Kpdn Tambah Tenaga Kerja Pantau Bekalan Harga Beras


 
Armizan Mohd Ali memantau harga barangan pada Ops Jamin di Raub, hari ini. (Gambar Bernama)RAUB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan bilangan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin Fasa Dua yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras di seluruh negara.
Pemangku Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali, berkata penambahan seramai 900 pegawai pemantau harga KPDN, menjadikan keseluruhan tenaga kerja terlibat seramai 2,390 orang, menyaksikan 8,684 buah premis berjaya diperiksa secara kumulatif sejak operasi itu dilancarkan 7 Julai lepas.
“KPDN bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras mengadakan Op Jamin di seluruh negara dan kita putuskan untuk meneruskan fasa dua dengan pelbagai penambahbaikan.
Tumpuan Op Jamin ini memantau bekalan dan harga beras di semua peringkat rantaian… dengan meningkatkan tenaga kerja pemantauan, kita berjaya melipatgandakan jumlah premis yang diperiksa meliputi semua peringkat termasuk pengilang, pemborong dan peruncit,” katanya.
Armizan berkata demikian pada sidang media selepas menyertai Op Jamin di daerah ini hari ini, yang dibuat bagi melihat situasi semasa di lapangan berhubung kedudukan bekalan harian seperti beras, gula dan minyak masak.
Beliau berkata kementerian juga akan terus mencari penambahbaikan berhubung isu barangan keperluan harian yang akan dibawa ke mesyuarat pasca Kabinet.
“Kita cuba bentang mekanisme terbaik kerana penguatkuasaan bukan untuk isu beras ini sahaja tetapi kita cuba mencari penyelesaian jangka masa panjang,” katanya.
KPDN juga akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan dan bidang kuasanya jika berlaku isu penukaran label kampit beras susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).
Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 atau mengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barang atau perkhidmatan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/kpdn-tambah-tenaga-kerja-pantau-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Peningkatan Zakat Fitrah Terengganu

Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Peningkatan Zakat Fitrah Terengganu

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 275 hits
KUALA TERENGGANU Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tidak menolak kemungkinan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini akan meningkat pada tahun depan Yang diPertua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata kenaik
Buka Kuota Import Beras Boleh Atasi Masalah Kenaikan Harga

Buka Kuota Import Beras Boleh Atasi Masalah Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 335 hits
Masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan dan kenaikan harga beras putih import mungkin boleh diatasi secara jangka pendek dengan membuka kuota pemimportan beras kepada pelbagai pihak Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berpendapat ...
Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 155 hits
Oleh Abdullah Zaid Kenaikan harga beras putih import selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan meresahkan orang ramai Justeru bagi sesi Dewan Rakyat Pembentangan Rancangan Malaysia ke 12 Ahli Parlimen Bayan Bar...
Belian Panik Punca Bekalan Beras Tempatan Terganggu

Belian Panik Punca Bekalan Beras Tempatan Terganggu

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 277 hits
Peningkatan harga beras import sehingga menganggu bekalan beras putih tempatan bermula September ini menyebabkan kekhuatiran masyarakat mengenai situasi bekalan beras negara Dalam hal ini Pengerusi Biro Petani KEADILAN Dr Azman Ismail mengi...
Bekalan Beras Cukup Lpp Minta Rakyat Tidak Buat Pembelian Panik

Bekalan Beras Cukup Lpp Minta Rakyat Tidak Buat Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 157 hits
LEMBAGA Pertubuhan Peladang memberi jaminan bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi dalam menangani permintaan bahan makan ruji itu Ketua Pengarahnya Azulita Salim berkata walaupun berdepan dengan cabaran seperti cuaca yang tid...
Video Harga Beras Naik Minyak Masak Pula Jatuh

Video Harga Beras Naik Minyak Masak Pula Jatuh

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 201 hits
Tangkap layar klip video tersebut yang tular di media sosial ketika ini PETALING JAYA Ketika harga beras tempatan semakin naik di pasaran pada masa ini sehingga membuatkan rakyat tidak senang duduk akibat masalah bahan makanan itu timbul pu...
Jokowi Sebut Proyek Lotte Chemical Selesai Maret 2025 Bisa Serap 13 000 Tenaga Kerja

Jokowi Sebut Proyek Lotte Chemical Selesai Maret 2025 Bisa Serap 13 000 Tenaga Kerja

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 208 hits
Menurut Jokowi progres pembangunan pabrik dari industri PT Lotte Chemical Indonesia mencapai 73 persen
Foto Usai Pantau Persediaan Beras Di Gudang Bulog Jokowi Mulai Bagi Bagi Sekarung Beras Untuk Warga

Foto Usai Pantau Persediaan Beras Di Gudang Bulog Jokowi Mulai Bagi Bagi Sekarung Beras Untuk Warga

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 296 hits
Presiden mengatakan cadangan beras yang dimiliki oleh Indonesia saat ini masih terbilang aman meskipun adanya fenomena alam El Nino
Tokey Mydin Beras Tempatan Tiada Bekalan

Tokey Mydin Beras Tempatan Tiada Bekalan

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 267 hits
Isu beras sebenarnya isu global Ye memang benar Persoalanya isu ini telah lama dimainkan oleh economist dunia tapi kita di malaysia seolah didiamkan sehinggalah harinya tiba Beras tidak cukup dipasaran Untuk mengharapkan pasaran beras tempa...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm