Pernah Kena Tindih Waktu Tidur Betul Ke Hantu Yang Tindih Ini Jawapannya


Terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Anda cuba bangun namun susah. Dada terasa sakit, suara tak keluar dan bulu roma mula meremang, “Ah, kena tindih pulak”, anda mula bermonolog. Ramai individu pernah mengalami situasi sebegini namun tak semua tahu puncanya. Nak tau apakah penjelasan sains berkaitan dengan fenomena kena tindih ni? Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.
Kelumpuhan tidur tidak memudaratkan kesihatan Ia merupakan fenomena yang boleh dianggap aneh. Disebabkan oleh itulah kebanyakan individu mengaitkan pengalaman merasai kelumpuhan tersebut dengan fenomena paranormal. Suatu ketika dahulu, kita tidak memahami mekanisme di sebalik keadaan ini namun kini, kita tahu bahawa dua hormon mempunyai kaitan dengannya, Glycine dan Gamma Aminobutyric Acid (GABA). Kedua-duanya memainkan peranan penting melumpuhkan otot-otot badan ketika fasa rapid eye movement (REM) kerana pada ketika ini, kita mengalami mimpi. Tujuan kelumpuhan tersebut adalah untuk mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang dimimpikan.
Secara fisiologi, anda sepatutnya tidak sedarkan diri ketika fasa REM ini. Mata anda tertutup rapat dan mimpi hanyalah sekadar mimpi. Namun, jika seseorang itu bangun ketika fasa REM, maka individu tersebut akan mengalami kelumpuhan kesan daripada rembesan hormon tersebut. Otot anda masih lumpuh tetapi mata anda berkeliaran memandang persekitaran dan dalam masa yang sama, anda merasakan sesuatu menindih di bahagian dada anda. Usah khuatir! Anda akan boleh bergerak seperti biasa. Kelumpuhan ini kebiasaannya berlaku dalam sekitar 1 hingga 3 minit. Ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kesihatan melainkan pengalaman yang agak menakutkan.
Halusinasi dan makhluk halus yang menindih Amigdala merupakan sistem saraf yang berbentuk kacang, terletak pada bahagian lobus temporal tengah. Ia adalah sebahagian daripada struktur basal ganglia dan bahagian otak yang paling aktif ketika fenomena kelumpuhan tidur kerana fungsinya adalah untuk mengawal atur memori berkaitan perasaan dan ketakutan. Bayangkan anda mempunyai amigdala yang sedang aktif membuatkan anda takut, namun tiada apa-apa perkara di persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk membuatkan anda takut. Ini merupakan satu paradoks dan solusi kepadanya adalah halusinasi.
Brian A. Sharpless dan Monika Klikova telah menerbitkan kajian di Jurnal Tidur pada tahun 2019 yang melibatkan 185 individu yang didiagnos dengan masalah ini. Dapatan kajian tersebut telah mendapati bahawa 58 peratus daripada mereka merasakan kehadiran sesuatu yang bukan manusia di dalam bilik sewaktu fenomena tersebut sedang berlaku. Halusinasi boleh berlaku dalam pelbagai jenis bentuk. Ada individu yang melaporkan mereka merasa seolah-olah di awang-awangan, ada yang ternampak individu asing berada bersama mereka di tempat mereka tidur dan ada yang ternampak makhluk halus menindih dada mereka.
Risiko dan rawatan Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang individu untuk menghadapi kelumpuhan tersebut.
Faktor genetik Sejarah trauma Masalah kesihatan mental Masalah kesihatan fizikal Masalah berkaitan kualiti tidur Penggunaan dadah Setakat ini, tiada rawatan spesifik menurut protokol perubatan dalam merawat masalah ini. Perkara yang sering diketengahkan adalah tabiat tidur yang baik. Kelumpuhan ini boleh menjadi petanda bahawa anda tidak mendapatkan tidur yang cukup. Antara rekomendasi untuk mengelakkan fenomena ini adalah untuk menghindari alkohol dan dadah 3 jam sebelum waktu tidur. Minuman berkafein juga perlu dihadkan dan barangan elektronik perlu dielakkan sebelum waktu tidur untuk menjamin kualitinya.
Konklusi Kelumpuhan tidur bukanlah satu penyakit yang serius namun ia merupakan pengalaman yang menakutkan. Halusinasi kebiasaannya dialami oleh sebahagian besar individu, namun begitu, fenomena tidak akan berlarutan. Jaga tabiat tidur anda dan pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Jika anda risau berkenaan dengan fenomena ini, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/04/pernah-kena-tindih-waktu-tidur-betul-ke-hantu-yang-tindih-ini-jawapannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant Bayi Boleh Maut Secara Mengejut

Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant Bayi Boleh Maut Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 429 hits
Bukan mudah untuk lelapkan mata rasa tak selesa Suami di sebalah kemain sedap tidur siap pakej berdengkur Sakit pula hati kan Tetapi begitulah lumrahnya ibu mengandung kesukaran tidur pada penghujung kehamilan itu adalah sesuatu yang normal...
Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak Rujuk Jadual Ini

Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak Rujuk Jadual Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 507 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Kisah Seorang Pria Nikahi Gurunya Waktu Sma Saya Pernah Berkata Suatu Hari Akan Menikahinya

Kisah Seorang Pria Nikahi Gurunya Waktu Sma Saya Pernah Berkata Suatu Hari Akan Menikahinya

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 373 hits
Kisah pernikahan Muhammad Hazim Shahidan dan Siti Aishah mendadak viral Hal tersebut dikarenakan Muhammad Hazim Shahidan menikahi perempuan yang merupakan mantan gurunya ketika SMA Dikutip dari Grid id Muhammad Hazim pertama kali bertemu de...
Karies Gigi Terbentuk Seawal Usia 3 Tahun Elak Botol Dan Puting Waktu Tidur

Karies Gigi Terbentuk Seawal Usia 3 Tahun Elak Botol Dan Puting Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 740 hits
Seringkali kita melihat permasalahan gigi yang berlaku pada kanak kanak seawal usia tiga tahun Hal ini disebakan kurangkan penjagaan gigi terutama sekali penjagaan gigi yang jarang diberikan perhatian juga penggunaan botol susu ketika merek...
Waktu Anak Dara Kulit Licin Mengandung Je Badan Terus Naik Jerawat Down Betul

Waktu Anak Dara Kulit Licin Mengandung Je Badan Terus Naik Jerawat Down Betul

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 381 hits
Hormon ibu hamil atau yang menyusukan anak ada masanya tidak stabil Kesannya bukan sahaja boleh dilihat pada kulit wajah yang kusam tetapi juga masalah jerawat pada badan Jerawat terjadi apabila kelenjar sebum di kulit tersumbat dengan sebu...
Selain Legendaris Ternyata Ini 5 Kelebihan Tidur Pakai Kasur Kapuk Ketimbang Spring Bed

Selain Legendaris Ternyata Ini 5 Kelebihan Tidur Pakai Kasur Kapuk Ketimbang Spring Bed

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 293 hits
Ada lo orang yang baru bisa tidur nyenyak kalau tidurnya di kasur kapuk Nggak berasa melayang kayak pakai spring bed katanya
Ketua Pengarah Imigresen Kena Banguan Dari Tidur

Ketua Pengarah Imigresen Kena Banguan Dari Tidur

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 393 hits
This is the Ketua Pengarah Imigresen Like a faceless name and a nameless face which we will all forget in no time Meaning these are Civil Servants They come and go No one notices them or remembers them Sadly I think the Civil Service feels ...
Prktgpiai Ini Muafakat Bn Kita Bukan Macam Ph Tidur Sebantal Mimpi Lain Lain Jefridin

Prktgpiai Ini Muafakat Bn Kita Bukan Macam Ph Tidur Sebantal Mimpi Lain Lain Jefridin

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 335 hits
Cakap cakap yang mengatakan bahawa UMNO Bahagian Tanjung Piai dan jenteranya akan menutup bilik bilik gerakan di Pusat Daerah Mengundi apabila Barisan Nasional mencalonkan semula bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng ...
Rakyat Kazakhstan Terserang Penyakit Tidur

Rakyat Kazakhstan Terserang Penyakit Tidur

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 332 hits
Warga Kazakhstan Terserang Penyakit Tidur Ratusan warga terpencil Kalachi di Kazakhstan Utara terkena penyakit misterius penyakit tidur Penyakit ini menyebabkan pusing halusinasi serta hilangnnya beberapa ingatan Walau ilmuwan sudah berusah...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon