Karies Gigi Terbentuk Seawal Usia 3 Tahun Elak Botol Dan Puting Waktu Tidur


Seringkali kita melihat permasalahan gigi yang berlaku pada kanak-kanak seawal usia tiga tahun. Hal ini disebakan kurangkan penjagaan gigi terutama sekali penjagaan gigi yang jarang diberikan perhatian juga penggunaan botol susu ketika mereka hendak tidur.
Semua ini memberi kesan kepada permasalahan gigi terutama masalah karies gigi yang berlaku di awal usia kanak-kanak. Dr Ahmad Faisal Ismail, Penolong Professor Pergigian Kanak-kanak, Kulliyyah Pergigian UIAM berkongsi tip buat semua ibu bapa.

Gigi susu pertama akan mula tumbuh sekitar umur 6 bulan, dan kegigian susu akan lengkap sepenuhnya pada umur sekitar 2 tahun setengah. Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan gigi susu ini kekal di dalam mulut sehingga gigi kekal sedia untuk tumbuh menggantikan gigi susu.
Karies pergigian sering terjadi kepada kanak-kanak, terutama kanak-kanak yang berusia 2-3 tahun yang menggunakan botol untuk meminum susu. Ia juga disebut karies botol susu, dimana ia terjadi apabila gigi kanak-kanak terdedah kepada susu (atau minuman manis lain) dari botol, terutama semasa tidur.

Gula dari susu (atau minuman manis) tersebut akan digunakan oleh bakteria-bakteria di dalam mulut, dan seterusnya bakteria-bakteria ini akan menghasilkan asid. Asid yang terkumpul ini akan menyerang gigi kanak-kanak, sedikit demi sedikit struktur gigi akan terhakis dan mereput, seterusnya akan menyebabkan karies dan berlubang.
Kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat karies awal ini adalah kanak-kanak yang tidur bersama botol susu dan yang menggunakan puting kosong (pacifier) yang disalut manisan, terutama jika dibiarkan melekat di dalam mulut semasa tidur.

Semasa tidur, penghasilan air liur adalah sedikit. Salah satu fungsi air liur adalah penampan asid (meneutralkan asid). Ini akan menyebabkan asid yang terhasil oleh bakteria di dalam mulut tidak dineutralkan oleh air liur, dan akan menyerang gigi kanak-kanak semasa tidur.
Gigi Manakah Yang Terdedah Untuk Karies Botol Susu?
Gigi pertama yang terlibat oleh karies botol susu adalah gigi atas hadapan. Ini kerana gigi atas hadapan terdedah secara langsung kepada susu atau gula. Jika tidak dikawal, karies akan merebak kepada gigi belakang yang lain. Antara tanda-tanda karies adalah seperti terdapat tompokan putih (white spot) pada permukaan gigi atau terdapat perubahan warna keperangan (brown discoloration).
Gigi bawah hadapan selalunya jarang terlibat. Ini kerana semasa minum susu, gigi bawah hadapan dilindungi oleh lidah, dan gigi bawah hadapan juga dilindungi oleh air liur sebagai penampan.

Rawatan & Kesan Karies Gigi
Gigi susu penting untuk pengunyahan, pemakanan, percakapan dan estetik kanak-kanak. Gigi susu juga penting kerana ia memastikan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.
Pada peringkat awal karies, rawatan tampalan boleh diberikan. Jika karies terlalu besar, atau melibatkan saraf gigi, rawatan akar boleh dilakukan dan gigi akan diletakkan korona (crown) untuk melindungi gigi tersebut. Cabutan gigi akan dilakukan jika gigi tersebut tidak dapat diselamatkan atau mempunyai prognosis (kebarangkalian) yang buruk.
Jika karies pada gigi susu tidak dirawat, ia akan menyebabkan kanak-kanak mengalami sakit gigi, mempunyai masalah untuk makan dan menyebabkan abscess (nanah) pada gigi. Jika dibiarkan, jangkitan ini akan merebak ke tisu-tisu muka, menyebabkan kebengkakan muka.

Tips penjagaan gigi kanak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah
1. Jika gigi susu belum tumbuh, bersihkan gusi anak selepas makan menggunakan kain bersih yang dibasahkan.
2. Pastikan ubat gigi yang digunakan mempunyai florida.
3. Elakkan anak tidur dengan botol susu di mulut.
4. Jika anak mengunakan puting kosong (pacifier), elakkan meletak manisan/gula pada puting tiruan.
5. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ketika mereka memberus gigi.
6. Berus gigi anak-anak selama 2 minit.
7. Belikan berus gigi bercorak kartun kegemaran untuk menggalakkan anak memberus gigi.
8. Galakkan anak-anak minum menggunakan cawan seawal umur 1-2 tahun.
9. Untuk kanak-kanak berumur dibawah 3 tahun, hanya sedikit calitan (smear) ubat gigi diletakkan pada berus gigi.
10. Kurangkan berkumur/galakkan meludah (spit) selepas memberus gigi.
11. Dapatkan pemeriksaan gigi seawal umur setahun.
12. Kunjungi klinik pergigian secara berkala, sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
13. Dapatkan rawatan terapi florida di klinik pergigian jika perlu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/karies-gigi-terbentuk-seawal-usia-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 605 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Selalu Sangat Drive Thru Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi

Selalu Sangat Drive Thru Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 448 hits
Bagi mereka yang mempunyai anak sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang telah bersekolah Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku terhadap kanak kanak di seluruh dunia Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripad...
Ustazah Kongsi Teknik Mudah Seawal 2 Tahun Boleh Baca Al Quran Sambil Main Boleh Ajar

Ustazah Kongsi Teknik Mudah Seawal 2 Tahun Boleh Baca Al Quran Sambil Main Boleh Ajar

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 326 hits
Anak usia 2 tahun dah boleh baca dan hafaz al Quran Tak mustahil jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tah...
Kanak Kanak 2 Tahun Mati Kerana Diphteria Sebab Itu Vaksin Penting Boleh Elak 10 Jenis Penyakit Ini

Kanak Kanak 2 Tahun Mati Kerana Diphteria Sebab Itu Vaksin Penting Boleh Elak 10 Jenis Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 437 hits
Isu vaksinasi telah lama menjadi bualan ramai pihak dan ia kekal hangat hingga sekarang Ada ibu bapa degil yang masih tidak memahami bagaimana konsep vaksin ini memberi perlindungan atau memayungi populasi awam sehinggakan individu yang tid...
Dapat Rm10ribu Pada Usia 12 Tahun Instafamous Cilik Ini Cari Duit Poket Sendiri

Dapat Rm10ribu Pada Usia 12 Tahun Instafamous Cilik Ini Cari Duit Poket Sendiri

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1784 hits
Siapa sangka ketika usia baru menganjak 12 tahun gadis ini mampu menjana pendapatan sendiri hampir RM10 000 Iya mungkin kedengaran mustahil namun itu jumlah yang pernah diperoleh Aliya Maisarah Ismail ketika aktif melakukan ulasan berbayar ...
Pelni Sabet Penghargaan Tetap Berjaya Di Usia 67 Tahun

Pelni Sabet Penghargaan Tetap Berjaya Di Usia 67 Tahun

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 214 hits
PT Pelayaran Nasional Indonesia atau Pelni menyabet penghargaan The Indonesian Living Legend Companies 2019 pada kategori BUMN yang diselenggarakan oleh Majalah SWA dan SWANETWORK Pelni menjadi salah satu pemenang dari total 50 pemenang pad...
Jamal Abdillah Timang Bayi Perempuan Di Usia 60 Tahun

Jamal Abdillah Timang Bayi Perempuan Di Usia 60 Tahun

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1264 hits
Siapa tidak kenal dengan penyanyi tersohor Tanah Air Datuk Jamal Abdillah Suara emasnya bukan sahaja lunak didengar malahan lagu lagu dendangannya turut malar segar Hari ini menerusi Harian Metro Jamal Abdillah 60 telah memberitahu bahawa b...
Dewi Perssik Kenang Masa Usia 20 Tahun Saat Bisa Taklukan Ibu Kota

Dewi Perssik Kenang Masa Usia 20 Tahun Saat Bisa Taklukan Ibu Kota

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 222 hits
Dewi Perssik mengenang masa lalu saat ia masih berusia 20 tahun dan bisa menaklukan ibu kota yang dikenal keras
Rimas Waktu Tidur Badan Kerap Berpeluh 10 Perkara Ini Termasuk Penyakit Tumor Mungkin Jadi Puncanya

Rimas Waktu Tidur Badan Kerap Berpeluh 10 Perkara Ini Termasuk Penyakit Tumor Mungkin Jadi Puncanya

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 306 hits
Ramai saja diluar sana yang mengalami masalah berpeluh ketika tidur Masalah ini sedikit sebanyak telah mengganggu tidur seseorang kerana tidak selesa dengan peluh yang banyak sehingga kerap terjaga dari tidur Gangguan tidur seperti ini akan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord