Oh Cara Ini Buat Duit Dengan Youtube Baru Tahu
Teringin Nak Buat Duit Dengan YOUTUBE ADSENSE. Assalammualaikum dan salam sejahtera teman teman. Sekarang
ini, ramai dah berkecimpung dalam dunia vlogger di youtube. Kenapa aku masih di
takuk lama. Kenapa aku masih tak beranikan diri untuk buat vlog? Haha.
Pendapatan daripada vlogger lebih masyuk lagi daripada blogger ini. Haha
nawaitu tak betul hanya duit semata mata. Semestinya. Youtube ni antara salah satu medium untuk membuat duit tanpa modal dan dari rumah sahaja.
Photo Taken From Pixabay
Tapi untuk tahun 2021 ini aku nekad, aku nak buat vlog. Tapi
aku tengah fikir niche apa yang aku nak ketengahkan. Adakah vlog ikut dan je?
Hurmm. Kena ada niche jugak aka tema, barulah vlog youtube aku tak merapu and
aku tak hilang momentum.
Jadi susah ke nak buat duit dengan youtube? Cantik soalan
ini. Aku pun tak tahu. Haha. Jahatnya. Takdelah, ini beberapa persediaan untuk
kita untuk menjana duit di yotube. Sebelum berkecimpung dalam dunia youtube dan
buat duit, kita kena tahu akan polisi Youtube agar kita tak telanggar
undang-undang depa. Kalau undang-undang depa kita langgar, memang susah kita
nak jana duit dalam dunia youtube ini. Kalau kita dah boleh ikut undang-undang
depa seperti tak ada plagiarism atau ciplak hak milik orang lain. If kita clean
kita kena patuhi 3 syarat untuk start jana duit di youtube.
1. Video Kena Cecah Sekurang Kurang nya 4,000 Jam tontonan.
Pergh, dia punya rule pertama ni. Boleh naik seriau wei,
tapi tu lah, sebelum layak beriklan, kita kena dapatkan 4k jam tontonan video.
Jadi, rajinkan diri untuk up video. Video tu kena pandailah bermain dengan
keyword, and gambar thumbnail video kenalah catchy sikit.
2. Subscriber 1,000.
Yang ini mudah sahaja, tapi kena rajin jugak lah lakukan
aktiviti I follow you, you follow I balik. Benda ni blogger dah ramai buat kan.
Jadi tak susah lah. Huhu.
3. Saluran Youtube Kita mesilah dalam keadaan Good Standing
Kita punya channel mesti lah, original dan fresh idea
daripada kita. Dan youtube channel kita jugak ada follow guideline yangh
diberikan oleh YouTube Community. Jadi, jangan breach pulak guideline tu. Rugi
je 4k tontonan dan 1k follower dah dapat, tapi tak follow guideline.
Jika 3 perkara di atas, korang Berjaya tempuhi. Tahniah anda
suah pun layak untuk menjana pendapatan daripada youtube. Macam mana nak
dapatkan duit? Dekat account youtube korang, ada di setting dan apply for
adsense ads. Kalau account korang lulus, alhamdullilah aka nada iklan mula
running di youtube korang. Makesure buat video yang cantik and content yang
menarik ok untuk mendapatkan income yang memberansangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://amerjaya.blogspot.com/2021/03/oh-cara-ini-buat-duit-dengan-youtube.html