Anak Peramah Asyik Bercakap Tanda Bijak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Layanlah


Anak terlebih peramah atau talkative adakalanya membuatkan ibu bertambah pening. Pening dengan pelbagai persoalan tanpa henti yang membuatkan ibu hilang kata-kata untuk menjawab. Hal ini sebenarnya amat baik untuk perkembangan anak kita.
Jadi mak ayah jangan buat tidak peduli, bantulah anak untuk kembangkanlah pemikirannya.
Menurut Pn Noor Asyikin Ahmad yang berpengalaman lebih 14 tahun sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak, anak-anak talkative yang banyak bertanya seharusnya tidak dibiarkan tanpa jawapan. Jawablah, kerana ini yang terbaik untuk perkembangan anak kita.

Istilah talkative memberi maksud ‘peramah’ suka atau gemar bercakap. Ibu bapa mungkin pernah berhadapan dengan situasi anak yang banyak bercakap dan bertanyakan pelbagai soalan tanpa henti. Dari satu soalan, kemudian kepada soalan dan seterusnya kepada soalan yang lain. Apa? Kenapa? Bagaimana? Di mana? dan Siapa?
Contoh: “Ibu kenapa bunga merah?” “Kenapa tanam di sini?” “Ibu kenapa mesti mandi?” “Kenapa ibu tak mandi?”.

Mengapa kanak-kanak talkative bertanya banyak soalan?
Menurut pakar, kanak-kanak yang aktif atau banyak bercakap mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Mereka berada di dalam dunia dewasa di mana mereka memerlukan maklumat setiap hari dan kadangkala pertanyaan mereka itu sebenarnya menunjukkan mereka keliru apa yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri. Lalu mereka akan terdorong untuk mengetahui sesuatu perkara.

Komunikasi jadi bertambah baik
Anak talkative lebih dilihat daripada sudut positif bila mana ibu bapa dapat membantu mereka memahami mana yang betul dan mana yang salah. Ini berlaku apabila ibu bapa berhadapan dengan situasi anak talkative, mereka mendengar, memberi idea atau respon setiap pertanyaan anak-anak ke arah kebaikan.
Anak-anak talkative juga mampu memberi kesan yang positif untuk komunikasi dan membuatkan perhubungan dan ‘bonding’ antara ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih positif.
Kanak-kanak talkative juga sentiasa bertenaga dan bersemangat, ibu bapa harus pandai menyalurkan tenaga dan semangat anak-anak dengan cara yang betul. Dengan ini ia dapat membantu mereka untuk pelbagaikan sesuatu yang baru.

Contohnya seperti mencipta satu hobi yang baru kepada anak-anak seperti mewarna, melukis dan membuat aktiviti kolaj dan sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling. Kepetahan bercakap dan mengutarakan soalan petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka.
Mereka akan lebih kreative dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan banyak pertanyaan dan persoalan sebelum mencuba dan mencari jalan penyelesaian. Semua ini bermula dengan sifat ingin tahu serta gemar bercakap dan mengutarakan soalan.

Selain itu juga, kanak-kanak yang talkative mampu menambah perbendaharaan kata. Contohnya bayi berumur 12 bulan masih tidak mampu bercakap dengan banyak, tetapi mereka mampu untuk memahami sehingga 60 perkataan dalam tempoh sehingga 18 bulan.
Perkembangan bahasa mereka berlaku dengan drastik. Oleh itu ibu bapa perlu bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya, maka makin banyak bercakap atau bertanya, makin banyaklah mereka tahu dan belajar.
Namun demikian baik tetap ada ada buruknya. Melayan anak-anak bercakap memang boleh menjadi sukar disebabkan memerlukan ibu bapa mendengar mereka sepanjang masa. Dan kerap terjadi anak-anak akan menyampuk atau mencelah semasa orang dewasa bercakap.

Jadi ibu bapa harus lebih banyak bersabar bila berhadapan dengan situasi anak-anak yang talkative. Jika kita menghalang mereka dari bercakap sesuatu, ada kemungkinan akan wujud jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Selain itu juga kita akan membunuh semangat dan perasaan ingin tahu mereka. Jadi ibu bapa jangan malas menjawab!!
Tahap pemikiran praoperasional menurut Teori Piaget pula berlaku pada tahap umur kanak-kanak mencecah dua tahun sehinggalah usia tujuh tahun.
Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka. Kanak-kanak yang berumur empat tahun boleh menyoal sehingga 437 soalan dalam sehari!.

Sekiranya anak anda berumur 3 hingga 4 tahun, pada peringkat inilah kita boleh kembangkan kemahiran membaca mereka. Telah terbukti bahawa kanak-kanak yang talkative, suka bercerita dan mengada-adakan cerita mereka sendiri menunjukkan mereka suka membaca sesuatu yang baru. Ibu bapa bantulah anak-anak mengembangkan hobi membaca mereka.
Menarik: Ini Vitamin Yang Ibu Hamil Perlu Ambil Demi Kesihatan Ibu & Bayi Dalam Kandungan

Tinggal lagi 3 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Anak Peramah & Asyik Bercakap Tanda Bijak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Layanlah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-peramah-asyik-bercakap-tanda-bijak-mak-ayah-jangan-buat-tak-peduli-layanlah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 454 hits
Kemahiran anak kita memegang pensil menulis dan meniru perkataan sebenarnya boleh dikaitkan dengan perkembangan anak itu sendiri Walau bukan keseluruhan perkembangannya namun ia memberi sedikit gambaran dan tahap penguasaan anak kecil kita ...
Tak Bolehlah Ayah Kata Macam Ni Mak Pula Macam Ni Nak Bentuk Anak Mak Ayah Kena Sepakat

Tak Bolehlah Ayah Kata Macam Ni Mak Pula Macam Ni Nak Bentuk Anak Mak Ayah Kena Sepakat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 244 hits
Anak anak kecil kita sememangnya pemerhati paling bijak Mereka melihat dan menilai apa yang ada di depan mata mereka Dan mak ayahlah orang yang berada paling dekat untuk dilihat dan dicontohi anak anak Sebagai mak ayah elakkan beberapa perk...
Elak Stres Marah Marah Anak Jadilah Mak Ayah Mudah Terhibur Ini Cara Belajar Bersyukur

Elak Stres Marah Marah Anak Jadilah Mak Ayah Mudah Terhibur Ini Cara Belajar Bersyukur

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 273 hits
Bukan mudah ya kita nak bekerja dan anak anak dengan kelas online mereka Macam macam hal kalut setiap hari Fitrahnya anak anak mereka suka bebas untuk bermain Suka explore dan buat perkara baharu setiap hari Apabila pergerakan mereka terbat...
Bila Mak Ayah Meninggal Serentak Fahami Pembahagian Harta Pusaka Jagalah Kebajikan Anak Kecil

Bila Mak Ayah Meninggal Serentak Fahami Pembahagian Harta Pusaka Jagalah Kebajikan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 252 hits
Selalu kita dengar dan lihat di media sosial tentang mak ayah meninggal serentak tak kiralah kemalangan atau wabak penyakit Terus terfikir bagaimana kehidupan anak anak kecil yang ditinggalkan
Selalu Tengok Mak Ayah Bergaduh Anak Dah Besar Suka Buat Orang

Selalu Tengok Mak Ayah Bergaduh Anak Dah Besar Suka Buat Orang

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 201 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Bersyukur Anak Dah Berubah Jangan Si4 Si4kan Masa Muda Abang Lagi

Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Bersyukur Anak Dah Berubah Jangan Si4 Si4kan Masa Muda Abang Lagi

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 272 hits
Tampil dengan perubahan baru selepas menyertai kumpulan tabligh dan keluar selama 3 hari untuk mendalami agama Islam nama penyanyi Aliff Aziz semakin mencvri tumpuan netizen di media sosial Terbaru Aliff dilihat memuat naik sebuah ucapan is...
Jangan Cuma Untuk Formalitas Ini 6 Manfaat Rutin Memeluk Anak

Jangan Cuma Untuk Formalitas Ini 6 Manfaat Rutin Memeluk Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 184 hits
Meski sepele memeluk anak secara rutin akan membawa banyak manfaat bagi kehidupannya
Bagi Anak Makan Epal Jangan Kupas Kulitnya Nanti Rugi Anak Tak Dapat Khasiat Maksimum

Bagi Anak Makan Epal Jangan Kupas Kulitnya Nanti Rugi Anak Tak Dapat Khasiat Maksimum

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 193 hits
Ramai ke bagi anak makan buah epal yang dikupas kulitnya Menurut Dr Mazliana Mazlan sebelum tahu yang kulit epal mengandungi quercetin beliau pun berbuat demikian juga Nak tahu kenapa pentingnya buah epal yang tak dibuang kulit ikut perkong...
Iq Anak Lemah Punca Jajan Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah Dr Taufiq

Iq Anak Lemah Punca Jajan Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah Dr Taufiq

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 233 hits
IQ Anak Lemah Punca Jajan Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah Dr Taufiq PERASAN tak anak anak kalau bab makan jajan laju je Bila makan nasi sikit pula Memang ramai ibu bapa tahu jajan atau snek ringan tak sesuai untuk anak Namun ibu bapa se...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Filem Sheriff

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024