Persiapan Dan Tindakan Apabila Berlaku Banjir
Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa.
Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir.
Sebagai langkah berjaga-jaga, antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi banjir ialah:
- Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
- Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
- Pastikan lokasi pusat pemindahan.
- Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
- Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
- Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
- Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
- Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
- Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
- Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
- Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat.
- Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
- Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
- Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
- Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
- Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
- Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh
- Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.
- Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2018/12/bhi.html