Pengampunan Sebelum Pru

Sekiranya Najib Mendapat Pengampunan Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 246 hits
Pada 23 Ogos lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 dalam kes SRC Interna...
Umno Ada 191 Bahagian Hadir 74 Bukan Semua Pimpinan Umno Busuk Atau Najib Bos Mereka

Umno Ada 191 Bahagian Hadir 74 Bukan Semua Pimpinan Umno Busuk Atau Najib Bos Mereka

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 289 hits
Jika benar ada desakan agar Perdana Menteri Ismail Sabri campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak daripada 74 pemimpin Umno Bahagian bermakna bukan semua pimpinan Umno busuk Ini kerana Umno mempunyai 191 bahagian d...
Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 280 hits
BORHAN AHMADOrang awam di Malaysia kini keliru mengapa Umno kini benci terhadap laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengenai skandal kapal tempur pesisir yang melibatkan RM9 billion Adakah mereka bimbang jerung yang dimaksudkan oleh ...
Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Status bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut ...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing