Kali Pertama Cuba Resepi Kuah Rojak Buah Yang Mudah Dan Sedap


Kali Pertama Cuba Resepi Rojak Buah Yang Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tiga hari lepas ada kawan bagi buah mempelam satu plastik, tapi tak tahu nak makan dengan apa. Kebiasaannya Sha akan beli colek buah atau rojak buah di kedai berdekatan pejabat sahaja, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan kedai buah tersebut tutup. Ikutkan boleh sahaja Sha cicah buah mempelam dengan kicap dicampur dengan belacan juga cili seperti sebelum ini. Memandangkan PKP ini kita banyak masa dirumah berbanding pergi ke pejabat jadi apa salahnya kita rajinkan diri untuk mencuba resepi kuah rojak buah sendiri bukan? Bila belek-belek pelbagai resepi colek buah yang dijumpai dan Sha pilih satu untuk dicuba dan diolah mengikut cita rasa Sha sendiri

 
Jom tengok resepi kuah rojak buah yang memang mudah ini. Masak pun tak lama cuma kena tunggu kuah rojak kita sejuk itu sahaja yang ambil masa
RESEPI KUAH ROJAK BUAH YANG MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan Untuk Buat Kuah Rojak Buah
10 keping cili kering dibuang biji dan direbus sehingga lembut1 cm belacan2 cawan gula pasir1 keping kecil gula melaka1 sudu kecil garam2 sudu besar kicap2 sudu besar tepung gandum3 biji bawang merah dimayam halus1 sudu besar kacang tanah ditumbuk
Cara-cara untuk membuat kuah rojak buah yang cepat
1. Pertama sekali kita kisar cili kering yang telah direbus dengan belacan
Sha tak letak belacan yang banyak sebab nanti gatal muka, resdung

2. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar tadi

3. Nampak cili kering masak, masukkan gula pasir, gula melaka, garam, kicap dan bawang merah

4. Gaul bahan-bahan didalam kuali sehingga sebati
5. Apabila semuanya nampak sebati, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang kita suka

6. Akhir sekali Sha letak kacang tanah yang telah ditumbuk tadi.
7. Bila susah pekat elok, kita boleh tutup api dan kacau terlebih dahulu dan siap. Tunggu sejuk barulah boleh mula mencicah
 
Resepi yang Sha kongsikan ini adalah untuk orang yang ada resdung, tidak tahan dengan belacan atau bahan lain. Sha letak sedikit belacan pun hidung Sha mula gatal-gatal juga. Bagi yang ok, resepi ini korang boleh tambah dengan otak udang atau udang kering. Selain itu resepi ini sesuai bagi yang tidak suka pedas. Jika korang nak tahu, Sha asingkan kuah rojak ini untuk Sha sendiri jika nak makan bersama anak-anak. Anak-anak tak makan pedas jadi Sha potong cili padi dan tambah di dalam kuah rojak ini sebelum makan. Penggemar pedas memang tak puas kalau makan tak pedas dengan cili api

Apa komen suami Sha?
Sedap cuma mungkin lebih sesuai kacang tanah diasingkan, dicampur ketika mahu menjamu selera lebih baik. Baiklah lepas ini kita cuba tak campur terus kacang tanah dalam kuah rojak buah ini

Kenapa letak bawang merah?
Sha memang suka makan bawang merah. Bila kita mayam bawang merah dan letak dalam resepi kuah rojak buah ini, bila kita cicah ada sesuatu melekat pada buah rasanya lebih syok. Bawang merah dengan cili potong tadi melekat

Apa lagi korang? Bolehlah cuba resepi kuah rojak buah yang mudah dan cepat ini untuk dinikmati bersama buah kegemaran korang. Maklumlah nak dapatkan kuah rojak buah kegemaran korang dikedai pada waktu ini mungkin agak terhad. Bahan-bahan untuk buat colek buah ini pun bahan asas didapur kita sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/04/resepi-kuah-rojak-buah-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 526 hits
Bahan Bahan tulang daging mee kuning bawang merah bawang putih bawang besar halia lada hitam sawi carrot kobis telur tomatoCara Penyediaan Rebus tulang daging sampai empuk Panaskan minyak tumis bahan tumbuk Bila dah garing masukkan kedalam ...
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1884 hits
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan disambung dua minggu lagi dari 15 April hingga 28 April 2020 Moga semua ini dapat berakhir dengan cepat dan kembali pulih seperti biasa Sepanjang PKP ni ...
Resepi Parfait Hidangan Dessert Sedap Dan Mudah

Resepi Parfait Hidangan Dessert Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 1024 hits
Resepi Parfait Hidangan Dessert Sedap Dan Mudah Assalamualaikum semua Memandangkan kita tak lama lagi nak menyambut puasa pasti ramai yang akan mula mencari resepi sedap dan mudah untuk sediakan Lagipun tahun ni adalah tahun yang paling men...
Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 553 hits
Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah Rasanya tak ada sesiapa yang akan pertikaikan yang masakan ibu sendiri tu tak sedap terutama bila ibu ibu kita tu adalah surirumah sepenuh masa yang sibuk dengan hal ehwal rumah tangga...
9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 489 hits
Jom hasilkan 9 resepi ayam goreng yang ringkas ini Memang sedap small Cover image via Seismik Makan small 1 Butter Chicken Untuk hidangan yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai anda wajib sekali mencuba resepi Butter Chicken ini Hida...
Resepi Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa Mudah Sedap Berlemak

Resepi Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa Mudah Sedap Berlemak

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 1258 hits
Assalamualaikum semua Hari ni BBL nak kongsi resepi tutorial mudah nak masak Nasi Minyak Ayam Masak Merah Acar Nenas Timun Ni pun first time saya masak sendiri nasi minyak Kebetulan tekak craving nak makan nasi minyak untuk bulan puasa Anda...
Resepi Kuah Laksa Lemak Yang Sedap Dimakan Dengan Laksa Atau Laksam

Resepi Kuah Laksa Lemak Yang Sedap Dimakan Dengan Laksa Atau Laksam

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 727 hits
RESEPI LAKSA LEMAK Assalamualaikum semua Semalam malas pulak nak masak apa apa untuk sarapan jadi Sha sarapan dengan nasi kerabu yang di beli di pasar alang alang keluar cari ikan segar di pasar Makan nasi kerabu memang sampai petang kekeny...
Resepi Apam Nasi Pertama Kali Buat Dah Jadi Elok

Resepi Apam Nasi Pertama Kali Buat Dah Jadi Elok

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 777 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKali ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman aku membuat apam nasi Sebenarnya dua hari sebelum ayah aku ada tanya macam mana nak buat apam nasi ni dan aku sebagai seorang yang tak reti m...
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap

20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1355 hits
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap Hari hari makan ayam boleh pening Pening sebab nak fikirkan resepi Asyik asyik ayam goreng ayam sup ayam kari Ayam kicap Bosan juga kan Tapi sebenarnya kan banyak resepi yang boleh kita pelbagaikan de...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan