Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat


Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat - Tersiksa ya bila kena pepijat ni. Sekali dia gigit, habis gatal semua badan, lepas tu badan kaki jadi bekas hitam. Paling benci dengan serangga pepijat ni. Selalu pepijat ni kebanyakan dekat celah tilam tu atau toto. Serangga pepijat ni kecik je, tapi kalau dah gigit darah, terus jadi gemuk. Bila geram, kau pukul je dengan tangan, habis keluar darah dekat badan dia. Nad pernah kena dekat rumah dan rumah sewa. Nak tidur pun tak selesa

Kita ni tak sedar pun ada pepijat sampaila bila bangun pagi korang tengok seluruh badan korang gatal, awas ya, ini petanda bilik tidur korang diserang pepijat. Kalau korang kene gigit dengan pepijat, habis berbintik badan. Kesan gigitan pepijat ni dahla lambat baik. Memang akan tinggalkan kesan hitam pada kaki atau tempat yang terkena gigitan pepijat


Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat
Sampai sekarang duk fikir, manala pepijat ni datang. Tengok-tengok dah ada dekat tilam. Bukan seekora tapi banyak gila, tak tarkira ya. Siap ada telurnya tu. Lagi masalah, kalau korang tak bersihkan betul-betul, pepijat ni boleh ikut korang ke mana sahaja tanpa sedar. Daripada bilik atau rumah takda pepijat, terus ada. Sebab tu kena bersihkan betul-betul

Apa itu Pepijat?Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain

Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius. Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas

Rupa Pepijat
Bentuk pepijat ni kecil, hitam atau perang pucat sehingga perang kemerah-merahan, leper, berbentuk bulat dan tidak memiliki sayap belakang serta berbau busuk



Pepijat memiliki badan bersegmen dengan bulu badan halus yang memberikan gambaran belang. Pijat dewasa membesar sehingga sepanjang 4–5 mm dan 1.5–3 mm lebar. Nymp yang baru lahir adalah lut cahaya, warna lebih cerah dan menjadi semakin perang ketika mereka bersalin kulit dan mencapai kematangan seksual. 
Pijat mungkin disalah anggap sebagai serangga lain seperti ulat buku ("booklice") dan "carpet beetles", sama juga sebaliknya

Pepijat adalah serangga yang membiak dengan cepat. Pepijat memiliki jangka hayat yang pendek. Walaupun pepijat memiliki usia yang singkat ia juga dapat menghasil kan pembiakan yang sangat banyak. Pembiakannya serangga ini akan menyerang dan merebak ke seluruh tempat dengan sangat cepat



Di mana pepijat selalu berada?Pepijat adalah serangga yang sangat kecil dan selalunya bersembunyi di celah-celah sudut lipatan tilam, katil dan perabot. 
Bagasi atau beg-beg pakaian yang dibawa pulang dari hotel juga adalah punca bilik tidur anda dijangkiti pijat. Lebih malang lagi perabot terpakai yang dibawa ke dalam rumah anda adalah sebab mengapa pijat ditemui di bilik tidur anda

Pepijat yang merebak ke satu lokasi kepada lokasi lain menyebabkan ianya agak sukar dikawal dan akhirnya bilik-bilik lain juga turut dijangkiti

Akhir sekali seluruh rumah anda akan dijangkiti pijat tanpa disedari oleh sesiapa sehinggalah kesemua penghuni rumah di gigit pada setiap malam

Masalah yang dihadapi bila terkena pepijat:- Gigitan yang mengakibatkan kegatalan ( tersangat gatal )- Badan akan menjadi bintik merah dan kehitaman
- Kesan gigitan lambat nak hilang- Tidak tidur lena disebabkan pepijat merayap ke kaki dan tangan pada waktu malam- Menganggu emosi semua orang dalam rumah
Cara untuk menghapuskan pepijat 
1) Kenalpasti Punca Pepijat- Cari tahu punca pepijat tersebut muncul. Mungkin punca ini adalah kelembapan berlebihan, kebersihan yang tidak terjaga, atau punca lain

Semasa proses tersebut anda perlu melihat sekiranya terdapat:- Kotoran berwarna coklat yang kecil pada cadar atau tilam, iaitu pepijat mati- Bintik-bintik hitam seperti percikan dakwat yang menunjukkan kesan najis pepijat- Telur atau kulit telur yang berwarna kuning pucat- Pepijat yang masih hidup
2) Membersihkan Kawasan Terjejas- Bersihkan kawasan yang terjejas akibat pepijat. Ada banyak cara dan petua orang bagi untuk hapuskan pepijat. 
a) Gunakan spray serai wangi- Dekat pasaraya banyak spray serai yang dijual. Pepijat ni tak suka dengan bau serai wangi. Semburkan serai wangi di setiap sudut tilam dan semua keseluruhan bilik. Atau petik serai segar dekat rumah, ketuk bagi wangi

b) Letak daun pandan- Daun pandan ni pun berbau wangi. Letak je di seluruh bilik atau di mana pepijat ada. 
c) VakumSekadar menyapu dengan penyapu atau bulu ayam pada kawasan dipercayai terjejas adalah sama sekali tidak mencukupi.Oleh itu, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah vakumkan seluruh kawasan kediaman anda itu dengan bersih dan teliti. Guan Vacum Dust Mite yang orang selalu share tu

Antara kawasan yang perlu diberi perhatian paling penting adalah di sekitar tilam yakni cadar, selimut, bantal dan lain-lain. Pastikan juga anda vakum di setiap celah perabot yang wujud di kawasan tempat tidur anda itu ya

d) Tabur Gel SilikaTaburkan gel silika ni seperti tabur garam. Tabur di kawasan celah tilam, dinding, di celah-celah katil semua

e) Gunakan Cuka buatanCuka bersifat asidik, maka ia mampu dijadikan sebagai ‘racun serangga pepijat’ artifisial yang boleh dibuat sendiri

Caranya, masukkan sahaja cuka ke dalam bekas penyembur dan campurkan dengan air sebelum disembur di seluruh kawasan yang terlibat

f) Gunakan Baking Soda Dan Dettol- Campurkan air, baking soda sedikit dan satu penutup detol dalam satu mangkuk, kemudian kacau. Lepastu masukkan dalam bekas spray dan spray di tempat pepijat

g) Gunakan semburan serangga khusus untuk pepijat. Selalunya boleh dapatkan di farmasi seperti ‘bed bugs spray‘. Sebelum ni nad guna ridsect je, tapi boleh cari yang spesifik untuk serangga. 
h) Gunakan Khidmat Professional ( Pest Control)- Cara yang paling efektif ialah dengan menggunakan perkhidmatan professional untuk menghapuskan serangga parasit. Cara ini adalah paling berkesan, tetapi ia juga agak mahal. 
i) Jemur bawah cahaya matahariAnda boleh menjemurkan barangan yang menjadi tempat pembiakan pepijat seperti tilam atau selimut di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana dipercayai pepijat akan menjadi lemah apabila terkena terik mentari. Adalah lebih bagus jika anda juga boleh menjemurkan sekali perabot yang dihinggap pepijat

j) Rendam dengan air panasKaedah kedua yang boleh anda gunakan untuk membunuh pepijat yang ada adalah dengan merendam segala cadar, selimut, sarung tilam, pakaian atau sebarang kain yang mungkin dihinggapi pepijat ini menggunakan air panas yang melebihi 70 darjah celsius. Air yang panas dipercayai akan menyebabkan pepijat dan telurnya mati

Elakkan daripada memasukkan semua kain tersebut ke dalam mesin, ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan daripada pepijak berada di dalam mesin basuh pula

k) Buang katil yang terkena pepijatNak paling senang, buang je tilam atau toto yang terkena pepijat dan bakar je. Kalau perabot sepeerti kerusi tu janganla..hehee. Nad hanyan cadangkan tilam atau toto sahaja. Kebanyakan pepijat ni ada dkeat tilam atau toto

2) Pembersihan Secara Keseluruhan- Bersihkan dan keringkan keseluruhan permukaan di sekeliling pepijat. Ini akan membantu mengelakkan penyebaran pepijat atau jangkitan lain

a) Boleh membuat pemeriksaan dan pembersihan seminggu sekali.Kebersihan perlu dibuat seminggu sekali. Bukan sahaja di bilik atau ditempat yang ada pepijat, tapi keseluruhan rumah perlu dibuat pembersihan

b) Gunakan Pembersih Sesuai- Gunakan pembersih yang sesuai untuk jenis permukaan yang dihapuskan

c) Pastikan Kering- Pastikan kawasan yang telah dibersihkan kering sepenuhnya. Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan pepijat tumbuh semula

Cara Merawat Gigitan Pepijat
1) Krim atau Lotion Anti-Gatal- Boleh menggunakan krim atau lotion yanguntuk mengurangkan gatal-gatal

2) Hindari Menggaru- Elakkan daripada menggaru ditempat gatal disebabkan gigitan pepijat. Menggaru boleh menyebabkan keradangan lebih teruk dan meningkatkan risiko jangkitan

3) Bedak sejuk- Sapukan kaki, tangan atau tempat yang gatal dengan ubat sejuk. Ia melegakan daripada gatal

4) Rawatan Jika Diperlukan- Jika gigitan pepijat menyebabkan reaksi yang teruk seperti pembengkakan yang meluas, sesak nafas, atau gejala alergi yang lain, segera dapatkan bantuan perubatan

5) Nasihat Doktor- Jika reaksi terhadap gigitan pepijat terus berterusan atau menjadi lebih teruk, adalah bijak untuk berjumpa dengan doktor. Mereka boleh memberikan nasihat yang lebih spesifik dan memberikan ubat-ubatan yang sesuai

Sentiasa jaga kebersihan rumah dan bilik untuk elakkan pepijat daripada datang ya korang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/08/cara-hapuskan-pepijat-dan-merawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul

Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 316 hits
Tersalah beli pam susu membuatkan mama mama tak dapat mengeluarkan susu dengan baik Ramai yang mengalami masalah ini kerana menyangka semua jenis pam susu sesuai sedangkan ukuran corong pam dan juga payudara berbeza beza Bagi mengelakkan ma...
Suki Ya Eat All You Can Sukiyaki Shabu Shabu Cara Makan Di Suki Ya

Suki Ya Eat All You Can Sukiyaki Shabu Shabu Cara Makan Di Suki Ya

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 255 hits
Jika anda pencinta makanan Jepun atau ingin mencuba sesuatu yang baru korang wajib cuba makan di Su kiya Eat All You Can Sukiyaki and Shabu Shabu Qaseh memang pencinta steambot so makanan macam ni memang pilihan qaseh dia ala ala steamboat ...
Cara Dapatkan Bank Statement Bank Islam Secara Online

Cara Dapatkan Bank Statement Bank Islam Secara Online

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 320 hits
Cara mendapatkan penyata Bank Islam sebenarnya agak mudah dan memandangkan perbankan internet Bank Islam tersedia anda tidak perlu melawat bank Namun mungkin ramai lagi yang tidak tahu perkara ini Penyata bank yang berfungsi sebagai dokumen...
Cara Perbaharui Cukai Jalan Online Dan Lesen Memandu Digital Menggunakan Aplikasi Myjpj

Cara Perbaharui Cukai Jalan Online Dan Lesen Memandu Digital Menggunakan Aplikasi Myjpj

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 456 hits
Mulai 1 Ogos 2023 Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan tidak lagi mengeluarkan cukai jalan dan lesen memandu fizikal Pihak JPJ telah menamatkan penggunaan disk road tax dan lesen memandu fizikal Daripada fizikal bertukar kepada digital secara m...
Influenza Risiko Penularan Dan Cara Mencegahnya

Influenza Risiko Penularan Dan Cara Mencegahnya

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 361 hits
Influenza atau lebih dikenali sebagai flu adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza Ia biasanya menjangkiti saluran pernafasan dan boleh menyebabkan simptom seperti demam batuk selesema sakit kepala pening keletihan da...
Cara Buat Blog Pengenalan Kepada Layout Dan Theme Blogger

Cara Buat Blog Pengenalan Kepada Layout Dan Theme Blogger

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum mari kita berkenalan dengan layout blog di blogger untuk memudahkan pertukaran template dan setting pada masa akan datang Bagi pemula usah bimbang layout blogger ini mudah difahami ya Apabila anda create blog menggunakan han...
Cara Buat Blog How To Set Blog Pages Home Menu

Cara Buat Blog How To Set Blog Pages Home Menu

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 280 hits
Sebuah blog tidak akan lengkap tanpa menu atau standalone pages pages di blog ini berfungsi membantu pembaca untuk mencari informasi berkaitan blog anda Anda juga boleh meletakkan beberapa menu tambahan yang anda rasakan penting dan mudah d...
Cara Perbaharu Lesen Memandu Secara Online 2023

Cara Perbaharu Lesen Memandu Secara Online 2023

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 356 hits
Cara Perbaharu Lesen Memandu Secara Online 2023 Sebelum ini rakyat Malaysia kebanyakannya memperbaharui lesen di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan setiap kali lesen tamat tempoh Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang se...
Cara Masak Mi Maggi Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Cara Masak Mi Maggi Cepat Dimasak Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 186 hits
Mi maggi cepat dimasak sedap dimakan Tagline mi segera yang tak boleh disangkal lagi kesedapannya Tiba tiba tengah malam rasa teringin nak makan mi maggi kari Nasib baiklah ada stok dalam kabinet Kalau tidak kempunan Pernah sekali tu tering...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023