Persoalannya Ada Atau Tidak Zahid Hamidi Tinggalkan Buku Cek Akaun Peribadinya Kepada Pembantunya


 
Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid, 69, berkata akibat kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.
“Baki setiap bulan dalam akaun peribadi saya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad-kad kredit peribadi saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika disoal peguamnya Hamidi Mohd Noh semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Kepada soalan Hamidi, mengapa Mazlina menggunakan cek YAB untuk menjelaskan bil kad kredit berkenaan, Ahmad Zahid berkata Mazlina telah melakukan kecuaian dengan membayar kad kredit menggunakan cek YAB.
“Mazlina dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini juga mengakui telah melakukan kecuaian yang mana dia tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat berkenaan pengurusan bil-bil kad kredit,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid dirujuk dengan baki wang dalam akaun Maybank miliknya antara 2014 hingga 2016 yang menunjukkan baki minimum sebanyak RM100,000 dan maksimum RM600,000 manakala bil kad kreditnya minimum RM600 dan maksimum RM215,000, dalam tempoh sama.
Pada perbicaraan sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa Mazlina yang diamanahkan untuk menjaga akaun peribadinya dan YAB, melakukan pelbagai kecuaian antaranya gagal memahami dan membaca penyata kad kredit miliknya sehingga menyebabkan pembayaran kad kredit tidak mencukupi dan berlebihan.
Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana YAB untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/persoalannya-ada-atau-tidak-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 198 hits
PINDA PERLEMBAGAAN UMNO ELAK PERPECAHAN ATAU ZAHID HAMIDI TAKUT HILANG JAWATAN Hari ini UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas atau EGM bagi tujuan meminda perlembagaannya iaitu pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PR...
Susah Nak Selamatkan Zahid Hamidi

Susah Nak Selamatkan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 252 hits
Masalah dengan Zahid Hamidi bukanlah sebab dia bersalah dia memang bersalah pun tetapi kerana dia membuat pakatan sulit dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan suatu tindakan yang derhaka atau treason
Apa Kaitan Gabungan Kesturi Dengan Wang Diberi Kepada Zahid Hamidi

Apa Kaitan Gabungan Kesturi Dengan Wang Diberi Kepada Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 172 hits
1 Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd Harry Lee Vui Khun bagi tahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam dia hantar duit tunai tiap tiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dari 2014...
Zahid Hamidi Kuat Menipu Kata Dr Mahathir

Zahid Hamidi Kuat Menipu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 219 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang yang suka menipu dan perbuatannya itu harus dihentikan agar beliau tidak lagi menggunakan mahkamah atau kedudukan politik...
Zahid Hamidi Tetap Berkuasa

Zahid Hamidi Tetap Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 185 hits
Sejak beberapa hari lalu macam macam keterangan di mahkamah yang dilapor media berhubung perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah Banyak juga yang membuat kita angkat kening dan terbeliak biji mata Proses mahkamah ma...
Pendedahan Rasuah Zahid Hamidi Menipiskan Lagi Peluang Umno Menang Pru15

Pendedahan Rasuah Zahid Hamidi Menipiskan Lagi Peluang Umno Menang Pru15

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 259 hits
Kecuali ahli UMNO yang taksub semua rakyat Malaysia rata ratanya terkejut dengan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan rasuah melibatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sistem pengurusan visa luar negara pada minggu lalu Sak...
Panas Datu Zaharin Bantai Zahid Hamidi Bakal Dipecat

Panas Datu Zaharin Bantai Zahid Hamidi Bakal Dipecat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 332 hits
KELANTANGAN DATUK ZAHARIN DALAM MENGKRITIK PRESIDEN PARTINYA UMNO MENGKIN MENGUNDANG BAHAYA KEPADANYA BAKAL DIPECAT DALAM UMNO MARI TONTON Sumber Video FB Datuk Zaharin
23 05 2022 Fokus 4 45 Panas Setiausaha Zahid Hamidi Ingkar Arahan B

23 05 2022 Fokus 4 45 Panas Setiausaha Zahid Hamidi Ingkar Arahan B

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 163 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan mengapa beliau yang dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi sedangkan perbuatan itu disebabkan kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya M...
Rentasan 1128 Gempar Tercabar Dengan Pm 9 Zahid Hamidi Bakal Singki

Rentasan 1128 Gempar Tercabar Dengan Pm 9 Zahid Hamidi Bakal Singki

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 214 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11281 APA ERTI KESTABILAN POLITIK BAGI UMNO 2 LOJI SIAP AIR TAK ADA 3 APABILA ORANG NOMBOR SATU TIDAK JADI KETUA EKSEKUTIF 4 PAS PATUT BUBAR KATA UMNO
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun