Cara Muslim Berbicara Politik Tidak Benar Di Sisi Teks Al Quran Nouman Ali Khan Beri Penjelasan Padu Soal Politik Islam
“Kita rasa Islam dan politik bergabung dalam setiap keadaan, tidak sebenarnya. Ada banyak bahagian dalam hidup kita yang Allah SWT memberikan kita pilihan,”
(The Rakyat Post) – Umum sedia maklum, esok (12 Ogos 2023) merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam (6) buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh sebelum ini telah memaklumkan bahawa seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam buah negeri berkenaan di mana 245 kerusi negeri akan dipertandingkan.
Sebelum mengundi nanti, pastikan anda kaji terlebih dahulu calon yang bertanding sebelum membuang undi pada Sabtu ini.
Jika masih keliru dengan situasi politik di Malaysia dan masih tertanya-tanya mengapa ia perlu dilakukan, baca sini untuk penjelasan lanjut.
Nouman Ali Khan Beri Penjelasan Padu Tentang Politik & Islam.
Nak berkempen, boleh.
Tapi dalam Islam, ada cara yang betul dalam melakukan sesuatu. Malah, ia termasuk dalam apa jua perkara yang setiap manusia lakukan di dalam dunia ini. Pendek kata; kesemua perihal, ada caranya.
Terdahulu, seorang pensyarah yang tersenarai dalam 500 Muslim Berpengaruh Di Dunia, Nouman Ali Khan menerusi satu wawancara pernah menjelaskan tentang Islam dan Politik. Beliau menerusi video sama telah memberikan pendapat peribadi dan apa yang dipelajari olehnya tentang isu ini.
“Assalammualaikum Ustaz, saya nak bertanya, apa pendapat anda tentang Islam & Politik? Di akhirat kita akan ditanyakan mengapa kita memilih pemerintah itu? Kami ada dua parti; satu parti mempertahan Islam dan parti kedua mempertahan dan membawa negara untuk meningkat di Malaysia. Apa pendapat anda?”
Setelah diajukan soalan tersebut, Nouman Ali Khan dilihat begitu tenang menjawabnya dengan jawapan yang sangat padu dan mudah difahami.
Saya tidak tahu apa-apa mengenai politik Malaysia tapi saya ada idea mengenai politik Islam dan saya akan berkongsikannya dengan awak sebab saya rasa ia adalah topik yang serius. Dalam pengajian awal saya terhadap Al-Quran, saya rasa ada hubungan rapat antara Islam dan politik. Namun saya tidak lagi mempercayai hal itu. Saya percaya memang ada hubungan antara Islam dan politik tetapi cara orang Muslim berbicara tentangnya bercanggah dengan teks dalam Al-Quran.
Nouman Ali Khan.
Beliau meneruskan penjelasan dengan menyatakan, “Sebenarnya, di dalam pemahaman saya mengenai keseluruhan Al-Quran (mungkin satu ayat) adalah mengenai pemerintahan.
“Allazi Na Im Makkanna Hum Fil Ardhi” – itu sahaja ayatnya. Saya tidak nampak dalam ayat mana-mana yang secara langsung pemerintahan dibincangkan. Hukum Allah SWT, ya. Keadilan, ya. Tetapi keadilan dibincangkan di dalam ayat pada ketika itu Islam tidak mempunyai kerajaan,” jelasnya.
“Oversimplified”
Tidak terhenti di situ, Nouman turut memberikan lebih penjelasan di mana sebenarnya apabila kita memikirkan tentang cara melaksanakan ayat Al-Quran, beliau merasakan manusia selalu ingin terlalu mempermudahkan sesuatu perkara.
“Sebagai contoh, berapa kali anda dengar apabila Allah SWT kata begitu, anda perlu buat, senang kan? Ayat mengenai Haji tiba di Madinah dalam Surah Al-Baqarah tapi adakah kesemua Muslim menunaikan Haji? Tidak, mereka menunaikan Haji beberapa tahun kemudian. Mereka membaca ayat Haji dan manasik tetapi mereka tak buat. Mengapa mereka tak buat yang Allah SWT perintahkan?
“Jadi sebenarnya kita mempunyai pandangan ekstrem tentang bagaimana Islam dipraktik. Untuk pengetahuan rakyat umum, saya tidak akan komen mengenai parti apa dan calon mana atau siapa Islamik dan siapa tidak Islamik, saya hanya akan bahas tanggungjawab anda sebagai rakyat adalah untuk melihat apa yang betul untuk rakyat (dan) bukan sahaja rakyat Islam. Apa yang terbaik untuk Islam tidak sama dengan apa yang terbaik untuk negara.
“Apa yang terbaik buat Islam adalah dalam peringkat komuniti dan peringkat lebih besar, kan? Kita sering melihat Islam dari atas ke bawah, bukan dari bawah ke atas. Majoriti yang besar dalam Islam adalah bawah ke atas. Anda boleh memiliki kerajaan yang paling Islamik tetapi komuniti yang langsung tidak Islamik dan masih tidak memberikan makna kepada Allah SWT.”
Read more here
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysia-today.net/2023/08/11/cara-muslim-berbicara-politik-tidak-benar-di-sisi-teks-al-quran-nouman-ali-khan-beri-penjelasan-padu-soal-politik-islam/