Anak Bergaduh Jangan Terus Menangkan Salah Seorang Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil


Nak selesaikan perselisihan anak-anak memang uji kesabaran kan. Fuh, breath in, breath out je ketika nak hadap tu. Ada ketikanya ibu tak boleh nak kawal kesabaran itu.
Seperti perkongsian Puan Wan Nur Syakira yang banyak berkongsi ilmu parenting, beliau juga akui kadangkala macam nak ambik jalan cepat, menangkan je salah seorang kalau ada konflik. Letihnya nak tanya satu-satu.
Tapi, bertahan, ambil nafas . Tanya apa cerita ni ,gaduh ni. Walaupun dah nampak apa yang berlaku, tanya juga , ” Apa yang berlaku sebenarnya ? Kalau tak tahu apa yang berlaku, lagilah kena tanya keduanya apa yang berlaku.
Biar mereka yang bercerita. Ummi kena sabar dahulu dari tuduh mana -mana pihak.
Kerana jalan cepat menuduh tanpa dengar nampak je cepat, tapi lama-lama ketidakadilan ini akan buahkan dendam dan kurangkan kasih sayang antara adik beradik.

Kalau ummi tak daya dah nak runding, ummi bagi kat Abi. Nak adil, memang susah. Tapi kalau tak cuba adil, nescaya nanti lagi banyak perasaan terpendam dari kecil.
Habis mereka cerita, tenangkan hati, bagitahu siapa yang salah, siapa yang kena betulkan dengan tegas. Akhiri dengan kena minta maaf dan salam serta peluk.
Dan puji apabila mereka berdamai. Paling penting nak elakkan gaduh, Fokus masa mereka tengah tak gaduh. Main sesama elok-elok. Kongsi makanan dan mainan. Cakap baik-baik. Ha, masa tu pulun puji habis-habisan.
” Gembiranya ummi tengok abang dan adik main elok-elok “.
” Happynya ummi tengok abang share makanan dengan adik, pemurahlah abang ni “.
” Bagusnya adik cakap elok-elok dengan abang, lembut je ummi dengar “.
” Kagum ummi tengok abang sabar ajar adik main tu. Berkali-kali abang ajar adik, penyabar betul abang ni . Ahsanta! “.

Simple yet powerful words. Untuk settingkan mindset mereka. Yang mereka ni selalu je elok-elok , kadang-kadang yang berselisih.
Biasalah kan bergaduh, kita orang tua yang berdekad hidup ada masa bergaduh, apatah lagi anak yang tak sampai sedekad hidupnya.
Untuk elakkan pergaduhan dan selesaikan perselisihan antara adik beradik sangat perlukan kesabaran dan teknik yang betul serta keadilan untuk mereka semua. Ianya sangat perlukan kesabaran nak bina kasih sayang antara adik beradik. Fuh, bukan senang.
Setiap anak perlu dididik bertanggungjawab atas kesalahan dan kebaikan mereka. Bukan dipertanggungjawabkan atas kesalahan adik beradik lain. Di samping dididik saling menegur, menyayangi dan menjaga sesama adik beradik.
Bukan sebab abang besar, abang dipersalahkan. Bukan sebab adik jenis personaliti senyap, terus dihukum abang tanpa bertanya. Kalau adik pukul, kena beritahu tak boleh pukul.
Begitulah sama dengan abang juga, kalau dia pukul, kena bagitahu tak boleh pukul.
Marah macam mana, jangan guna fizikal.

Ikut pengalaman peribadi, agak susah nak imbangkan. Kena konsisten dan tak boleh ambil jalan cepat. Jalan cepat tu, salahkan aje salah seorang bila bergaduh instead bertanya dan negotiate dengan kedua-dua pihak.
Jalan cepat itu akan cetuskan dendam dan konflik yang tak berkesudahan di masa depan.
Jangan dipandang remeh, pergaduhan kecil yang diselesaikan secara berat sebelah yang buat anak bercakaran selalu.
Tak boleh duduk dekat. Kalau rasa, lecehlah nak tanya satu-satu apa yang berlaku,
Ingat lah jangan kerana kita ambil mudah, bila perasaan anak sesama adik beradik sentiasa tercalar.
Hingga ke besarlah kesannya akan terasa. Bila dengar anak-anak cakap tanpa disuruh,
” Sayang adik ”
” Sayang abang Adam “.
Alahai, berbunga hati ummi. Rasa macam berbaloi sakit dada tahan sabar dan laburkan air liur bercakap instead marah-marah.
Bukan senang kan nak dapatkan keharmonian hubungan, tapi bila diselesaikan dengan baik, berhikmah, ambil tahu keadaan kedua-dua pihak, InsyaAllah, kasih sayang antara mereka sentiasa akan membesar.
Kredit: Wan Nur Syakira
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Anak Bergaduh, Jangan Terus Menangkan Salah Seorang. Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-bergaduh-jangan-terus-menangkan-salah-seorang-bab-ni-ibu-ayah-kena-adil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ada Susu Formula Di Rumah Tip Mudah Ibu Ini Bf Semua Anak Hingga Berjaya

Jangan Ada Susu Formula Di Rumah Tip Mudah Ibu Ini Bf Semua Anak Hingga Berjaya

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 336 hits
Sebelum mengandung dah niatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu Tak sangka setelah disahkan hamil dan kini mempunyai empat orang anak termasuk anak kembar perjalanan penyusuan dipermudahkan Itu yang dikongsikan oleh seorang ibu Puan Is...
Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 305 hits
Anak anak kalau jumpa makanan manis bukan main seronok Memang tak boleh dilarang mereka suka sangat coklat atau gula gula sedangkan terlalu banyak makan boleh menyebabkan masalah kaviti Habis rosak gigi Sebagai ibu ayah kita mahukan yang te...
Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 306 hits
Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan Intoleransi makanan Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil Tindak balas tak toler...
Anak Tertidur Masa Menyusu Bukan Terus Tarik Ya Tip Ini Ibu Boleh Lakukan Sangat Membantu

Anak Tertidur Masa Menyusu Bukan Terus Tarik Ya Tip Ini Ibu Boleh Lakukan Sangat Membantu

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 364 hits
Semakin ramai ibu dah mula tahu kebaikan susu ibu Cuma ramai yang masih belum bersedia jika mengalami masalah dalam proses penyusuan sehingga semangat untuk menyusu itu dah down Sebenarnya jika ada ilmu yang cukup serta bersedia ibu akan fa...
Apa Kita Ada Sekarang Mungkin Rezeki Mereka Ayah Ini Pesan Jangan Berkira Nak Berhabis Untuk Anak

Apa Kita Ada Sekarang Mungkin Rezeki Mereka Ayah Ini Pesan Jangan Berkira Nak Berhabis Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 390 hits
Setiap anak yang Allah SWT kurniakan membawa rezeki mereka bersama Jangan sesekali dikesalkan kehadiran mereka kerana berbuat baik dengan anak menjanjikan ganjaran yang baik buat mama papa Tak ada salahnya kita juga buatkan sesuatu yang mem...
Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 292 hits
Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik Tambah pula masing masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama de...
Anak Suka Masuk Benda Dalam Mulut Mengutip Skilnya Bagus Jangan Terus Tarik Tapi Pantau

Anak Suka Masuk Benda Dalam Mulut Mengutip Skilnya Bagus Jangan Terus Tarik Tapi Pantau

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 295 hits
Perasan tak anak anak di usia 6 bulan ke atas semua benda nak masuk mulut sehinggakan ibu pula yang risau takut anak tertelan Sebenarnya tindakan bayi memasukkan objek ke dalam mulut adalah satu proses pembelajaran baru untuk mereka Menurut...
Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 390 hits
Pengacara TV Mya Zulkifli berkongsi pandangan tentang kesihatan mental dan fizikal kanak kanak yang banyak terganggu setelah berbulan bulan lamanya terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan Akhirnya terdapat sedikit kelonggaran dalam SOP...
Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 303 hits
Sekejap je dah genap 30 hari pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru baru ini Siapa sangka kematiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities