Persaingan Dalam Perniagaan Cara Menghadapinya


Persaingan dalam perniagaan itu merupakan suatu perkara yang lumrah dan sukar untuk dielakkan.
 
Ia berlaku apabila terdapat dua atau lebih perniagaan yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama, atau jika mereka menjual produk yang berbeza sekalipun, mereka saling mensasarkan kelompok pelanggan yang sama.
 
Persaingan yang berlaku sesama perniagaan ini boleh memberikan impak yang positif dan juga negatif kepada pemilik perniagaan dan pengguna, bergantung kepada bagaimana cara mereka menguruskan perkara tersebut.
 
Perbincangan kali ini, kita akan cuba bincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan topik persaingan dan kita akan menyentuh perihal seperti jenis persaingan, manfaat persaingan, kekurangan persaingan dan beberapa lagi isu yang berkaitan.
 
Selain itu, kita juga akan sentuh sedikit beberapa strategi dan juga teknik yang boleh dilakukan oleh pemilik perniagaan dalam menempuh hari-hari yang mendatang yang penuh dengan cabaran dalam perniagaan.
 
Penting ke untuk kita belajar topik mengenai persaingan dalam perniagaan?

Ia bergantung kepada individu tersebut.
 
Jika seseorang itu ada menyimpan hasrat untuk menjadi pemilik bisnes satu masa nanti, maka dia perlu tahu dan biasakan diri dengan topik ini.
 
Lazimnya setiap pemilik bisnes pasti akan berdepan dengan persaingan. Sama ada cepat atau lambat.
 
Bagaimana persaingan sesama perniagaan ini boleh berlaku?
 
Biasanya ia berlaku disebabkan syarikat yang terlibat dalam perniagaan tersebut menjual produk atau perkhidmatan yang sama, atau sebab mereka mensasarkan kelompok pelanggan yang sama.
 
Apabila keadaan ini berlaku, maka persaingan itu tak dapat dielakkan.
 
Walaubagaimanapun, bagaimana cara sesebuah perniagaan itu memberi reaksi atau respon terhadap persaingan itu, adalah sesuatu yang menarik untuk kita perhatikan.
 
Andai kata anda merupakan seorang peniaga dan pada satu hari, ada peniaga lain yang mula masuk dalam pasaran tempat anda berniaga lalu menjadi pesaing kepada anda.
 
Apa yang anda akan lakukan?
Bagaimana anda menghadapi situasi ini dan apakah tindakan anda untuk berdepan dengan cabaran berbentuk persaingan ini?
 
Dari pemerhatian dan pembacaan yang saya lakukan, terdapat beberapa reaksi atau respon oleh peniaga terhadap persaingan.
 
Antaranya ialah
(1) Tak buat apa-apa Kadang-kadang pendekatan ini kita boleh panggil juga sebagai kaedah tunggu dan lihat.
Anggap business as usual (BAU).
 
Dalam situasi ini, pemilik bisnes akan abaikan atau menganggap persaingan yang baru muncul itu sebagai tak penting. Oleh sebab itu, dia tak membuat sebarang perubahan atau penambahbaikkan terhadap produk, kualiti perkhidmatan, harga ataupun strategi pemasaran yang digunakan.
 
Sama ada dia sedar ataupun tidak, pendekatan tak perlu buat apa-apa ini adalah berisiko untuk jangka masa panjang.
 
Perniagaan mereka berpotensi untuk kehilangan pelanggan dan akan hilang keistimewaan.
 
Jika terbukti pesaing yang baru masuk itu adalah berkali ganda lebih baik berbanding perniagaan sedia ada, perlahan-lahan bisnes sedia ada pasti akan mula menerima impak negatif yang boleh menyebabkan ianya terpaksa ditutup satu masa nanti.
 
Pada asasnya, akan ada banyak masalah mula timbul jika peniaga ini memilih pendekatan untuk tak buat apa-apa.
 
(2) Menyerah kalah Ini pendekatan yang diambil sekiranya pemilik bisnes tersebut meramalkan bahawa perniagaan yang dia jalankan tak akan mampu bertahan dengan wujudnya pesaing dan dia juga ada perancangan untuk keluar dari pasaran atau industri.
 
Adakah menyerah kalah ini merupakan satu keputusan yang bijak?
 
Pertama sekali, saya percaya setiap keputusan yang diambil oleh perniagaan, selalunya ianya adalah keputusan yang telah difikirkan dan dibincangkan baik dan buruknya.
 
Pada pandangan sesetengah orang, menyerah kalah ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Ibarat seperti kita tak percaya pada rezeki.
 
Tapi orang bisnes ini, ada yang buat keputusan berdasarkan kepada nombor dan pengiraan. Kalau dari atas kertas lagi, dia melihat unjuran pendapatan yang bakal dihasilkan lebih menjurus kearah negatif, ada baiknya dia buat keputusan yang drasktik pada hari ini juga.
 
Maksudnya, dia pilih untuk tutup kedai.
 
Keputusan untuk menyerah kalah dan tutup perniagaan sebenarnya dapat menjimatkan kos, sumber dan juga reputasi perniagaan tersebut. Peniaga tak perlu tunggu ketika dia mengalami kerugian yang lebih besar dimasa akan datang, baru nak buat keputusan untuk tutup bisnes.
 
Kadang-kadang pesaing kita itu terlalu besar dan mempunyai sumber kewangan yang berkali ganda lebih tinggi berbanding yang kita ada. Kalau kita cuba melawan dan terus bersaing, kita mungkin akan rugi lebih banyak.
 
Lebih baik kita cut loss sekarang!
 
Bayangkan situasi kedai runcit kampung yang beroperasi selama berpuluh tahun.
Satu hari, ada supermarket yang 10 kali ganda lebih besar dibuka dikawasan berdekatan. Anda rasa kedai runcit kampung yang serba kekurangan ini boleh bertahan?
 
Kebiasaannya, pelanggan mereka akan lari dan berbelanja di tempat pesaing.
 
(3) Tiru apa yang pesaing buat Sebelum nak masuk pasaran, biasanya sesebuah syarikat ini akan buat kajian terlebih dahulu, dan menyediakan jawapan bagi persoalan-persoalan seperti
i. Apakah produk dan perkhidmatan yang paling sesuai untuk ditawarkan?
ii. Siapakah golongan pelanggan yang mereka boleh sasarkan disitu?
iii. Apakah keperluan dan kemahuan pelanggan disitu?
iv. Apakah pelanggan dilokasi tersebut memiliki kuasa membeli yang tinggi?
 
Mereka ini juga akan buat kajian pasaran bagi mengetahui sama ada mereka ada peluang untuk berjaya dan berdaya saing dipasaran.
 
Justeru, apabila ada pesaing baru yang mula masuk ke pasaran, kita boleh perhatikan, apakah kelainan yang dia cuba bawakan. Kemudian kita perhatikan lagi adakah kelainan tersebut memberi impak positif atau tidak kepada perniagaan mereka.
 
Jika kesannya positif, maka kita boleh tiru sahaja apa yang pesaing kita lakukan.
Sudah tentu, kalau nak meniru tu, janganlah salin bulat-bulat. Kita pun perlulah jadi bijak dan buat penambahbaikkan.
 
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, hanya ada satu sahaja kedai serbaneka yang menjual menu oden dalam kedai mereka. Kalau dinegara kita, ini merupakan satu perkara yang tak pernah dilakukan.
 
Tapi selepas beberapa tahun, saya dapati ada banyak kedai serbaneka yang mula menjual menu oden.
 
Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Sebab ianya berkesan dalam menarik pelanggan.
 
Sebenarnya kalau nak cipta kelainan dan mengeluarkan sesuatu idea yang baru, yang sebelum ini tak pernah terfikir atau dilakukan oleh sesiapa pun, ianya sangatlah susah.
 
Lagipun bukan semua orang suka dengan kerja-kerja memikir ini.
 
Lebih senang tiru dan improvise.
 
Sudah tentu, pendekatan tiru ini perlu dilakukan dengan berhati-hati sebabnya anda boleh berdepan dengan tindakan mahkamah seperti saman jika apa yang anda tiru itu telah dipatenkan atau anda melanggar copyright mana-mana perniagaan.
 
(4) Cipta kelainan dan berinovasi Ini merupakan pendekatan yang kita boleh katakan sebagai gentleman.
 
Apabila pemilik perniagaan itu sedar, bahawa wujud persaingan yang agak memberi impak kepada perniagaan miliknya, maka dia pun melakukan suatu tindakan untuk menambahbaik mutu dan kualiti produk atau perkhidmatan yang dia tawarkan.
 
Penambahbaikkan yang boleh dilakukan boleh jadi dalam bentuk
i. Pengurangan harga
ii. Jual produk dalam beberapa pakej
iii. Penambahan dari segi fungsi, warna dan rekabentuk
 
Ataupun selain itu, peniaga mencipta satu produk atau perkhidmatan yang memang belum pernah wujud dipasaran.
 
(5) Berkolaborasi dan bekerjasama Adakalanya persaingan ini tak semestinya perlu dilihat sebagai satu ancaman atau musuh yang perlu dihapuskan.
 
Kita akan lihat nanti, yang persaingan ini sebenarnya ada tiga jenis yang berbeza. Kalau persaingan yang berbentuk persaingan tak langsung, peniaga sebenarnya masih ada ruang untuk berkolaborasi.
 
Pada satu sisi yang lain, persaingan yang muncul itu boleh dijadikan sebagai satu kelebihan untuk pihak yang bersaing saling berkolaborasi dan menjalinkan kerjasama.
 
Sebagai contoh, persaingan melibatkan 3 pihak yang beroperasi dilokasi yang sama. Ketiga-tiga pihak ini memerlukan kemasukkan pelanggan beramai-ramai ke tempat tersebut.
 
Apa yang mereka boleh lakukan adalah setiap orang memperuntukkan bajet bagi tujuan membuat pemasaran dan pengiklanan, supaya orang ramai termasuk yang berasal dari luar kawasan untuk datang ke tempat tersebut.
 
Kalau sebelum ini, hanya seorang sahaja yang mengeluarkan bajet pemasaran untuk bawa masuk pelancong, kali ini tiga pihak bergabung tenaga, masa, kepakaran dan modal untuk bersama-sama bawa masuk pelanggan untuk datang.
 
Dalam ekosistem perniagaan secara online juga kita boleh nampak contoh dimana syarikat atau perniagaan yang bersaing, menggunakan pendekatan kolaborasi untuk saling mendapatkan manfaat.
 
Satu perniagaan yang terlintas difikiran saya ialah Bookcafe. Bookcafe ini mempunyai laman web e-commerce yang menjual pelbagai judul buku keluaran PTS Publication dan beberapa syarikat penerbit buku lain.
 
Adakah semua orang beli buku di web Bookcafe?
Sudah tentu jawapannya tidak.
 
Peminat buku masih boleh buku dari lain-lain laman web, termasuklah beli di Shopee, Lazada, PG Mall dan sebagainya. Secara tak langsung, platform marketplace yang saya sebutkan ini adalah pesaing bagi Bookcafe.
 
Apa yang Bookcafe lakukan bagi berdepan dengan cabaran ini?
Mereka masih lagi jual buku melalui platform atau laman web mereka sendiri.
 
Pada masa yang sama, mereka juga turut membuka “cawangan” di platform marketplace yang menjadi pesaing mereka. Ini satu bentuk kolaborasi yang menarik untuk kita perhatikan.
 
(6) Berkompromi dan berunding dengan pesaing Persaingan ini ada kalanya merugikan pihak-pihak yang terlibat. Justeru, salah satu pendekatan yaang boleh dilakukan adalah dengan berkompromi dan berunding bagi mengenalpasti satu kaedah yang boleh menguntungkan semua pihak.
 
Sebagai contoh,
i. Semua pihak bersetuju untuk menawarkan harga yang sama sekiranya masing-masing menjual produk yang sama.
ii. Jika kehabisan stok, setiap orang boleh ambil stok dari perniagaan milik pesaing.
iii. Oleh kerana stok itu milik pesaing, dan anda bantu jualkan, anda akan dibayar komisen.
iv. Seterusnya, setiap orang bersetuju untuk jual sesuatu yang berbeza antara satu sama lain.
 
Adakalanya, rundingan yang dijalankan gagal menemui kata sepakat.
Ataupun kesepakatan itu tak bertahan lama.
 
Bila keadaan sedemikian berlaku, mungkin konflik pun mula timbul kembali, dan anda boleh kembali ke meja rundingan atau ubah pendekatan.
 
(7) Menyerang atau bertahan Ini adalah keadaan dimana pemilik bisnes menggunakan pendekatan yang agresif.
 
Pemilik bisnes yang mempunyai kekuatan dari segi modal yang besar boleh menggunakan pendekatan ini. Sama ada mereka pilih untuk menyerang, atau bertahan kedua-duanya memerlukan kekuatan modal.
 
Andai kata peniaga memilih untuk mengambil tindakan yang aggresif dalam mendepani cabaran dari pesaing, mungkin antara perkara yang mereka boleh lakukan adalah dengan
i. Membuat promosi besar-besaran
ii. Potongan harga
iii. Perkenalkan pakej murah
iv. Berbelanja untuk pengiklanan berbayar
 
Apa yang cuba dilakukan sebenarnya adalah untuk memastikan semua pelanggan yang ada dikawasan tersebut akan memilih untuk berbelanja dipremis perniagaan dia sahaja.
 
Kempen ini diteruskan untuk 3 – 5 bulan atau satu masa yang dirasakan sesuai.
 
Apa akan berlaku jika sesuatu perniagaan langsung tak menerima sebarang pelanggan dan tak berjaya buat jualan dalam masa 3 – 5 bulan?
Perlu diingat, mereka ini perlu bayar sewa, bil utiliti, gaji pekerja dan sebagainya.
 
Besar kemungkinan, jika mereka ini tak mempunyai kekuatan modal, mereka juga terpaksa gulung tikar.
 
Jadi anda nilaikan sendiri, sama ada berbaloi ataupun tidak mengambil tindakan aggresif bagi menghapuskan pesaing.
 
Tapi dari perspektif pihak yang satu lagi, jika mereka mempunyai kekuatan modal, mereka boleh ambil pendekatan untuk bertahan.
 
Selepas 3 – 5 bulan pesaing melakukan tindakan agresif dan menyerang, pasti akan memberi impak kepada kedudukan kewangan perniagaan mereka.
 
Pada waktu itu, pesaing boleh atur langkah untuk membuat serangan balas. Silap percaturan, pihak yang menyerang dulu yang sebenarnya akan bungkus dulu.
 
Itulah sebabnya sebarang keputusan bisnes ini tak boleh dilakukan secara terburu-buru mengikut gerak hati semata-mata. Tersilap langkah, kita yang kalah.
 
(8) Sesuaikan mengikut keadaan dan buat perubahan Perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran yang agak sengit dari segi persaingannya, perlu ada kebolehan dan sedikit kelonggaran untuk menjadi lebih fleksibel.
 
Dari masa ke masa, mereka perlu membuat pelarasan dan sedikit perubahan terhadap
i. Produk (atau perkhidmatan) yang dijual
ii. Harga yang ditawarkan
iii. Strategi pemasaran yang digunakan
iv. Kempen promosi yang dianjurkan
 
Pada asasnya, perniagaan yang mempunyai tahap fleksibiliti yang baik dapat menyesuaikan tawaran mereka mengikut keperluan, kemahuan dan juga mood pembelian para pelanggan mereka.
 
(9) Belajar perkara baru dan memperbaiki perkhidmatan Ini merupakan satu peringkat dimana peniaga mengambil pendekatan untuk bermuhasabah diri.
 
Mereka sedar, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang mereka belum tahu mengenai dunia perniagaan.
 
Mereka mendengar dan ambil berat terhadap feedback dari pelanggan mereka. Boleh jadi ada pelanggan yang memberi respon yang agak negatif misalnya seperti
i. Peniaga kurang mesra
ii. Servis yang diberikan lambat
iii. Pekerja agak kasar dan tak membantu
 
Justeru, apa yang mereka lakukan seterusnya adalah mengaku bahawa diri ada kelemahan dan mula ambil inisiatif untuk mencari ilmu baru.
 
Ilmu baru itupun, adalah ilmu yang berkaitan dengan perniagaan yang dia jalankan.
Dengan ilmu baru tersebut, mudah-mudahan mereka berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.
 
(10) Bina pengaruh dan jadi ketua dalam pasaran Sekarang ini kalau anda perasan, ada banyak individu yang sebenarnya merupakan seorang pemilik bisnes menjadi content creator dan lama kelamaan mereka menjadi semakin popular di media sosial.
 
Adakah semua media sosial dapat memberikan kesan positif yang sama?
Well most likely jawapannya adalah tidak.
 
Pada waktu catatan ini saya tulis, saya dapati peluang dan ruang untuk jadi popular dan berpengaruh lebih terbuka jika anda menghasilkan konten berbentuk video menerusi platform Tiktok.
 
Boleh jadi disebabkan algorithm Tiktok itu yang sedikit berbeza berbanding lain-lain platform media sosial.
 
Strategi untuk membina pengaruh ini merupakan strategi yang memerlukan masa yang agak lama untuk menampakkan hasilnya, terutama sekali kalau anda hanya bergantung harap kepada kaedah percuma.
 
Percuma disini, saya maksudkan dengan anda menghasilkan konten kemudian anda siarkan. Selepas konten tersebut disiarkan, anda hanya tunggu sahaja dan tak buat apa-apa.
 
Kalau ini yang anda praktikkan maka tak pelik kalau ia makan masa yang lama untuk kelihatan hasilnya.
 
Sesetengah orang bila dia nak lihat hasil yang lebih cepat, dia akan buat pengiklanan berbayar, untuk boost konten yang dihasilkan supaya lebih ramai boleh jumpa konten tersebut.
 
Kenapa perniagaan perlu bersaing? Kenapa perlu wujud persaingan dalam dunia perniagaan ini?
 
Kenapa kita tak wujudkan satu jenis perniagaan sahaja kemudian semua orang bersama-sama majukan bisnes tersebut?
 
Dalam dunia sebenar, tak ada istilah atau keadaan dimana semua orang bertungkus-lumus untuk memajukan satu jenis syarikat sahaja. Realitinya, apabila seseorang itu mempunyai idea yang innovatif dan boleh memberi pulangan yang lumayan, mereka ini akan membuka perniagaan mereka sendiri.
 
Itu lebih munasabah, berbanding sibuk-sibuk nak masuk syarikat orang lain, kononnya sebab nak kembangkan bisnes mereka.
 
Ada beberapa sebab kenapa bisnes perlu bersaing.
 
(1) Menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada Apabila kita menjalankan sesuatu perniagaan, tak kiralah apa perniagaan itu sekalipun, kita tak sepatutnya mengambil langkah pasif dan hanya mengharapkan pelanggan akan datang sendiri kepada kita lalu membuat pembelian.
 
Kalau dalam persekitaran yang mana anda beroperasi sekarang ini,
i. Tiada perniagaan lain yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama dengan anda
ii. Pelanggan tak pandai membuat pembelian secara online
iii. Pesaing tidak mempromosikan perniagaan mereka secara agresif
 
Maka tak menjadi masalah untuk anda berniaga secara santai-santai.
 
Tapi kita sedia maklum, realitinya bukan begitu.
 
Kalau anda agak pasif dalam menguruskan perjalanan perniagaan anda, maka jangan pelik kalau semua pelanggan yang pernah berurusan dengan anda, termasuk mereka yang berpotensi untuk jadi bakal pelanggan anda, semuanya lari ke pesaing anda.
 
Lebih-lebih lagi kalau pesaing anda menawarkan produk dan perkhidmatan yang
i. Lebih berkualiti
ii. Harga yang lebih murah
iii. Tawaran yang lebih menarik
 
Dalam keadaan ini, anda perlu selalu ambil tahu, apa sebenarnya yang pesaing anda sedang atau telah lakukan.
 
(2) Bina reputasi dan kredibiliti Bina reputasi.
Bina kredibiliti.
Bina jenama.
 
Apabila sesuatu perniagaan itu mempunyai reputasi yang sangat baik, dan jenamanya memang sudah tak asing lagi dalam kalangan pengguna, perniagaan seperti ini biasanya lebih diyakini.
 
Sampai satu tahap, mereka ini jual apa produk sekalipun, pasti akan menerima sambutan yang baik.
 
Bukan itu sahaja, mereka ini juga akan mempunyai pelanggan setia. Pelanggan setia ini memang sukar untuk diperolehi. Tapi, bila dah berjaya dapat pelanggan setia, datanglah apa jenama sekalipun, dia pasti akan pilih jenama yang dia memang setia.
 
Kesetiaan itu perlu dipupuk dan ia memerlukan masa.
 
Kesetiaan itu juga datang daripada rasa puas hati apabila menggunakan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat. Kiranya produk yang bakal diguna oleh pelanggan itu pun kenalah mempunyai standard dan kualiti yang tinggi.
 
(3) Memberikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan yang disasarkan Memang agak mustahil untuk sesebuah syarikat ini, memuaskan hati semua pihak dan semua segmen pasaran.
 
Justeru, apa yang biasanya dilakukan adalah, syarikat akan memfokuskan pada satu golongan atau segmen pasaran tertentu sahaja, dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan.
 
Apa berlaku kepada segmen pasaran yang kurang diberi perhatian?
 
Selalunya segmen ini, iaitu segmen pasaran yang kurang diberi perhatian ini, perlu menerima seadanya.
 
Sebagai peniaga, antara usaha yang mereka akan buat ialah melakukan kajian pasaran dan akan cuba kenalpasti pasaran baru yang masih belum diterokai. Apabila pasaran sedia ada, sudah terlalu sengit persaingannya, maka langkah yang lebih efektif adalah cuba kenalpasti dan buka pasaran baru.
 
Kali ini, mungkin ada usahawan yang mula ambil perhatian terhadap pasaran yang selama ini kurang diberi perhatian. Akhirnya kelompok pelanggan ini akan mula mendapatkan perkhidmatan yang betul-betul menepati keperluan mereka.
 
(4) Meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat Sebagai sebuah entiti perniagaan, mereka mempunyai wawasan untuk menghasilkan keuntungan yang semakin bertambah setiap tahun.
 
Bagi mencapai tujuan tersebut, mereka tak boleh hanya bergantung harap kepada senarai database pelanggan sedia ada semata-mata.

Sampai satu tahap, mereka perlu terokai pasaran baru, atau mungkin perlu menarik pelanggan yang selama ini berbelanja dengan pesaing sahaja, untuk mula menjadi pelanggan mereka juga.
 
(5) Memiliki kuasa ekonomi yang besar Menjadi syarikat yang mencatatkan keuntungan yang paling besar.
Menjadi syarikat peneraju dalam industri tertentu.
 
Ini adalah satu penghormatan yang sangat besar. Apabila menjadi kuasa besar dalam ekonomi, setiap tindakan dan keputusan yang diambil, akan memberi impak positif dan mungkin implikasi negatif kepada masyarakat dan juga negara.
 
Syarikat yang ada kuasa ekonomi yang besar juga sedikit sebanyak boleh mempengaruhi penggubal dasar dalam membuat undang-undang.
 
Jenis persaingan Ada sekurang-kurangnya tiga jenis persaingan yang wujud.
 
Tiga jenis yang dimaksudkan ini ialah
1. Persaingan secara langsung Persaingan secara langsung ini merujuk kepada perniagaan yang bersaing dengan menawarkan produk atau perkhidmatan kepada kelompok pelanggan yang sama.
 
Sebagai contoh, syarikat Mc Donald dengan Burger King adalah perniagaan yang bersaing secara langsung.
Petronas dengan Shell.
 
Kalau kita perhatikan dari segi produk, kedua-dua perniagaan menghasilkan produk yang lebih kurang sama. In fact, kalau letakkan produk kedua-dua syarikat sebelah menyebelah, dan kita keluarkan label serta packaging, kadang-kadang kita sendiri rasa susah nak bezakan.
 
2. Persaingan secara tidak langsung Persaingan secara tak langsung ini pula adalah persaingan yang timbul dalam kalangan peniaga yang menjual produk dan perkhidmatan yang berbeza, namun mereka mensasarkan untuk memenuhi keperluan kelompok pelanggan yang sama.
 
Sebagai contoh, Mc Donald dan Pizza Hut bersaing secara tak langsung dalam industri makanan.
 
3. Persaingan gantian Persaingan jenis ini pula adalah merujuk kepada perniagaan yang mempunyai keupayaan untuk menggantikan produk atau perkhidmatan sedia ada dengan penyelesaian baru yang lebih memuaskan keperluan pengguna.
 
Sebagai contoh, penciptaan smartphone menggantikan kamera digital sebagai penyelesaian baru untuk kerja-kerja fotografi.

Pada hari ini, pengguna tak perlu lagi membawa set kamera yang besar untuk mengambil gambar. Kamera smartphone yang ada pada hari ini sudah cukup canggih dan didatangkan dengan megapixel yang cukup besar, dengan fungsi tetapan automatik yang boleh menghasilkan kualiti gambar yang sangat baik.
 
Orang yang tak banyak pengalaman dalam bidang fotografi juga mampu untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi.
 
Ketika syarikat pengeluar kamera bersaing sesama sendiri, rupa-rupanya syarikat pengeluar smartphone telahpun menggantikan fungsi kamera itu melalui ciptaan mereka.
 
Manfaat daripada persaingan Persaingan ini sebenarnya memberi kelebihan dan manfaat.
 
Dari perspektif perniagaan, ia mungkin dilihat sebagai satu bentuk gangguan yang akan merencatkan perniagaan. Namun, dari sudut pandang yang berbeza, persaingan ini dapat memberikan manfaat seperti berikut.
 
(1) Bisnes akan menawarkan perkhidmatan yang lebih berkualiti Mana-mana perniagaan yang ada sekarang ini, tak boleh beroperasi secara ala kadar.
 
Ya mungkin pada ketika ini anda berada di hadapan. Pelanggan memilih untuk berurusniaga dengan anda dan bukannya dengan pesaing.
 
Tapi, adakah situasi ini akan berkekalan sampai bila-bila?
Sudah tentu jawapannya adalah tidak.
 
Jika pesaing anda merasakan yang jualan mereka merosot kerana perkhidmatan dan produk yang mereka tawarkan kurang berkualiti, maka mereka akan lakukan sesuatu, bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
 
Peniaga perlu pastikan perniagaan mereka kekal relevan dan menjadi pilihan pelanggan, jika tak mahu bisnes mereka gulung tikar.
 
(2) Alternatif kepada pengguna Dalam situasi persaingan yang sihat, lazimnya pihak yang paling beruntung sekali adalah pengguna.
 
Pihak yang bersaing akan berlumba-lumba dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pengguna. Syarikat juga akan sentiasa mengeluarkan produk baru yang kualitinya lebih baik berbanding versi yang terdahulu.
 
Kita lihat dalam industri smartphone misalnya.
 
Inovasi sangat cepat dan syarikat pengeluar telefon berlumba-lumba menghasilkan model yang paling canggih.
 
(3) Menggalakkan daya inovasi dan kreativiti Oleh kerana wujudnya persaingan, maka syarikat tak boleh cepat puas hati dengan satu atau dua produk yang menerima sambutan baik para penggunanya.
 
Seperti yang kita sebutkan tadi, diluar sana pesaing akan sentiasa memerhati apa yang kita lancarkan.
 
Mereka mungkin akan tiru dan hasilkan produk yang lebih baik berbanding yang kita lancarkan sebelum ini.
 
(4) Persaingan dapat merangsang produktiviti Pemilik bisnes akan mengamalkan gaya pengurusan yang paling cekap bagi memastikan perniagaan mereka beroperasi pada tahap optimum.
 
Mereka juga akan peka terhadap kebersihan dan impak penghasilan produk mereka terhadap alam sekitar. Jika mereka melakukan pencemaran, dan diketahui umum, bisnes mereka akan diboikot serta merta.
 
Bagi pelanggan pula, mereka akan senang berurusan dengan perniagaan seperti ini. Selalunya tak akan ada isu seperti produk kehabisan stok, perkhidmatan tergendala dan sebagainya.
 
Kalau perniagaan tersebut kehabisan stok dan mengambil masa yang cukup lama untuk restock produk, kita tahulah yang sebenarnya syarikat atau perniagaan tersebut sebenarnya tak kompeten.
 
Tapi kan, masalah yang mereka hadapi ini sebenarnya bukannya salah mereka?
Ya, memang betul.
 
Masalah boleh timbul dan kadang-kadang memang bukan salah mereka.
Tapi bagi pengurusan yang cekap lagi kompeten, masalah yang bakal timbul sebenarnya boleh dijangka dan sepatutnya mereka dah bersiap sedia dengan contigency/back up plan.
 
Bukannya tunggu masalah betul-betul berlaku, baru nak cari jalan penyelesaian.
 
Kekurangan persaingan Kalau sebelum ini, kita telahpun bincangkan beberapa kebaikkan yang boleh diperolehi melalui persaingan yang berlaku sesama pemilik perniagaan.
 
Kali ini, kita akan lihat pula apakah dia kekurangan daripada persaingan
 
(1) Persaingan memberi tekanan kepada peniaga Dunia perniagaan ini memang agak keras.
 
Kalau ada mana-mana individu yang ingin masuk dalam bidang perniagaan, kemudian dia membayangkan yang dalam bidang ini, boleh santai-santai… maka dia perlu fikirkan semula.
 
(2) Persaingan menyebabkan keuntungan terjejas Pemilik bisnes mungkin terpaksa ambil langkah seperti menurunkan harga, margin atau keuntungan bagi tujuan menarik dan mengekalkan pelanggan yang agak sensitif dengan harga.
 
Tidak dinafikan, memang ada banyak kelompok pelanggan yang membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak dengan melihat kepada harga.
 
Lebih memburukkan keadaan lagi apabila pelanggan yang sama mempunyai banyak alternatif, selain berusniaga dengan kita.
 
Tak kiralah apa produk atau perkhidmatan yang anda jual, besar kemungkinan produk yang sama  turut dijual di platform online marketplace seperti Lazada, PG Mall ataupun Shopee.

 
Kadang-kadang kalau kita dapat perhatikan, barangan yang sama bila dijual di platform online harganya cukup berbeza dan ada yang jual dengan harga yang begitu murah jika dibandingkan dengan harga dipasaraya.
 
Ini bermakna untuk kategori pelanggan yang membuat keputusan berdasarkan harga, pasti akan lebih mengutamakan untuk beli di platform tersebut.
 
(3) Konflik sesama peniaga Persaingan antara perniagaan boleh berlaku dalam keadaan yang agak harmoni, dan pada sisi yang lain, ia juga boleh berlaku dalam keadaan yang sangat sengit.
 
Sampai satu ketika, ia boleh menimbulkan konflik hingga perlu dibawa ke mahkamah.
 
(4) Kaedah perniagaan yang tak beretika Bagi peniaga yang berfikiran singkat, tak kreatif, dan dalam hatinya ada hasad dengki, tak mustahil kalau mereka mula menggunakan taktik yang kotor dalam menghadapi persaingan.
 
Kita pun dah biasa dengar keadaan dimana ada perniagaan yang dikenakan sihir, difitnah dan macam-macam lagi.
 
Salah satu puncanya mungkin disebabkan ada pihak yang tak berpuas hati dan mereka ini tak mampu untuk berdepan secara sihat.
 
(5) Menjejaskan reputasi dan kredibiliti Bagaimana persaingan dapat menjejaskan reputasi dan kredibiliti sesuatu perniagaan?
Mungkin ada pembaca yang terfikir persoalan ini.
 
Secara lumrahnya, apa yang berlaku diluar sana ialah, pengguna akan sentiasa membuat perbandingan, antara syarikat A dengan syarikat B.
 
Biasanya, apa yang selalu dijadikan perbandingan ialah
i. Mana satu yang lebih murah
ii. Mana satu yang lebih berkualiti
iii. Premis perniagaan yang mana lebih hebat
 
Senang cerita, apa sahaja yang boleh dibuat perbandingan, pasti pengguna akan bandingkan.
 
Sekarang cuba bayangkan anda merupakan seorang peniaga yang mempunyai beberapa pesaing.
 
Anda mengambil pendekatan tunggu dan lihat manakala pesaing anda pula sentiasa melakukan inovasi dan memperkenalkan sesuatu yang baru.
 
Lama kelamaan prestasi pesaing anda semakin baik dan anda mula ketinggalan.
 
Realitinya, anda tak ada buat sesuatu yang salah. Anda melakukan aktiviti perniagaan seperti biasa.
 
Ketika pesaing anda menjadi semakin bagus, manakala anda pula tiada perubahan, maka pada ketika itu anda akan dilihat semakin kurang bagus. Pelanggan yang selama ini berbelanja di tempat anda juga akan mula beralih arah.
 
Ini sedikit sebanyak akan mencalarkan reputasi anda.
 
Dari perspektif pembekal pula, mereka juga akan mula perasan, bahawa prestasi anda semakin merosot. Satu ketika dulu, anda hanya perlu 2 minggu untuk restock produk baru.
 
Tapi disebabkan kebanyakkan pelanggan anda sudah beralih ke pesaing, kini anda perlu lebih masa untuk restock.
 
Sudahlah tawaran dan perkhidmatan anda dilihat kurang menarik pada pandangan pelanggan.
Kini pihak pembekal juga mula merasakan anda merupakan seorang usahawan yang kurang kompeten.
 
(6) Merencatkan pertumbuhan perniagaan Kalau selama ini, perniagaan anda boleh menghasilkan jualan sekitar RM5,000 – RM10,000 sehari, kini apabila wujudnya pesaing, jualan anda mungkin akan berkurangan.
 
Sebahagian daripada pelanggan yang biasa datang berbelanja di kedai anda, ada yang mula beralih untuk berbelanja ditempat lain pula.
 
Sudah tentu, ianya bergantung dan berkait rapat juga dengan prestasi pesaing anda. Kalau mereka ini bagus, tak mustahil untuk anda kehilangan pelanggan yang biasa berbelanja ditempat anda.
 
(7) Meningkatkan kos operasi Satu lagi kesan negatif yang bakal timbul disebabkan oleh wujudnya persaingan adalah dari segi pertambahan kos operasi.
 
Syarikat perlu peruntukkan sejumlah wang untuk tujuan
i. Pelaburan terhadap pembelian mesin
ii. Perbelanjaan untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan
iii. Inovasi produk atau perkhidmatan
iv. Bajet Pemasaran untuk pasaran yang belum pernah diterokai
v. Bajet untuk mendapatkan khidmat konsultasi luar
vi. Bajet untuk merekrut pekerja yang berpengalaman
 
Seperti yang kita sedia maklum, pertambahan dari segi perbelanjaan ini akan menyebabkan keuntungan syarikat menjadi semakin berkurangan.
 
Kemudian kita juga perlu ambil kira bahawa bukan semua perbelanjaan yang dikeluarkan pasti akan membuahkan hasil. Boleh jadi perbelanjaan tersebut akan jadi belanja hangus.
 
Strategi menghadapi persaingan dalam perniagaan Kadang-kadang kita terlalu asyik dengan bayangan potensi keuntungan yang bakal kita perolehi apabila kita ingin memulakan sesebuah perniagaan.
 
Sampai satu tahap, anda seperti terlupa bahawa diluar sana, wujud elemen risiko dan juga persaingan yang perlu diambil kira.
 
Katakanlah, anda tertarik untuk membaca posting ini disebabkan anda telahpun tersedar tentang betapa seriusnya persaingan yang wujud diluar sana, dan anda sedang mencari idea, bagaimana cara untuk berhadapan dengan persaingan tersebut.
 
Jom kita bincangkan.
Apakah langkah yang boleh anda ambil.
 
(1) Kenali pelanggan anda Pastikan anda betul-betul kenal, siapa sebenarnya pelanggan anda.
 
Sudah tentu, anda tak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang. Sebaliknya, anda pasti berupaya untuk memuaskan pelanggan ideal anda.

Bagaimana cara untuk mengetahui, siapakah pelanggan ideal anda?
Dalan situasi ini, anda perlu menghasilkan customer profiling.
 
Sesetengah buku ada yang menggunakan istilah customer avatar. Pada asasnya, ia merujuk kepada perkara yang sama.
 
Kita buat customer profiling ini bagi mengenalpasti, siapakah sebenarnya pelanggan ideal kita. Kita juga akan kenalpasti apakah
i. Keperluan mereka
ii. Kemahuan mereka
iii. Perkara yang menyakitkan mereka
iv. Harapan ataupun jangkaan mereka
 
Bagi tujuan membina customer profiling ini, kita boleh gunakan maklumat seperti
i. Data-data pembelian pelanggan yang terdahulu
ii. Feedback, respons dan juga testimoni pelanggan
iii. Survey yang anda jalankan
iv. Topik yang mereka suarakan di media sosial
 
Apabila anda berjaya menghasilkan customer profiling ini, pastikan anda memberikan nilai, dan perkhidmatan yang berkualiti sehingga dapat memuaskan hati mereka.
 
Pelanggan dalam kelompok yang menyamai ciri dalam customer profiling yang anda buat inilah yang akan menjadi pelanggan setia anda.
 
Sebabnya mereka tak akan dapat layanan dan perkhidmatan yang sangat memuaskan hati seperti yang anda berikan kepada pelanggan ini ditempat lain.
 
(2) Kenali siapa pesaing anda Macam mana anda nak berlawan kalau anda tak tahu, siapa pihak lawan anda. Betul tak?
 
Pada  hari ini, sebenarnya tak begitu susah untuk membuat analisa terhadap pesaing anda. Dengan membuat carian melalui laman web google pun, kadang-kadang kita boleh tahu banyak perkara mengenai pesaing kita.
 
Maklumat yang kita perolehi itu, kita boleh jadikan rujukan untuk kita buat keputusan seterusnya.
 
Kita cuba perhatikan perkara seperti
i. Apakah promosi yang dijalankan oleh pesaing
ii Berapa harga barang yang mereka jual
iii. Apa free gift yang mereka sediakan
iv. Di platform mana mereka membuat jualan
v. Apa feedback dan testimoni pelanggan
 
Cubalah dulu, ambil sedikit masa untuk buat kajian terhadap pesaing anda.
 
(3) Tonjolkan kelainan dan keistimewaan perniagaan anda Bahagian ini kita merujuk kepada konsep Unique Selling Proposition atau singkatannya USP.
 
Ada sesetengah perniagaan, dia tak pernah pun menetapkan apakah USP bagi perniagaan yang mereka jalankan.
 
(4) Sampaikan mesej yang jelas Apabila ada sudah memiliki USP, pastikan mesej tersebut sampai kepada kelompok pelanggan yang anda sasarkan.
 
Kita bina USP ini pun bukannya untuk saja-saja atau untuk suka-suka. Ia sepatutnya membawa mesej visi dan misi yang kita cuba capai melalui perniagaan yang kita bangunkan.
 
Kita mahukan mesej tersebut terus terpahat di minda pelanggan sedia ada termasuklah mereka yang bakal menjadi pelanggan kita.
 
(5) Terokai peluang untuk lakukan perkongsian strategik Point nombor 5 sama macam yang saya sebutkan sebelum ini. Kita berdepan dengan realiti tentang wujudnya persaingan dengan mengambil langkah untuk berkolaborasi, berunding dan menjalinkan perkongsian strategik.
 
Asalnya, pesaing yang masuk ke pasaran ini pun sebenarnya bukanlah menjual barangan atau perkhidmatan yang exactly the same dengan yang kita jual.
 
Kebiasaannya, mereka pasti menawarkan sesuatu yang sedikit berbeza dengan apa yang kita tawarkan.
 
Termasuklah peniaga yang bersaing dalam bisnes homestay, bisnes jual nasi lemak, bisnes burger dan sebagainya. Kalau bisnes berkaitan makanan, pertama sekali kita perhatikan pada rasa makanan yang jual. Itupun sudah cukup jelas menunjukkan bahawa ada perbezaan disitu.
 
Kalau persaingan yang wujud itu adalah dalam kategori persaingan secara tak langsung, disitu sebenarnya masih ada ruang untuk anda jalinkan kerjasama dan kolaborasi.
 
Runding sampai jadi.
Pastikan sama-sama boleh buat untung.
 
(6) Bina pasukan mempunyai matlamat yang sama Untuk bersaing di pasaran yang agak sengit, anda tak akan mampu untuk melakukannya seorang diri.
 
Anda perlukan satu pasukan yang mempunyai misi, visi dan juga objektif yang sama. Persoalannya ialah, siapakah dia yang akan menjadi pasukan anda?
 
Mereka ini adalah para pekerja anda.
Pekerja anda ini perlu diberi latihan yang betul dan mencukupi.

Apabila kita beroperasi dalam bidang yang ada banyak persaingan, tak cukup sekadar mempunyai pekerja yang memiliki mind set aku kerja sebab nak ambil gaji semata-mata.
 
Mereka perlu bersama-sama menghayati perjuangan dan perjalanan yang penuh liku dalam bidang perniagaan ini.
 
Setiap individu perlu main peranan dan perlu bersama-sama ambil tanggungjawab untuk majukan syarikat dan perniagaan. Kalau pekerja yang sebelum ini tak pernah buat jualan, perlu belajar serba-sedikit cara untuk melakukan soft selling.
 
Ini sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dalam bentuk keuntungan kepada perniagaan.
 
(7) Khidmat pelanggan yang terbaik Khidmat pelanggan ataupun nama lainnya customer service.
 
Bahagian khidmat pelangggan akan menjadi rujukan pelanggan anda, setelah mereka berurusniaga dan membeli produk ataupun perkhidmatan yang anda jual.
 
Ini bermakna, bahagian customer service perlu memainkan peranan yang sangat penting.
 
Mereka ini perlu dilengkapi dengan suatu skill yang boleh memupuk kesetiaan pelanggan untuk terus bersama dengan syarikat.
 
(8) Pastikan perniagaan anda boleh ditemui di internet Apabila bakal pelanggan membuat carian maklumat menerusi Google, adakah mereka ini akan jumpa perniagaan, syarikat, laman web ataupun laman blog yang bercerita mengenai anda?
 
Kalau jawapannya ialah ada, maka pada bahagian ini ia dikira selesai.
 
Sebaliknya, kalau anda katakan tiada, maka langkah yang lebih rasional adalah untuk memastikan selepas ini bisnes anda mudah atau setidak-tidaknya boleh ditemui apabila ada pengguna internet yang membuat carian maklumat di internet.
 
Walaupun pada hari ini, orang lebih banyak bercakap tentang pemasaran media sosial, namun jangan lupakan pemasaran menerusi search engine Google.
 
Konsep dia sebenarnya mudah sahaja.
Ketika anda sibuk memberi sebab dan alasan kenapa anda tak perlu mendominasi laman web google, pesaing anda tanpa banyak soal terus berbuat demikian.
Baca juga: Perniagaan anda tidak disenaraikan di laman web Google?
 
Maka tinggalah anda dengan sebab dan alasan yang anda reka sendiri.
 
(9) Gunakan pemasaran media sosial Bila bercakap mengenai strategi pemasaran, atau strategi menghadapi persaingan ini, kita tak boleh ambil mudah dengan pemasaran di media sosial.
 
Memang betul, bila kita buat senaraian seperti ini, nampaknya macam terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan.
 
Itulah sebabnya saya ada sebut sebelum ini, kalau semua ini kita nak buat seorang diri, memang tak terbuat.
 
Anda perlu
i. Sediakan bajet untuk ambil pekerja yang urus bahagian pemasaran
ii. Anda bekerjasama dengan freelancer untuk buat kerja pemasaran untuk anda secara one time
 
(10) Gunakan kaedah content marketing Kaedah content marketing merupakan salah satu kaedah pemasaran yang saya gemari.
 
Memandangkan saya pernah tulis mengenai topik content marketing sebelum ini, jadi saya tak akan terangkan dengan panjang lebar disini. Saya harap anda boleh luangkan sedikit masa untuk baca posting saya yang dibawah ini.
Baca juga: Apa itu content marketing
 
Dalam kaedah content marketing ini, apa yang kita akan lakukan sebenarnya adalah menghasilkan konten yang related dan relevan dengan perniagaan yang kita jalankan.
 
Jika target audience kita sukakan konten yang kita hasilkan, besar kemungkinan mereka juga akan lebih bersedia untuk berurus niaga dengan kita, sekiranya ada keperluan kelak.
 
(11) Kolaborasi dengan influencer Cara ini kebiasaannya memang ada kos yang akan terlibat.
 
Jika anda memilih influencer yang tepat untuk bantu mempromosi dan memperkenalkan perniagaan anda, kesannya anda akan dapat lihat dengan agak cepat.
 
Kebiasaannya, konten yang dihasilkan oleh influencer ini ada nilai yang boleh menjadikan ianya viral.
 
Walaubagaimanapun, perniagaan ini tak boleh bergantung harap pada elemen viral semata-mata. Lama-kelamaan perkara yang pernah viral pasti akan mereda dan akhirnya mula dilupakan.
 
(12) Gunakan referral marketing Konsep referral marketing ini sebenarnya lebih kurang sama dengan affiliate marketing.
 
Kalau anda kurang jelas dengan istilah dan cara kerja affiliate marketing, dipersilakan baca penulisan saya yang sebelum ini pula ya.
Baca: Apa itu Affiliate Marketing
 
Referral marketing ini biasanya dipraktikkan apabila kita berjaya memuaskan hati pelanggan kita, dan seterusnya kita bertanya pada dia sama ada dia mempunyai kenalan atau saudara mara yang mungkin perlukan perkhidmatan kita.
 
Tapi cara ini adakalanya kurang berhasil.
Ye la, setengah orang tak suka berikan referral sebab tak memberi manfaat pada dirinya.
 
Melainkan kalau dengan tindakan dia berikan referral, dia boleh dapat sedikit imbuhan.
 
Bagi sesetengah orang, dia memang tak kisah untuk berikan referral atau recommendation, dengan syarat perkhidmatan yang dia terima memang betul-betul terbaik.
 
Walaubagaimanapun, kalau kita nak bergantung harap pada situasi sedemikian, ia mungkin agak lambat. Cara yang lebih cepat adalah dengan menganjurkan program affiliate, dimana dalam program ini orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebagai ejen dan mula membuat kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda.
 
Kalau mereka berjaya buat jualan, barulah anda bayar mereka komisen.
Jika tiada sebarang jualan yang dihasilkan, anda tak perlu bayar apa-apa.
 
(13) Strategi buang harga Strategi buang harga ini bertujuan untuk memikat kategori pelanggan yang sensitif terhadap harga. Pelanggan jenis ini, hanya akan membuat pembelian sekiranya dia ditawarkan satu harga yang cukup murah.
 
Apa jadi kalau kita tak turunkan harga?
Dia akan beli dari pesaing anda.
 
Bagaimana kalau kita educate pelanggan jenis ini, bahawa tindakan mereka membuat keputusan berdasarkan faktor harga adalah tidak tepat, sebabnya dia patut memilih produk yang lebih berkualiti, walaupun harganya mungkin sedikit tinggi.
 
Sebenarnya, kita juga perlu sedar apakah sebab mereka ini memberi penekanan yang begitu tinggi terhadap faktor harga?
Boleh jadi sebabnya ialah mereka ini memang betul-betul tak ada duit.
 
Jadi, dia perlu berbelanja ikut kemampuan.
 
(14) Strategi harga berperingkat Strategi harga berperingkat ini memerlukan anda untuk menjadi lebih fleksibel dalam penetapan harga. Anda juga perlu mempunyai data yang boleh dijadikan rujukan berkaitan dengan trend dan mood pembelian pengguna.
 
Jadi dalam strategi ini, kita akan menetapkan harga yang lebih tinggi, apabila kita benar-benar yakin bahawa produk yang kita jual itu sebenarnya memang mempunyai permintaan yang tinggi.
 
Kemudian apabila permintaan semakin berkurangan, kerana mungkin sudah mula ada produk lain yang berfungsi lebih kurang sama di pasaran, kita akan mula menurunkan harga sedikit demi sedikit.
 
Kita juga boleh terbalikkan proses penetapan harga.
Sebagai contoh, kita bermula dengan harga yang rendah.
 
Tujuan kita letakkan harga yang rendah pada peringkat pengenalan ada beberapa sebab
i. Kita mahukan pelanggan mencuba produk kita
ii. Kita mahukan testimoni atau review dari pengguna awal
 
Keuntungan yang hilang itu, kita anggapkan ia umpama perbelanjaan untuk pemasaran.
 
Kita andaikan, kalau kita gunakan sebahagian modal yang ada, untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan, jumlah yang bakal kita belanjakan nanti juga adalah dalam lingkungan nilai yang sama yang kita hilang dalam bentuk potensi keuntungan tersebut.
(sebab kita turunkan harga, maka potensi keuntungan yang bakal kita perolehi juga berkurang)
 
(15) Wujudkan kepelbagaian pada pakej yang ditawarkan Wujudkan satu pakej yang mengandungi dua atau tiga produk dan letakkan satu harga yang lebih rendah, berbanding kalau ianya dijual secara berasingan.
 
Educate bakal pelanggan bahawa produk yang anda jual mempunyai nilai yang besar dan mereka akan menerima manfaat yang lebih baik jika beli secara pakej.
 
Kelebihannya, anda boleh jual lebih banyak barang, stok anda boleh habis lebih cepat dan anda juga boleh hasilkan jualan yang lebih tinggi.
 
Penutup Baiklah, saya harap semoga selepas anda membaca perkongsian ini, anda mendapat maklumat baru yang berguna untuk anda.
 
Biasanya kalau bercakap mengenai persaingan, saya perhatikan fokusnya lebih banyak kearah persaingan dari segi harga. Ia selalu berkisarkan mengenai peniaga yang buang harga semata-mata untuk dapatkan jualan.
 
Sebenarnya kalau kita perhalusi, strategi buang harga ini hanyalah salah satu daripada beberapa strategi yang boleh kita praktikkan.
 
Perkongsian saya disini mungkin agak umum, dan tak memfokuskan kepada mana-mana jenis perniagaan secara spesifik.
 
Kalau nak saya hasilkan penulisan tentang strategi menghadapi persaingan, untuk mana-mana jenis perniagaan atau bidang yang spesifik, yang itu mungkin saya akan buat dilain masa.
 
Akhir kata, saya bukan pakar dalam bidang ini.
Saya hanya berkongsi serba sedikit pengetahuan yang saya miliki agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca.
 
 
 
The post Persaingan dalam Perniagaan & Cara menghadapinya appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/persaingan-dalam-perniagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oh Cara Ini Buat Duit Dengan Youtube Baru Tahu

Oh Cara Ini Buat Duit Dengan Youtube Baru Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 276 hits
Teringin Nak Buat Duit Dengan YOUTUBE ADSENSE Assalammualaikum dan salam sejahtera teman teman Sekarang ini ramai dah berkecimpung dalam dunia vlogger di youtube Kenapa aku masih di takuk lama Kenapa aku masih tak beranikan diri untuk buat ...
Cara Hilangkan Batuk Petua Dan Rawatan

Cara Hilangkan Batuk Petua Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 455 hits
Keluarga kami diuji sekali lagi dengan batuk bukan tau Jangan risau Mummy on off batuk dekat 2 bulan juga Manakala anak anak kami batuk on off dalam sebulan juga Pelbagai kami dah usahakan Kami sudah ke klinik untuk rawatan dan hilangkan ba...
Cara Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp

Cara Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 323 hits
Bagaimana cara permohonan pengeluaran i Sinar akaun 1 KWSP ini Panduan Kini akan kongsikan bagaimana pengeluaran i Sinar kepada anda Sila baca sampai habis i Sinar Apa itu I SINAR Fungsi pengeluaran akaun 1 The post first appeared on
7 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

7 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 294 hits
Aduh Seksanya bila tekak dah mula perit dan batuk pula datang Rasa tak selesa betul nak melakukan kerja kerja seharian Bikin mood jadi swing Dapat pula batuk yang berpanjangan dan tekak pula rasa sangat gatal Serba tak kena dibuatnya Juju k...
Tawaf Wada Hukum Niat Cara Mengerjakan Tawaf Wada

Tawaf Wada Hukum Niat Cara Mengerjakan Tawaf Wada

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 321 hits
Apakah hukum dan cara melaksanakan Tawaf Wada Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai tatacara perlaksanaan Tawaf Wada Umrah Haji Dalam panduan ini saya akan cuba memudahkan dan meringkaskan seboleh mungkin agar dapat membantu ...
Panduan Lengkap Solat Hajat Serta Baca Cara Solat Hajat Khusus Rezeki

Panduan Lengkap Solat Hajat Serta Baca Cara Solat Hajat Khusus Rezeki

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 332 hits
Solat Hajat merupakan suatu ibadah sunnah dalam agama Islam yang dilakukan dengan tujuan memohon bantuan petunjuk atau perlindungan khusus dari Allah dalam menghadapi situasi sulit atau penting dalam kehidupan Ibadah ini dilakukan dengan ni...
Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat

Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 487 hits
Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat Tersiksa ya bila kena pepijat ni Sekali dia gigit habis gatal semua badan lepas tu badan kaki jadi bekas hitam Paling benci dengan serangga pepijat ni Selalu pepijat ni kebanyakan dekat cela...
Tips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air Panas

Tips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air Panas

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 366 hits
Tips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air PanasTips Cara Hilangkan Luka Anak Melecur Kena Tersiram Air Panas Kisahnya masa anak saya nama Maya umur 8 bulan dia terkena lebihan wap air Dalam tak sampai seminit saya ke dapur dia...
Cara Muslim Berbicara Politik Tidak Benar Di Sisi Teks Al Quran Nouman Ali Khan Beri Penjelasan Padu Soal Politik Islam

Cara Muslim Berbicara Politik Tidak Benar Di Sisi Teks Al Quran Nouman Ali Khan Beri Penjelasan Padu Soal Politik Islam

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 235 hits
Kita rasa Islam dan politik bergabung dalam setiap keadaan tidak sebenarnya Ada banyak bahagian dalam hidup kita yang Allah SWT memberikan kita pilihan Umum sedia maklum esok merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri yang melibatka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin