Cukup Ke Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal Sahaja Perkara Ini Mama Wajib Ambil Tahu


Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu mengandung penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?

Vitamin ibu mengandung
Jika anda sedang hamil atau mencuba untuk mengandung, kemungkinan anda mungkin sudah atau sedang mempertimbangkan untuk mengambil vitamin ibu mengandung.

Umumnya, vitamin untuk wanita mengandung atau vitamin pranatal dianggap sebagai makanan tambahan.
Vitamin ini diformulasi khas untuk membantu wanita hamil mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong tubuhnya dan bayi yang sedang membesar.
Walau bagaimanapun, terdapat salah faham mengenai vitamin ini yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi kepercayaan kebanyakan individu.
Sudah tiba masanya untuk kita bongkar tentang mitos yang salah ini!
Mitos vs fakta vitamin ibu mengandung
Berikut adalah 8 mitos tentang vitamin pranatal dan fakta yang perlu anda tahu:
Mitos #1 – Hanya ambil vitamin pranatal ketika mengandung
Anda disarankan untuk mengambil vitamin setiap hari walaupun sebelum hamil, sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa menyusukan bayi.
Kebanyakan fasa tumbesaran utama berlaku pada minggu-minggu pertama kehamilan, malahan pada ketika anda belum menyedari yang anda berbadan dua.
Bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula, manfaat vitamin yang dimakan disalurkan melalui susu akan dapat menyokong tumbesaran bayi .
Mitos #2 – Semua vitamin pranatal adalah sama
Walaupun variasinya sedikit, namun setiap jenama vitamin ibu mengandung mungkin mengandungi vitamin dan dos yang berbeza.
Sesetengah vitamin mengandungi nutrien tambahan sementara ada yang lain dihasilkan untuk wanita yang memerlukan zat besi, asid folik, kalsium atau sebarang nutrien lain.
Pastikan anda sentiasa membaca label dan memilih vitamin mengikut keperluan pemakanan.
Mitos #3 – Multivitamin mengandungi semua keperluan
Anda mungkin memerlukan makanan tambahan sebelum, semasa dan selepas mengandung.
Bagi wanita hamil yang menjangkakan kelahiran bayi kembar atau lebih, anda mungkin memerlukan lebih banyak vitamin B12.
Wanita dengan masalah anemia, mungkin memerlukan suplemen zat besi.
Semasa menyusu badan, bayi mungkin kekurangan vitamin D, jadi berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang pengambilan sebarang makanan tambahan.
Mitos #4 – Vitamin menjadikan anda lebih sihat dan kuat
Mengambil vitamin pranatal boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan sakit jika tidak kena caranya. Keadaan seperti mual dan sembelit antara kesan sampingan yang boleh berlaku.
Untuk mengelakkan mual, pastikan anda memakan suplemen bersama makanan atau sebelum tidur, minum air dengan cukup dan bersenam.
Jika berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang simptom dan cubalah jenama lain.
Mitos #5 – Makan vitamin tidak perlu risau akan diet pemakanan
Anda harus tahu, kebanyakan vitamin ibu mengandung tidak merangkumi 100% keperluan nutrien dan vitamin.
Terdapat sesetengah vitamin hanya dapat diserap ke dalam badan melalui makanan.
Pengambilan makanan berkhasiat membantu wanita hamil untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi menyokong perkembangan bayi.
Mitos #6 – Wajib mengambil vitamin ibu mengandung
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil suplemen tambahan yang dirumus khas untuk kehamilan.
Terdapat juga multivitamin yang baik dan selamat untuk dimakan sewaktu mengandung.
Mitos #7 – Tidak perlu vitamin pranatal jika makan dengan seimbang
Setiap individu mempunyai jurang pemakanan dalam diet harian. Maka vitamin pranatal dapat mengisi jurang tersebut.
Seorang wanita mengandung memerlukan banyak khasiat tambahan seperti kalsium, kolin, zat besi, DHA/EPA, folat, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain.

Tanpa khasiat yang mencukupi, anda dan bayi akan terdedah kepada komplikasi sebelum dan selepas kehamilan, seperti:
Kelahiran pramatang Preeklampsia Anemia Berat bayi lahir rendah Kencing manis semasa mengandung Kecacatan tiub saraf Anda tidak dapat mencegah apa yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengutamakan pengambilan nutrien penting.
Mitos #8 – Vitamin pranatal hanya untuk wanita hamil yang kurang vitamin
Kebanyakan multivitamin dihasilkan untuk memberikan ibu yang sedang mengandung mineral dan makanan tambahan.
Ia untuk membantu menjaga kesihatan ibu dan mendorong perkembangan janin agar lebih sihat.
Kebanyakan pakar akan menyarankan wanita yang merancang kehamilan untuk mengambil vitamin untuk ibu mengandung sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan.
Jika ada yang tidak kena, segera berjumpa pakar
Ada wanita hamil berasakan vitamin pranatal yang dimakan menyebabkan ketidakselesaan perut. Masalah ini boleh diatasi jika anda mengambil vitamin ibu mengandung selepas makan atau semasa makan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita mabuk pagi.
Jika tidak berkesan, mungkin anda perlu mencuba vitamin jenama lain. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan tentang vitamin pranatal yang anda ambil, bawa botol vitamin tersebut semasa pemeriksaan pranatal untuk menentukan sama ada ia sesuai atau tidak.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta.  Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Cukup Ke Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal Sahaja? Perkara Ini Mama Wajib Ambil Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cukup-ke-nutrisi-kalau-ibu-hamil-makan-vitamin-pranatal-sahaja-perkara-ini-mama-wajib-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaki Selalu Kejang Sakit Sakit Waktu Hamil Petanda Mama Tak Cukup Kalsium

Kaki Selalu Kejang Sakit Sakit Waktu Hamil Petanda Mama Tak Cukup Kalsium

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 253 hits
Kejang kaki waktu hamil sangat menyakitkan lebih lebih lagi sewaktu tidur malam Kenapa kejang kaki kerap berlaku kepada ibu hamil Menurut Dr Nurhazinat pakar perbidanan dan sakit puan otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa h...
Tak Perlu Berat Senaman Ringan Pun Dah Cukup Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru Paru Anak

Tak Perlu Berat Senaman Ringan Pun Dah Cukup Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru Paru Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 324 hits
Tak perlu senaman yang berat cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan Paling penting kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak Rupanya bukan hanya ib...
Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi

Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 296 hits
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan Adakah bakal ibu masih tercari cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan Apabila disahkan hamil seorang bakal ibu pa...
Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 306 hits
Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan Intoleransi makanan Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil Tindak balas tak toler...
Ini Vitamin Yang Ibu Hamil Perlu Ambil Demi Kesihatan Ibu Bayi Dalam Kandungan

Ini Vitamin Yang Ibu Hamil Perlu Ambil Demi Kesihatan Ibu Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 208 hits
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan Adakah bakal ibu masih tercari cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan Apabila disahkan hamil seorang bakal ibu pa...
Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 317 hits
Rata rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam kan Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin Ada makanan yang senang diperoleh ada juga pelik pelik ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSeperti perkongsi...
Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 305 hits
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru baru ini kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun pantai taman rekreasi dan beberapa l...
Tak Lama Lagi Nak Minum Air Gula Mama Hamil Boleh Guna Cara Ini Untuk Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Tak Lama Lagi Nak Minum Air Gula Mama Hamil Boleh Guna Cara Ini Untuk Turunkan Paras Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 236 hits
Tahukah anda wanita hamil berpotensi mendapat diabetes gestasi jika pemakanan hariannya tidak dikawal langsung Oleh sebab itu bagi mengurangkan risiko mendapat masalah kencing manis semasa hamil ini ibu perlulah mengamalkan beberapa kaedah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon