Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex
Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex | Cerita hari Rabu lepas. Pertama kali mesyuarat secara online video conferencing, baru tahu oooooohhhh macam ni rupanya bila nak take turn bercakap bila online conferencing.
19 participant. Tapi skrin handphone beginilah aje yang nampak..
Nak bercekau pun tak sempat!
Tak puaslah meeting macam tu haha 😂
Antara hikmah PKP ni adalah, workers jadi lebih cakna IT. Bukan apa, online conferencing, video call jemaah ni bukan benda baru. Lama dah praktis. Orang lain dah berzaman pun guna.
Even online classes pun dah lama praktis. But then, kita ni lebih selesa hat yang dah jadi rutin. Nak meeting mesti nak bersemuka, nak tepuk meja. Gitu.
Tak, aku bercakap pasal diri aku jugak.
Aku pun sebenarnya kan, first time join meeting online ni, courtesy PKP. Mula-mula semasa PKP fasa 1, Pengarah dah remind untuk download Zoom. Mudah lepas ni nak meeting.
But then, world wide guna Zoom, viral pulak Zoom tak secure. Oh debar weh nak meeting macamkan meeting libatkan belanja juta-juta.
Papa nak kamu warisi Megah Holding. Eh.
Tapi rahsia kerajaan tetap rahsia walaupun the slightest one right. Jadinya lepas tu kami beralih kepada government secure apps.
[Baca Juga] :- Another Achievement Unlock. Blessed!- Frekuensi Keaktifan Dapur Musim COVID-19
The problem is ...... Line internet Malaysia ni unstable. Bukan semua lokasi rumah staf ada coverage yang ok. Macam rumah aku pun coverage Maxis 4G, tapi bila video call tersekat-sekat kat tekak. Dah macam suara Donald Duck jadinya suara aku.
Last sekali yang terbaru kami guna, Cisco Webex. Haaaaa hat ni memang banyak institusi guna. Baik nak buat bengkel / kursus online. E-Pembelajaran. Nampak agak stabil. Bolehlah kami meeting dengan tenang tanpa ketara sangat Donald Duck nya haha.
Well, selain transform menjadi MasterChef, for sure ramai dah terer video conferencing. Thats good actually, so lepas ni kita lebih terbuka untuk follow the technologies.
Aku ini pun nama je baru 32 tahun. Tapi bila guna Cisco Webex nak bercakap suara tak keluar, menggelupur Whatsapp admin tanya macam mana nak bagi microphone phone aktif? Kahkah.
Lepas ini pun ada beberapa meeting yang akan berjalan secara dalam talian. Tak tahu bila PKP akan berakhir, tapi harapnya kita akan dapat tangani pandemik COVID-19 ini bersama-sama. The keyword is together stay at home ok.
Macam mana raya dalam suasana pandemik dan PKP?
Balik shopping barang dapur. Meriah je jalan raya. Adoi.
Entahlah. Sesuatu yang baru kan sepanjang hidup ini asyik beraya nak berjalan berziarah dan makan makanan raya. Now? Touch and go depan muka pintu aje ke? Atau just video call?
Something to ponder 😅
Okeh. Let's list out beberapa pilihan untuk video call atau meeting online. Antaranya :
1) Zoom (katanya dah improve security patch and so on)
2) Cisco Webex Meeting
3) Google Meet
4) Adobe Connect
5) Skype
6) UberConference
7) WebToom
8) SuiteBox
Dan banyak lagi sebenarnya. Then, share lah korang buat vc guna apps apa 😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2020/04/pengalaman-pertama-kali-online-conferencing-guna-cisco-webex.html