Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi
Anak-anak kalau jumpa makanan manis bukan main seronok. Memang tak boleh dilarang, mereka suka sangat coklat atau gula-gula sedangkan terlalu banyak makan boleh menyebabkan masalah kaviti. Habis rosak gigi! Sebagai ibu ayah, kita mahukan yang terbaik untuk anak. Bukanlah mahu menyekat keinginan anak untuk makan manis tetapi pada yang sama tidak mahu berlebihan kerana memikirkan soal kesihatan mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tiada salahnya kalau ibu ayah mahu memberi ganjaran makanan manis pada anak. Sebagai contohnya ketika anak berbuat baik, berilah mereka coklat atau gula-gula. Dengan begitu, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk terus jadi anak yang baik. Sebenarnya ada cara untuk kita mengawal pengambilan makanan manis dalam kalangan anak. Anak-anak masih boleh enjoy tapi pada masa yang sama tidak berlebihan makan makanan manis.
Anak Suka Makan Manis, Macam Mana Nak Kawal?
Ibu ayah jangan terlalu tegas dan halang anak-anak makan makanan manis. Ada caranya untuk buat anak tahu makanan manis hanya boleh dimakan sesekali sahaja. Dengan cara ini, mereka akan faham dan tidak tantrum sekiranya ibu ayah tidak membenarkan mereka makan coklat dan gula-gula;
Terangkan tentang kerosakan gigi kerana gula
Sebelum kita melarang anak makan manis, terangkan terlebih dahulu mengapa ia tidak baik untuk mereka. Ibu ayah boleh beritahu makanan yang tinggi gula akan menyebabkan kerosakan gigi. Sambil menjelaskan tentang hal ini, mungkin boleh tunjukkan gambar gigi yang rosak kepada mereka supaya anak lebih faham tentang hal ini.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Buat jadual
Salah satu cara lain untuk mengawal pengambilan makanan manis tetapi bukan secara terpaksa adalah dengan mengadakan jadual. Di dalam jadual ini, ibu ayah boleh menetapkan cheat day untuk anak makan coklat atau gula-gula. Teknik ini akan melatih anak-anak untuk menjadi lebih berdisiplin dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu ayah. Ketika menyusun jadual, ibu ayah boleh beritahu mengapa hanya hari-hari tertentu sahaja dibenarkan untuk makan manis.
Beri ganjaran
Ini mesti anak suka! Untuk menggalakkan anak-anak berbuat baik, ibu ayah boleh berikan ganjaran coklat atau gula-gula kepada anak. Beritahu pada anak bila mereka rajin atau mendengar kata, baharulah boleh makan manis. Walaupun begitu, bukanlah setiap masa ibu ayah berikan ganjaran makanan manis. Ganjaran lain seperti kata pujian atau hadiah turut boleh diberikan kepada mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Pilih Karihome Goat’s Milk Tablet
Tablet susu kambing dari Karihome ini bukan sahaja sedap, ia juga dihasilkan daripada 100 peratus susu kambing! Anak-anak boleh makan tanpa perlu ibu ayah rasa risau kerana tablet ini merupakan alternatif sihat bagi menggantikan snek manis yang lain. Selain itu, ia juga sesuai untuk anak-anak yang memilih makanan.
Karihome Goat’s Milk Tablet tiada lemak trans dan sukrosa. Lebih baik lagi, ia juga mengandungi kalsium yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Juga ada protein yang sangat penting untuk tumbesaran anak. Tablet susu kambing Karihome ini juga kaya dengan vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata serta probiotik yang membantu proses penghadaman.
Terdapat 30 biji tablet di dalam satu pek Karihome Goat’s Milk Tablet. Ibu ayah boleh memilih sama ada Karihome Tablet White dengan perisa asli dan yogurt, Karihome Tablet Berries iaitu perisa strawberi dan beri biru dan Karihome Tablet Honeymelon dengan perisa melon madu. Kalau mahukan sensasi rasa setiap perisa ini bolehlah dapatkan Karihome Tablet Suprise. Semuanya ada dalam satu pek! Saranan pengambilan adalah sebanyak 1-15 biji tablet setiap hari tetapi jangan diambil lebih dari satu pek.
Keberkesanan Karihome Goat’s Milk Tablet ini tidak dapat disangkal lagi. Berikut merupakan testimoni dari pelanggan setia tablet susu ini :
TESTIMONI 1
Nama ibu: Rabiatul Adawiyah
Nama anak:
Adam Harith – 10 years old
Aydin Hafiy – 4 years old
“Adam dan Aydin sangat sukakan Karihome Goat’s Milk Tablet. Kandungan nutrisi yang bagus adalah sebab utama abah berminat belikan untuk anak-anak. Bentuk yang pelbagai dan rasa yang sedap buat Adam dan Aidin sangat menggemari tablet susu kambing karihome. Psstt🤫🤫🤫… Sekarang setiap hari Adam promote tablet ini kepada kawan-kawan. 😅😅😅”
TESTIMONI 2
Nama ibu: Rohani binti Mohd Rosly
Nama anak:
Dhia Aisyah Azzahra – 1 tahun
“Sejak umur 1 tahun Aisyah, saya kenalkan dengan Karihome Goat’s Milk Tablet, Aisyah sangat suka, selain healthy snack, ia juga membantu Aisyah lebih ceria, sihat dan aktif dengan setiap aktiviti yang semakin ingin belajar benda baru setiap hari.
Karihome Goat’s Milk Tablet juga bagus dari segi imun sistem, jarang kena selsema, dan sistem penghadaman yg sihat. Aisyah suka Karihome Goat’s Milk Tablet dengan pelbagai flavour.”
TESTIMONI 3
Nama ibu: Nur Aziyatul Afirah Roslan
Nama anak:
Nur Dhia Qaisara (Dhia) – 6 tahun
Nur Daneen Qaireena (Daneen) – 1 tahun
Nama ibu: Nur Aziyatul Afirah Roslan
Nama anak:
Nur Dhia Qaisara (Dhia) – 6 tahun
Nur Daneen Qaireena (Daneen) – 1 tahun
“Healthy snack Karihome adalah pilihan keluarga saya…Dan anak-anak sangat suka..kerana Karihome Goat’s Milk Tablet ini diperbuat dari susu kambing tulen. Lihat la anak-anak saya sekarang ni sangat bijak dan aktif..dengan pilihannya..WE love KARIHOME.”
Produk ini boleh didapati di rangkaian farmasi dan kedai barangan bayi terpilih. Jika ibu ayah mahu beli secara online, bolehlah klik SINI
**Sumber foto: www.shutterstock.com
The post Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak. Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/risaunya-anak-suka-makan-manis-sampai-gigi-rosak-ini-cara-ibu-ayah-nak-atasi/