Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu
Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu
Ketika orang ramai masih nyenyak tidur dibuai mimpi lena, muncul misteri ketukan yang didakwa mengganggu penduduk di Bertam, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian kamera litar tertutup (CCTV) daripada penduduk mendapati ketukan misteri tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi hingga 5 pagi.
Lebih mencemaskan, ketukan tersebut berlaku kira-kira pukul 4.57 pagi dan serentak dengan penduduk lain berdasarkan rakaman yang tular di media sosial.
@afzaiapai
Riuh disekitar Bertam Perdana,Bertam awal pagi tadi bunyi ketukan misteri spt org ketuk pintu. Merata2 rumah sekitar dgr.Ada yg siap buka pintu.Ni rakaman dr cctv rumah pokcik. Sekarang tengah riuh “Misteri bunyi apakah ini”


. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #misteriketukpintu #ketukpintu #seram
♬ original sound – Afzai Apai – Afzai Apai
@cahayaeza
Footage CCTV 4:58AM 19/12/2025 Ya Allah, kecoh area Bertam bunyi ketuk ni, husband saja check cctv rumah sendiri. Nahhhhh hampa dengaq la sendiri sampai habis. CLEAR sangat


Sesungguhnya kami berlindung hanya padaMu Ya ALLAH yang Maha Berkuasa. Amin yra #bertam #bertamperdana #bunyiketuk
♬ original sound – Ezaッ – Ezaッ
Sementara itu, pengguna Threads @azmeerzabidee turut mendakwa rumahnya antara yang diganggu ketukan misteri itu.
“Siapa warga Bertam, Penang kat sini? Semalam ada kena gangguan ketuk pintu tak?
“Rumah aku kena. Pukul 4 pagi. Dia ketuk dua kali, dia berhenti, dua kali ketuk lepastu berhenti. Bila selak langsir tengok tak ada siapa pun, lepastu terus senyap,”kongsinya.
Dalam pada itu, seorang lagi individu mendakwa rumahnya juga diganggu misteri itu berdasarkan pemeriksaan di CCTV.
“Sajalah periksa semula CCTV di rumah pukul 4.57 pagi tadi (semalam). Rupanya memang ada dengar ketuk-ketuk pintu ini,” katanya.
Sumber: Threads @azmeerzabidee
BACA: Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej
BACA: Dari Jauh Berlari, Rintihan Lelaki Ini Runtun Hati Ramai
The post Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/21/penduduk-resah-diganggu-misteri-ketukan-pintu/