Sambal Tumis Sotong Tin
Kalau Kjee teringin nak makan sotong yang dalam tin jenama Rex, UnclePali mesti risau. Hehehe sebab dia kena keluar masuk hutan opps supermarket, cari. Biasanya tak dapat. Dia kata mungkin kilang tu dah bungkus. Pepandai jer kan!! So apabila tanya frens kat FB (mereka macam kaunter pertanyaan Kjee 🤭), ramai kata ada kat Mydin atau Lotus. UP pernah ke Lotus tapi tak ada stok. Suruh ke Mydin, hmmm dia malas nak layan. So orang mengantuk disorong bantal. My fav aunty Mai suruh staff dia cari (tanpa pengetahuan Kjee). Tetiba muncul aje depan gate bawak 4 tin! Thnx so much Aunty Mai. 😘
It used to be RM10 satu tin beberapa tahun lalu. Tetapi informer FB Kjee (termasuk Che Mat Gebu) kata harga dah naik. RM13 hingga RM15 satu tin besar. Wadduhhhh! So pepagi tadi Kjee dah proses. Mujur cili kisar memang sedia ada dalam freezer. So tak lah renyah sangat sebab sehari dua ni Kjee tak sihat sangat. First thing first. Kena keluarkan sotong dari dalam tin. Isyhhhh kecewa sikit. Isi tak banyak sangat macam biasa tapi janggut banyak. Selalu banyak dan puas makan.
Pastu buatlah sambal tumis macam biasa. Ikut ajelah resipi korang. Tetapi rasa-rasanya ini first time Kjee buat sambal letak belacan. Dan kejadiannya buat Kjee happy. UP pun puji sedap. Kali ini Kjee masukkan sekali kuah yang didatangkan bersama sotong tersebut. Eh lupa nak cakap yang selama ini Kjee makan sowang2 jer. Tetapi arini, UP terlajak suka pula. Ada pulak Egg Drop Soup. Hmmmm laju dia makan.
Foto atas 👆 dalam pinggan iaitu nasi secoit tu lah yang Kjee makan tadi. Bukan tadi aje tetapi itulah portion nasi Kjee tiap hari. Sikit jer sebab sejak jadi warga emas, Kjee dah tak selera makan nasi. Cuma ratah lauk jer setiap hari. Sambal sotong ni sedap makan bukan sahaja dengan nasi tetapi lemang ke, lempeng bodow, ubi kayu rebus... The list is endless ikut citarasa korang lah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2023/09/sambal-tumis-sotong-tin.html