Daftar Login Ezhasil Lhdn Kali Pertama
DAFTAR & LOGIN ezHASIL LHDN KALI PERTAMA
Di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), diberi tanggungjawab untuk menguruskan cara pengumpulan cukai serta penggunaan kutipan wang cukai. Jadi, jika anda ingin daftarkan diri sebagai pembayar cukai bagi melaksanakan tanggungjawab untuk membayar cukai, anda perlu menggunakan aplikasi ezHasil secara online atau atas talian.
FUNGSI ezHASIL
Untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran dan dihantar secara online oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem aplikasi e-Filing
APA ITU E-FILING?
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
DAFTAR & LOGIN ezHASIL LHDN KALI PERTAMA
CARA DAFTAR & MOHON NO PIN E-FILING LHDN
Untuk daftar dan mohon nombor pin bagi permohonan melibatkan cara yang berbeza untuk kategori Individu dan juga Organisasi:
Permohonan No Pin Individu:
Permohonan No. PIN boleh didapatkan melalui cawangan LHDNM yang berdekatan dengan anda.
Permohonan No Pin Organisasi
Permohonan No. PIN dapat dibuat dengan menghadiri Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan membawa sekali dokumen-dokumen berikut:
Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
Borang 49, Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – sekiranya CP55B ditandatangani oleh individu lain selain Pengarah Syarikat.
Salinan kad pengenalan atau passport Pengarah Syarikat ataupun Wakil Syarikat.
Pihak ketiga dibenarkan membuat permohonan dengan syarat terdapat kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat besama-sama pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
1 salinan borang 49 (Iaitu sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
Surat Lantikan sebagai wakil pihak syarikat (Sekiranya borang iaitu CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
CARA DAFTAR & MOHON NO PIN E-FILING LHDN BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP)
Anda perlu melayari Portal Rasmi LHDNM atau Portal Maklum Balas Pelanggan
Kemudian klik pada Permohonan > Permohonan No PIN
Seterusnya anda perlu lengkapkan permohonan
Akhir sekali anda akan menerima 16 Digit No PIN
LOGIN ezHASIL KALI PERTAMA
Setelah mendapatkan No. Pin, pengguna boleh terus ke aplikasi ezHASiL seperti dinyatakan di atas dan terus ke fungsi Login Kali Pertama.
Ini bagi memastikan pengguna mendapat sijil digital sama ada individu mahupun organisasi.
Layari laman web rasmi seperti pautan yang kami sediakan di bawah dan klik pada ‘Login Kali Pertama’
Login Kali Pertama ezHasil
Sila lengkapkan ruangan kosong dengan maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah nombor pin yang telah diperoleh serta nombor kad pengenalan pengguna:
Permohonan No Pin & Login ezHasil Kali Pertama Online
Kemudian klik Hantar untuk menghantar permohonan anda.
TINDAKAN SELEPAS HANTAR E-FILING LHDN
Cetak dan simpan – e-Borang
Cetak dan simpan – Pengesahan penerimaan e-borang.
TERLUPA KATA LALUAN LHDN / KATA LALUAN LHDN DISEKAT
1.Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan; atau
2.Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.
SEMAKAN PENGESAHAN & CETAKAN e-BORANG
Sila log masuk ke ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik pada Perkhidmatan -> e-filing -> Semakan Pengesahan. Masukkan jenis borang dan tahun taksiran.
CARA PENETAPAN KATA LALUAN ezHASIL LHDN
Untuk keselamatan, sila pastikan Kata Laluan anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:
Minimum 8 dan maksimum 12 aksara
Minimum 1 huruf besar
Minimum 1 huruf kecil
Minimum 1 angka
Aksara khas/Simbol tidak dibenarkan
APA ITU FRASA KESELAMATAN
Frasa Keselamatan adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.
CARA PENETAPAN FRASA KESELAMATAN
Frasa Keselamatan boleh ditetapkan seperti di bawah:
Log masuk ke ezHASiL
Setelah berjaya log masuk ke ezHASiL, halaman “Penetapan Frasa Keselamatan” akan dipaparkan. Sila isi frasa keselamatan anda.
Login Kali Pertama
Pada langkah kedua (2) semasa proses Login Kali Pertama.
Format frasa keselamatan adalah:
Minimum 8 dan maksimum 15 aksara
Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
TUKAR FRASA KESELAMATAN
Frasa Keselamatan boleh ditukar. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “Penyenggaraan”. Seterusnya pilih sub menu “Tukar Frasa Keselamatan”.
TERLUPA FRASA KESELAMATAN
Anda dinasihatkan supaya melakukan set semula Frasa Keselamatan. Frasa Keselamatan akan di set semula apabila anda melakukan fungsi Terlupa Kata Laluan.
SEMAK STATUS e-BORANG
Anda boleh membuat semakan pantas status e-Borang Individu untuk tahun taksiran terkini. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “e-Borang” di bawah e-Filing. Klik pada bahagian “Status e-Borang” Atau untuk semakan e-Borang dan Tahun Taksiran yang lain, sila pilih menu “Semakan Pengesahan” di bawah e-Filing.
TARIKH AKHIR HANTAR BORANG CUKAI E-FILING 2020
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh kepada orang ramai untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) selama dua bulan(Mac Hingga Jun) untuk taksiran tahun 2019.
Dalam kenyataan medianya, LHDN memberikan tempoh hingga Jun ini untuk pembayar cukai mengemukakan BNCP ekoran kesulitan akibat Covid-19.
LHDN juga bersetuju memberikan kelonggaran kepada urusan lain meliputi bayaran cukai, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Duti Setem, permohonan nombor PIN e-Filing.
LHDN dan Kementerian Kewangan (MOF) prihatin dengan kesulitan dihadapi oleh semua pembayar cukai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
MAKLUM LANJUT
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai ezHASiL Login Kali Pertama Dan Permohonan No Pin ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi LHDN seperti berikut:
Telefon : 1-800-88-5436
Twitter : @LHDNMOfficial
Facebook: Laman Facebook Rasmi LHDN
Portal Rasmi: Laman Web Rasmi LHDN
The post DAFTAR & LOGIN ezHASIL LHDN KALI PERTAMA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/daftar-login-ezhasil-lhdn-kali-pertama.html