Pes Sambal Tumis Udang Yang Sedap Dan Mudahkan Kerja




Beberapa hari sebelum bercuti ke London dan Paris awal September baru baru ini, saya menyediakan pes sambal tumis yang banyak untuk dibawa bersama. Untuk memastikan sambal tahan lama tanpa perlu di re tort ialah dengan memasak lama lama dengan api perlahan dan tidak memasukkan air selepas sambal masak dan garing. Kalau nak guna lebih lama, baru pes akan di retort.  
Semasa hendak memasak, cuma tuang ke dalam kuali dan masukkan sedikit air sebelum dimasukkan lauk yang ingin dimasak seperti udang, sotong, ayam, telur dsb. Di sana, udangnya ialah udang yang telah dikopek dan dibeku. Tapi kalau guna udang atau sotong segar, tak perlu masukkan air kerana ianya akan mengeluarkan air.

Alhamdulillah kerja menjadi sangat mudah dan cepat. Yang penting anak anak happy kerana dapat makan masakan Melayu air tangan saya. Yang pastinya menjimatkan lah. Kalau makan di sana, bukan sahaja mahal tapi kadang tidak sesedap mana pun.
Hari selepas Nana punya "admission ceremony" di The Royal College of Ophthamologist hari itu, kami dah kelaparan. Walaupun ada disediakan jamuan teh tak pasti pulak halalnya. Jadi kami terus naik uber ke China Town untuk makan di Restoran Rasa Sayang. Makan untuk 4 orang dah lebih UK80. Memang lah kita jangan convert tapi kalau nak juga convert dah berapa RM tu. Dah dekat RM500 sekali makan nasi lemak dan nasi goreng. 

Jadi kalau saya bercuti, memang keutamaan saya ialah apartment yang ada kemudahan memasak. Makan tengahari baru kami akan makan di luar. Tak adalah setiap masa makan di apartment pulak. Kena juga merasa masakan setempat yang kena dengan selera kita. Betul tak?
Untuk pes hari ini, saya menyediakan di rumah dan menyimpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Oleh kerana ada anak anak tak makan petai, jadi saya bahagikan kepada 2 bahagian. Udang tu saya goreng seketika dan masukkan pes mengikut sukatan yang kita sukai sepadan dengan udang.  Haa kan cepat. Jadi walaupun di rumah, kita boleh sediakan pes sambal juga. Maklum nak menyediakannya sangat lama. Paling paling cepat pun 1-2 jam. 

Sambal saya memang mudah, tak ada guna sos sos bagai. Hanya kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih sahaja. Tumis dengan minyak yang banyak dan masukkan cili kering kisar. Setelah terbit minyak, jangan masukkan apa apa air lagi. Jadi saya guna asam keping. Yang lain pastinya gula Melaka, gula dan garam lah. Setelah sambal benar benar garing dan berwarna kegelapan, bolehlah tutup api dan sejukkan. Haaa mudahkan. Alang alang memasak lama, buat jer banyak banyak.
Sebelum dihidangkan, bolehlah ceduk minyak berlebihan. Minyak ini boleh disimpan dan guna untuk memasak nasi goreng, mee goreng atau menggoreng sayuran. Sedap sangat. Menumis memang kena guna minyak yang banyak supaya bahan tumisan masak sempurna. Haa gitu. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/09/pes-sambal-tumis-udang-yang-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Tumis Sotong Tin

Sambal Tumis Sotong Tin

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 255 hits
Kalau Kjee teringin nak makan sotong yang dalam tin jenama Rex UnclePali mesti risau Hehehe sebab dia kena keluar masuk hutan opps supermarket cari Biasanya tak dapat Dia kata mungkin kilang tu dah bungkus Pepandai jer kan So apabila tanya ...
Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 373 hits
Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple Kalau tengok resepinya memang simple tapi rasa dia umphh sampai tak terkata anak bujang makan sampai bersih kuali Dengan sambal dia ratah sekali ya Allah syukur Jom lah kita bagi resepinya Bau sambal di...
Resepi Sambal Kicap Padu Sedap

Resepi Sambal Kicap Padu Sedap

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 304 hits
Jom kali ini saya nak share Resepi Sambal Kicap Padu Sedap sangat Resepi ni dapat dari makcik suami yang berasal dari Johor Memang sedap Sambal Kicap ni dan terasa perfect jika digandingkan dengan sup soto dan sebagainya Sebenarnya sebelum ...
Kpdn Tambah Tenaga Kerja Pantau Bekalan Harga Beras

Kpdn Tambah Tenaga Kerja Pantau Bekalan Harga Beras

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 358 hits
Armizan Mohd Ali memantau harga barangan pada Ops Jamin di Raub hari ini RAUB Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meningkatkan bilangan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin Fasa Dua yang menump...
Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen Adilkah

Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen Adilkah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 422 hits
SARANAN untuk memansuhkan pencen ahli politik khususnya wakil rakyat dan menteri dilihat wajar dan perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan dan pihak berkaitan Daripada memberi pencen kepada mereka ini semua lebih baik mencarum ke ...
Upah Jemput Mama Balik Kerja

Upah Jemput Mama Balik Kerja

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum Jumaat lepas kan Dania drive sorang sorang pi opis SA kan sebab SA nak bawak balik semua hadiah kahwin SA dah ajar dia sekali cara cara nak pi office SA dan suruh dia iku aje waze satu tentang Dania ni dia sangat berani dala...
Ladang Kerabat Diraja Johor Diarahkan Berhenti Kerja

Ladang Kerabat Diraja Johor Diarahkan Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 360 hits
Ladang Kerabat Diraja Johor Diarahkan Berhenti Kerja Jabatan Alam Sekitar mengarahkan sebuah ladang kelapa sawit yang mempunyai pertalian dengan kerabat diraja Johor untuk menghentikan kerja tanah dan perladangan selepas dikatakan membuka t...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabiat Harian Ini Boleh Ganggu Tidur Anak Mama Pama Wajib Ambil Tahu

Dah Tau Apa Yang Tok Menilik Tapak Tangan

Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih Rm10 000 Sebulan Di Lazada

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Jana Income 3k 10k Sebulan Dengan Jual Ebook Sendiri