Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen Adilkah



SARANAN untuk memansuhkan pencen ahli politik khususnya wakil rakyat dan menteri dilihat wajar dan perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan dan pihak berkaitan. Daripada memberi pencen kepada mereka ini semua, lebih baik mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tertakluk kepada semua syarat oleh badan itu sepertimana telah ditetapkan kepada golongan rakyat biasa. Dengan langkah ini, mereka semua akan benar-benar dapat merasai masalah dan kesusahan sedang dihadapi oleh rakyat biasa.
Ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mencadangkan kerajaan menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman. Menurut Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penerimaan pencen bagi ahli politik dilihat tidak adil daripada penjawat awam yang sememangnya layak. Beliau berkata, ahli politik bukan sahaja menerima pencen menteri, sebaliknya menerima pelbagai pencen lain.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, “Saya datang dari keluarga penjawat awam. Mereka perlu bekerja lebih 30 tahun baharu berhak mendapatkan pencen. Bagi ahli politik, masuk pejabat terus layak dapat pencen seumur hidup.”
“Dahlah baharu masuk pejabat terus layak dapat pencen, pencen pula bukan satu, bertingkat-tingkat. Ada pencen ahli Parlimen, menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan speaker. Siap ada jawatan bertimbun-timbun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain,” ujarnya.
Katanya, pengiraan pencen bagi ahli politik juga berlainan, iaitu berbeza dengan pengiraan pencen untuk penjawat awam. “Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik. Saya baru masuk pejabat sebagai menteri tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan berapa lama saya berkhidmat sebagai menteri tetapi berapa lama saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Lagi lama saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen, lagi tinggi pencen menteri saya,” katanya.
AHLI POLITIK TUA
Tambahnya, kelebihan pencen tersebut menyebabkan terdapat ahli politik yang tidak mahu melepaskan jawatannya.
“Sebab itu banyak ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan. Bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen, lagi tinggi jumlah pencen ahli Parlimen dan pencen menteri,” katanya.
Sekiranya apa yang dikatakan ini benar, maka negara kita wajar mengambil satu bentuk langkah drastik. Kita tidak boleh lagi mengunakan wang negara untuk menampung segala kemudahan pencen yang diterima oleh kalangan ahli politik ini.
Wang pencen disediakan kepada semua ahli politik seharusnya disalurkan kepada perkara yang lebih membawa kebaikan dan faedah serta manfaat kepada rakyat dan negara seperti penambahbaikan sektor pendidikan dan sektor kesihatan yang dilihat sedang meruncing pada ketika ini. Tambahan pula sekarang negara kita dan seluruh dunia sedang menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang tinggi.
Rakyat biasa termasuk penjawat awam biasa terpaksa bekerja keras dengan jumlah gaji yang sedikit bagi menampung kehidupan seharian mereka. Tidak wajar sekiranya ada ahli politik termasuk wakil rakyat dan menteri menerima wang pencen yang banyak seperti dinyatakan oleh Syed Saddiq.
Ahli politik harus terima hakikat bahawa diri mereka dipilih oleh rakyat dan pengundi untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Segala khidmat yang diberikan oleh semua ahli politik ini perlu dilakukan secara ikhlas demi rakyat dan negara. Maka tidak perlu semua ahli politik ini menerima apa-apa bentuk gaji, elaun termasuk pencen daripada negara.
Harap kerajaan dapat mengkaji cadangan ini dengan lebih mendalam dan serius. Kepada Yang Berhormat (YB) semua, berkhidmatlah secara ikhlas dan percuma demi rakyat dan negara.

Dr. Muzaffar Syah Mallow Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/kerja-tak-sampai-30-tahun-layak-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambilan Kerja Part Time Kfc Untuk Rakyat Malaysia Minima Umur 19 Tahun

Ambilan Kerja Part Time Kfc Untuk Rakyat Malaysia Minima Umur 19 Tahun

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 400 hits
Ambilan Kerja Part Time KFC Untuk Rakyat Malaysia Minima Umur 19 Tahun 7 Adakah nda sedang mencari peluang kerja sambilan yang menarik dan menyeronokkan Kentucky Fried Chicken rangkaian restoran makanan segera yang terkenal di seluruh Malay...
Kerja Kosong Part Time 7eleven Seluruh Malaysia Tahun 2023

Kerja Kosong Part Time 7eleven Seluruh Malaysia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 307 hits
Kerja Kosong Part Time 7eleven Seluruh Malaysia Tahun 2023 23 7eleven adalah kedai yang sinonim untuk rakyat Malaysia Ia menyediakan pelbagai pilihan barang keperluan untuk para pembeli Dengan mempunyai cawangan yang beratus ratus seluruh M...
Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 293 hits
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak anak untuk bebas memakai lampin Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak anak...
Selain Penjara 10 5 Tahun Hak Politik Lukas Enembe Dituntut Dicabut Selama 5 Tahun

Selain Penjara 10 5 Tahun Hak Politik Lukas Enembe Dituntut Dicabut Selama 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 351 hits
Jaksa juga menuntut Lukas Enembe membayar uang pengganti sejumlah Rp47 833 485 350 00
Mario Dandy Melawan Putusan Hakim Ajukan Banding Usai Divonis 12 Tahun Dan Bayar Restitusi Rp25 Miliar

Mario Dandy Melawan Putusan Hakim Ajukan Banding Usai Divonis 12 Tahun Dan Bayar Restitusi Rp25 Miliar

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 359 hits
Mario Dandy memutuskan mengajukan banding terhadap vonis diputuskan Majelis Hakim Pengadilan Negeri Jakarta Selatan tersebut
Proses Undi Perwakilan Parlimen Belia Dirombak Tahun Depan Kata Johari

Proses Undi Perwakilan Parlimen Belia Dirombak Tahun Depan Kata Johari

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 274 hits
PROSES pengundian ahli ahli perwakilan Parlimen Belia akan dirombak secara besar besaran tahun hadapan kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul nbsp Beliau berkata ia berikutan keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang bersetuju untuk ...
Bicara Kes Rm6 6 Bilion Ipic Najib Irwan Serigar Mula Tahun Depan

Bicara Kes Rm6 6 Bilion Ipic Najib Irwan Serigar Mula Tahun Depan

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 239 hits
Ho Kit YenNajib Razak dan Irwan Serigar Abdullah didakwa bersama dengan enam pertuduhan salahguna RM6 6 bilion dana awam melibatkan pembayaran kepada IPIC KUALA LUMPUR Kes pecah amanah jenayah Najib Razak dan Irwan Serigar Abdullah berhubun...
Asean Renews Community Declaration As Bloc Sets Course For Next 20 Years

Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu

Lau Showroom By Raimer B Ro Silence As A Design Statement

The Resurgence Of Analog Horror A New Era Of Digital Fright

Can The Indian Community Expect A Fluent Tamil Speaking Minister If A Cabinet Reshuffle Happens

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Anda Peminat Teh Ada Bahaya Menanti

Vipmgm8 17 Vipmgm8 24 Top 89 By Violette


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Beat The Gacor123 Login Online Slot Dealer Quickly

Ular Keliling Rumah

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Beli Pokok Ciku Mega Secara Online

Check In Eastin Hotel Penang

Perjalanan Ke Utara Sebelah Pulau Di Penang