Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka


Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan.

Intoleransi makanan?
Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil. Tindak balas tak tolerans itu mungkin disebabkan tubuh tidak dapat memecahkan makanan dengan betul.
Sebab lain terjadinya keadaan ini kerana badan mengalami iritasi terhadap bahan kimia yang terdapat dalam makanan tersebut.
Ada sesetengah kanak-kanak boleh mengambil jenis makanan yang tak tolerans dalam jumlah yang sedikit.
Pastinya ada ibu-ibu yang terfikir bahawa intoleransi makanan ini adalah sama seperti alahan makanan, betul tak? Hakikatnya ia berbeza sama sekali.
Alahan makanan berlaku apabila sistem imun anak bertindak balas terhadap makanan yang dimakan. Sedangkan keadaan tak tolerans makanan ini langsung tidak melibatkan sistem pertahanan tubuh.
Secara umumnya, alergi makanan adalah lebih teruk dan mempunyai banyak gejala berbanding intoleransi makanan ini.

Simptom intoleransi makanan
Jika anak mengalami masalah tak tolerans makanan, mereka akan berdepan ketidakselesaan sejurus selepas makan makanan harian tertentu.
Gejalanya bervariasi dan sering melibatkan sistem pencernaan. Antara simptom umum yang mungkin dialami anak adalah seperti:
Perut kembung Cirit-birit Sakit kepala atau migrain Ulser mulut Perut berangin atau gas berlebihan Hidung berair Untuk individu dengan masalah ini, jumlah makanan harian yang diambil akan menentukan tahap gejala mereka.
Simptom kesan intoleransi makanan ini boleh mengambil masa agak lama sebelum muncul.
Permulaannya mungkin boleh berlaku beberapa jam selepas mengambil sesuatu jenis makanan dan gejalanya akan berlanjutan hingga berhari-hari.
Memang tidak dinafikan wujud kesukaran untuk menentukan sama ada anak mempunyai keadaan tak tolerans terhadap makanan atau alahan. Ia adalah kerana tanda dan gejala kedua-duanya adalah bertindih.
Jika anda berasa anak mempunyai isu tak tolerans makanan atau tidak pasti punca yang mendasari, lakukan pemeriksaan doktor untuk kepastian.
Jenis makanan harian
Ada bahan dalam makanan harian tidak boleh dicerna menyebabkan terjadinya keadaan tak tolerans ini. Ia mungkin disebabkan oleh kekurangan enzim pencernaan atau kepekaan terhadap bahan kimia tertentu.
Antara jenis makanan harian biasa yang boleh menjadi punca adalah:
Laktosa – gula dalam produk tenusu Gluten – dalam bijrin termasuk gandum Bahan penambah rasa dan pewarna, termasuk MSG Fruktosa – gula dalam buah-buahan Sebatian lain – termasuk kafein Tubuh menggunakan enzim pencernaan untuk memecahkan makanan. Jika seseorang kekurangan enzim tertentu, fungsi pencernaan makanan mungkin tidak efisien.
Laktosa adalah gula yang terdapat dalam produk tenusu seperti susu dan keju.
Mereka dengan keadaan tak tolerans laktosa tidak mempunyai cukup enzim laktase – berfungsi memecahkan laktosa menjadi molekul lebih kecil, agar mudah diserap tubuh melalui usus.
Laktosa yang kekal dalam saluran pencernaan, boleh menyebabkan kekejangan, sakit perut dan kembung, cirit-birit serta perut berangin.
Fruktosa adalah gula yang terdapat dalam madu, buah dan beberapa jenis sayuran.
Keadaan tak tolerans ini juga berkaitan dengan kekurangan enzim, namun keadaan ini jarang untuk terjadi. Dalam kebanyakan kes, ia dikenali sebagai tak tolerans fruktosa keturunan.
Antara simptom yang boleh dialami adalah seperti perut berangin, kembung, kekejangan dan cirit-birit.
#Intoleransi gluten
Gluten adalah protein yang terdapat dalam kebanyakan makanan harian seperti bijirin, termasuklah gandum dan barli.
Anak dengan keadaan ini boleh mengalami ketidakselesaan abdomen seperti sakit perut, kembung atau loya.
#Bahan penambah rasa makanan
Berikut antara bahan dalam makanan harian yang menyebabkan tindak balas ketika proses pencernaan:
Nitrat
Bahan pengawet ini biasa digunakan pada daging yang diproses. Simptom yang boleh dialami adalah sakit kepala dan kegatalan.
Monosodium glutamate (MSG)
Penambah rasa ini boleh menyebabkan sakit kepala, sesak dada, loya dan cirit-birit pada mereka yang mengalami intoleransi makanan.
Sulfit
Bahan pengawet ini terdapat dalam wain, buah kering, udang segar dan sesetengah sapuan roti.
Antara simptom yang boleh terjadi adalah sesak dada, gatal-gatal, cirit-birit dan adakalanya anafilaksis – reaksi alahan serius.
Diagnosis intoleransi makanan
Keadaan tidak tolerans dan alahan makanan boleh mempunyai simptom yang sama, jadi sukar untuk mendiagnosis keadaan ini.
Ia akan bertambah rumit jika seseorang itu mempunyai lebih daripada satu tak tolerans makanan.
Cara diagnosis yang akan dilakukan adalah:
Diet penyingkiran
Ujian yang paling biasa untuk masalah tidak tolerans makanan. Melibatkan proses penyingkiran makanan harian tertentu terutamanya yang menyebabkan intoleransi. Tempoh proses ini biasanya memakan masa berminggu-minggu.
Kemudian, anda perlu memperkenalkan semula makanan satu demi satu untuk mengenal pasti punca masalah ini.
Ujian pernafasan bantu kesan intoleransi makanan
Dalam kes berkaitan tidak tolerans fruktosa atau laktosa, doktor boleh menggunakan ujian nafas yang menguji jumlah gas hidrogen dalam nafas kanak-kanak.
Kanak-kanak dengan masalah intoleransi laktosa akan mempunyai tahap hidrogen yang lebih tinggi dalam nafas mereka.
Namun untuk mendiagnosis keadaan tak tolerans laktosa boleh menimbulkan kesukaran kerana gejalanya serupa dengan alahan makanan.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan dan berasakan anak mengalami masalah intoleransi terhadap makanan harian tertentu, berbincanglah dengan doktor.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan. Ianya Tak Sama Dengan Alahan, Ibu Ayah Wajib Peka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perut-kembung-antara-tanda-anak-ada-intoleransi-makan-ianya-tak-sama-dengan-alahan-ibu-ayah-wajib-peka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 309 hits
Anak anak kalau jumpa makanan manis bukan main seronok Memang tak boleh dilarang mereka suka sangat coklat atau gula gula sedangkan terlalu banyak makan boleh menyebabkan masalah kaviti Habis rosak gigi Sebagai ibu ayah kita mahukan yang te...
Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 307 hits
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru baru ini kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun pantai taman rekreasi dan beberapa l...
Anak Bergaduh Jangan Terus Menangkan Salah Seorang Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil

Anak Bergaduh Jangan Terus Menangkan Salah Seorang Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 302 hits
Nak selesaikan perselisihan anak anak memang uji kesabaran kan Fuh breath in breath out je ketika nak hadap tu Ada ketikanya ibu tak boleh nak kawal kesabaran itu Seperti perkongsian Puan Wan Nur Syakira yang banyak berkongsi ilmu parenting...
Gigi Susu Anak Belum Goyang Dah Keluar Gigi Kekal Ini Sepatutnya Ibu Ayah Perlu Buat

Gigi Susu Anak Belum Goyang Dah Keluar Gigi Kekal Ini Sepatutnya Ibu Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 503 hits
Gigi susu ialah gigi sementara yang akan berganti kepada gigi kekal atau gigi dewasa Kanak kanak akan mula tumbuh gigi ketika usia 6 bulan hingga 2 tahun Ketika kanak kanak berusia 6 7 tahun gigi kekal akan mula tumbuh secara berperingkat d...
5 Tanda Jika Anak Laki Laki Sedang Mengalami Pubertas Orang Tua Wajib Tahu

5 Tanda Jika Anak Laki Laki Sedang Mengalami Pubertas Orang Tua Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 273 hits
Meski sepele tanda pubertas ini perlu diketahui agar nggak salah dalam mendidik
Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 295 hits
Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik Tambah pula masing masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama de...
Ibu Hamil Menyusu Jangan Takut Ambil Vaksin Covid 19 Anak Juga Akan Dapat Antibodi Yang Sama Dari Ibu

Ibu Hamil Menyusu Jangan Takut Ambil Vaksin Covid 19 Anak Juga Akan Dapat Antibodi Yang Sama Dari Ibu

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 315 hits
Kes Covid 19 setiap hari sangat membimbangkan kerana hampir setiap hari kes mencecah 5 angka Apabila kes dalam komuniti meningkat maka risiko kepad ibu hamil ibu menyusu dan kanak kanak juga akan meningkat menjelaskan tentang kebaikan menga...
Cukup Ke Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal Sahaja Perkara Ini Mama Wajib Ambil Tahu

Cukup Ke Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal Sahaja Perkara Ini Mama Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 285 hits
Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu mengandung penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil Vitamin ibu mengandung Jika anda sedang hamil atau mencuba untuk men...
Anak Peramah Asyik Bercakap Tanda Bijak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Layanlah

Anak Peramah Asyik Bercakap Tanda Bijak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Layanlah

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 298 hits
Anak terlebih peramah atau talkative adakalanya membuatkan ibu bertambah pening Pening dengan pelbagai persoalan tanpa henti yang membuatkan ibu hilang kata kata untuk menjawab Hal ini sebenarnya amat baik untuk perkembangan anak kita Jadi ...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees