Hospital Terbaik Untuk Bersalin Kali Pertama


Bila tahu kita ini sedang mengandung memang seronok. Gembiralah nak dapat rasa anak menendang - nendang dalam perut. Terasa sanagt bahagia  bila dapat cium bau bayi baru lahir. Tapi bila mengenangkan saat nak melahirkan Allahuakbar rasa nak pitam. Bella tanya dengan adik, sebab dia dah beranak 4 orang. Sakit  bersalin tu macam mana? Adik kata sakit bersalin ni, hanya ko dengan Allah s.w.t je tahu macam mana rasa sakitnya. Bella ni lagilah anak pertama selepas 8 tahun pula tu. Tambah risau umur pun dah meningkat. Bukan muda belia lagi. Jadi HOSPITAL UNTUK BERSALIN KALI PERTAMA teramatlah penting. Doktor yang menyambut tu bagi Bella penting dan suami 24jam kena ada dengan Bella. Itu pun penting. Sebab Bella tak kuat. HB ada rasa kuatlah sikit. 

Mula - mula kami sepakat untuk bersalin di Putra Medical Center Sungai Buloh sebab dekat dengan office HB dan dengan rumah kami pun tak seberapa jauh. Buat check up pun dekat sini jelah. Tapi duit memang laju macam air lah. Disebabkan pengalaman buruk sebelum ini, Putra Medical Center terkeluar dari senarai. Bella kan pernah mengandung luar rahim dan Putra Medical Center tak dapat detect pun padahal check up dekat situ. Sampai pecah! dan terus buat pembedahan kecemasan di Hospital Sungai Buloh. HB kata mungkin dorang ada rekod Bella semua, better kita bersalin dan pilih saja hospital Sungai Buloh. 
Bella macam ok, pengalaman sebelum ini pun takdalah teruk sangat. Ada nurse yang baik, ada yang garang sikit. Tapi Alhamdullilah. Takdalah yang kurang ajar dengan Bella. Biasalah, penat tu kerja dengan perangai manusia. Cuma pengalaman Bella dibawa dari bilik ruangan hospital ke bilik pembedahan dan kecemasan tu Bella tak seberapa nak suka. Bayangkan dari bilik bawah lagi Bella dah kena buka baju semua. Setiap tingkat Bella dipasangkan wayar dan setiap tingkat juga Bella dikerumuni dengan doktor - doktor pelatih dan ada diantaranya doktor pelatih lelaki! Arrrggghhh. Malu. Walaupun Bella dah dibius tapi rasa malu Bella tetap menebal. Maluuuu sangattt! Doktor yang bedah Bella pun doktor lelaki. Itu takpe. Itu dah kecemasan. Nyawa Bella masa tu pun dah 50.50 tak boleh la nak fikir banyak. Doktor yang takda kena mengena yang datang tengok - tengok tu, tu yang Bella tak suka tu.


Alhamdullilah pembedahan berjaya dan Alhamdullilah sekali lagi Bella dapat bilik 2 orang. Tapi katil sebelah Bella kosong. Yang tak bestnya bilik air sebelah katil Bella. Pesakit dari wad luar datang masuk guna tandas dekat tepi katil. Gedegang gedegung buka tutup pintu. Bising. Tapi itu bukan masalah sangat la.Kalau difikirkan bagus juga untuk Bella, takdalah Bella jalan jauh nak pergi tandas. 
Berdasarkan pengalaman menginap di Hospital Sungai Buloh satu malam Bella rasa okey lah. Tapi Bella nak doktor perempuan dan Bella tak nak diganggu dengan doktor pelatih sama ada doktor lelaki ataupun perempuan. Itu penting. Lepas kejadian doktor - doktor pelatih datang tengok - tengok tu, lepas pembedahan pula doktor - doktor pelatih perempuan pula datang tanya banyak soalan. Masalahnya tanya tu Bella ok je nak jawab. Tapi kalau soalan berkaitan dengan anak kan sensitif. Bella rasa kalau ward lain oklah kot doktor pelatih ni nak bersoal jawab. Ini ward bersalin yang baru lepas hilang anak ni kena tanya dengan soalan - soalan yang sangat sensitif. Boleh meroyan kot. Tak nak Bella kena kacau lagi lepas ni. Kebetulan program FPP (full Payment Package) diperkenalkan.  Memang tak fikir panjanglah.

Alhamdulilah. Anak Bella dalam perut 3bulan Bella terus book nak doktor perempuan punya pasal. Doktor perempuan melayu ada seorang je dalam senarai. Bila Bella whatsapp kena marah dengan nurse yang handle sebab awal sangat book. Hahaha. Mana Bella tahu. Rupanya kena book bila kandungan berusia 7bulan. Korang kalau nak ambil FPP juga senang je. Korang buka website hospital yang ada program FPP ni, nanti akan diletakkan sama ada no.tel ataupun email untuk korang booking.


Macam dalam laman website Hospital Sungai Buloh memang ada No.whatsaap untuk memudahkan kita booking doktor. Booking saja tau. Korang nak tanya banyak memang nurse tak jawablah. Bella maklumat yang Bella nak tahu semua Bella Google sendiri. Dah puas hati dan faham baru Bella booking. FPP ini penting untuk Bella sebab nakkan HB temankan Bella tidur dekat hospital. Jaga anak lepas lahir. Memang pilihan yang sangat tepat sebab lepas bersalin saja Bella pengsan satu hari. Bangun nangis dan muntah. Meyusukan Afham pun mampu bagi kejap je pastu tertidur.

Jadi, terpulanglah dekat korang. Kawan Bella kata bayar mahal ke, murah ke, rasa sakit bersalin tu sama je. Kalau bayar sakit bersalin tu hilang baru aku nak bayar. Tapi bagi Bella pula, 100% pilihan Bella ini sangat tepat. Biarlah bayar sikit. Kepakaran doktor, keselamatan anak Bella dan Bella lagi penting dan berharga dari semua itu. Anak pertama wei, pengalaman takda. Lepas ni Bella detailkanlah bayaran dan apa beza FPP dengan bersalin biasa. Semoga bermanfaat. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/04/hospital-terbaik-untuk-bersalin-kali-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Dengar Tokti Marah Aafiyah Reaksi Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah

Pertama Kali Dengar Tokti Marah Aafiyah Reaksi Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 387 hits
Comel bijak dan geram Itulah reaksi kami Ohmedia bila melihat telatah anak kepada penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza yang berkongsikan aktiviti anaknya iaitu Siti Aafiyah di Instagram sebelum ini Sama seperti ibu bapa lain ...
5 Hal Yang Pasti Kamu Rasakan Saat Kali Pertama Naik Pesawat Wajar Kok Ini Nggak Aneh

5 Hal Yang Pasti Kamu Rasakan Saat Kali Pertama Naik Pesawat Wajar Kok Ini Nggak Aneh

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 290 hits
Kalau dibilang malu sih memang malu tapi may gimana lagi namanya juga pengalaman pertama
Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex

Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 653 hits
Pertama Kali Video Conference Menggunakan Cisco Webex Cerita hari Rabu lepas Pertama kali mesyuarat secara online video conferencing baru tahu oooooohhhh macam ni rupanya bila nak take turn bercakap bila online conferencing 19 participant T...
Inilah Kali Pertama Aku Lihat Lebai Tahap Ni Punya Kempen

Inilah Kali Pertama Aku Lihat Lebai Tahap Ni Punya Kempen

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 287 hits
Mohd NizamTue pun MEWAUN sokong setengah mampusAdoiii mualaf tu cari rumah bagi sewakan pada orang susah siap bayarkan sewa rumah duit api air tak ada pulak dia tampal muka dia kat pintu masuk rumah orang susah tuu ini ikan tiga ekor sekali...
Berkenan Sejak Remaja Lee Chong Wei Kongsi Detik Lemah Lutut Pertama Kali Jumpa Isteri

Berkenan Sejak Remaja Lee Chong Wei Kongsi Detik Lemah Lutut Pertama Kali Jumpa Isteri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 307 hits
Jika anda merupakan salah seorang follower hero badminton negara kita Lee Chong Wei di Instagram pasti anda mengetahui akan keunikan caption yang selalu digunakan beliau setiap kali membuat hantaran disana Sebelum ini Chong Wei pernah membu...
Skrip Ending Musim Pertama Sudah Siap Hospital Playlist Bersiap Sedia Untuk Memasuki Musim Kedua

Skrip Ending Musim Pertama Sudah Siap Hospital Playlist Bersiap Sedia Untuk Memasuki Musim Kedua

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 388 hits
Episod demi episod Hospital Playlist terus membuktikan bahawa ianya adalah sebuah drama perubatan yang disukai ramai Bayangkan naskhah ini tidak mengundur diri dan terus memecah rekod peribadi setiap kali tayangan sehingga episod terbarunya...
Pengalaman Pertama Kali Buat Dumpling Kukus Inti Ayam

Pengalaman Pertama Kali Buat Dumpling Kukus Inti Ayam

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 419 hits
As Salam Pengalaman Pertama Kali Buat Dumpling Kukus Inti Ayam Iftar untuk hari ke 14 Ramadan kali ini saya cuba sedikit kelainan dengan menyediakan Dumpling kukus inti ayam version Melayu jawa haha Jangan marah na Kalau ikutkan chinese sty...
Pertama Kali Tanam Buah Tomato

Pertama Kali Tanam Buah Tomato

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 317 hits
Esok 28 April 2020 bermulalah hari pertama bekerja dan masih dalam PKP Kilang tempat saya bekerja mendapat kebenaran daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Malaysian Timber Industry Board Mesti berasa janggal setelah sebulan lebih ber...
Hadiah Ramadan Ainul 1 Tahun 8 Bulan Tunggu Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

Hadiah Ramadan Ainul 1 Tahun 8 Bulan Tunggu Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 418 hits
Setiap kali ada perkembangan baru mengenai buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah pasti walid atau mamanya akan berkongsi dengan orang ramai yang sebelum ini sentiasa ternanti nantikan berita gembira Terbaru menerusi perkongsian di facebo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba