Prktgpiai Ini Muafakat Bn Kita Bukan Macam Ph Tidur Sebantal Mimpi Lain Lain Jefridin




Cakap-cakap yang mengatakan bahawa UMNO Bahagian Tanjung Piai dan jenteranya akan menutup bilik-bilik gerakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) apabila Barisan Nasional (BN) mencalonkan semula bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng daripada MCA ternyata palsu semata-mata.
Demikian penegasan Ketuanya, Datuk Jefridin Atan ketika ditemui media sebaik selepas pengumuman calon BN oleh Pengerusi Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad malam tadi.
Ujar Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) BN Parlimen Tanjung Piai itu, beliau memberi sokongan padu dan yang lebih penting adalah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Bagi pihak UMNO kita rasa bersama. Sebenarnya yang paling penting bagi kita ialah BN berjaya dan kita dapat menumbangkan kerajaan pada hari ini.
“Gossip itu memang tetap berlaku kerana kita bersama dengan Datuk Seri Wee Jeck Seng ini bukan orang baru, beliau pernah menjadi ahli Parlimen sebelum ini. Jadi saya tidak ada masalah untuk kita meneruskan sokongan padu.
“Setakat ini saya selaku Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil ini, tidak ada pula ura-ura kita hendak menutup PDM tetapi di pihak kerajaan banyak dah tutup kerana mereka tidak setuju tentang calon yang dikemukakan oleh kerajaan,” jelasnya.
Ditanya mengenai bilik-bilik gerakan masih belum aktif, Jefridin berkata ia kerana masih belum memasuki tempoh berkempen.
“Hari ini nampak tutup kerana belum berkempen lagi. Kempen setelah pencalonan pada 2 Nov nanti,” katanya.
Jefridin turut mengulas mengenai semangat permuafakatan dan setiakawan di dalam parti-parti komponen BN.
“Atas muafakat BN kita tidak ada masalah. Kita bukan macam PH boleh tidur satu bantal, mimpi lain-lain, tetapi kerjasama dan muafakat kita teruji lama dah. Saya kalau tak setuju, saya tak datang hari ini. Tetapi demi setiakawan kita tetap bersama.
“Sebenarnya saya terlibat sebagai Pengarah Operasi sebelum pilihan raya, kita diarahkan menubuhkan PDM-PDM ini dan sebelum pengumuman calon pun kita dah memastikan PDM-PDM itu berfungsi dan bagi persiapan pilihan raya setelah penamaan calon 2 Nov, PDM akan terus beroperasi.
“Kita ada mesyuarat berkala bersama Pengarah Pilihan Raya dan bergerak bersama. Sudah semestinya rakan-rakan daripada MCA akan memberi tumpuan lebih kepada masyarakat Cina dan kita bergerak bersama di bawah BN,” ujarnya. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/31/prktgpiai-ini-muafakat-bn-kita-bukan-macam-ph-tidur-sebantal-mimpi-lain-lain-jefridin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam

Maksud Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 7289 hits
Maksud Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam Melihat suami kahwin lain walau hanya dalam mimpi memang boleh buat si isteri rasa sakit hati Biasalah perempuan mana tak ada rasa cemburu kan Daku sendiri juga pernah bermimpi suami menikah lagi...
Apakah Maksud Mimpi Bertemu Orang Yang Sudah Mati Sewaktu Tidur

Apakah Maksud Mimpi Bertemu Orang Yang Sudah Mati Sewaktu Tidur

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 591 hits
Seseorang seringkali bermimpi ketika mereka sedang tertidur lena namun ada sebahagian dari orang orang telah bermimpi bertemu dengan orang orang terdekat mereka yang telah meninggal dunia dan ternyata ada makna mimpi bertemu orang yang suda...
Prktgpiai Rakyat Perlukan Wakil Yang Berkhidmat Bukan Yang Suka Janji Kosong Macam Ph Najib

Prktgpiai Rakyat Perlukan Wakil Yang Berkhidmat Bukan Yang Suka Janji Kosong Macam Ph Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 291 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng adalah layak mewakili rakyat di kawasan tersebut memandangkan beliau berpengalaman luas dalam menjaga k...
Prktgpiai Referendum Sokong Muafakat Nasional Umno Johor

Prktgpiai Referendum Sokong Muafakat Nasional Umno Johor

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 319 hits
Seperti yang dijangka bekas ahli parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dicalonkan oleh BN dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad pada malam ini di Umno Pontian menerusi siaran la...
3 Malam Mimpi Benda Sama Bangun Tidur Darah Penuh Atas Tilam Bayi Ghaib

3 Malam Mimpi Benda Sama Bangun Tidur Darah Penuh Atas Tilam Bayi Ghaib

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 478 hits
Pasangan mana yang tak gembira apabila menerima berita bakal menimang cahaya mata sebagai penyeri keluarga Semestinya ia menjadi momen yang paling indah dan dinantikan Bagaimanapun impian itu hanya sementara saja bagi dan suami apabila anak...
Mca Bukan Rasis Macam Parti Lain Tak Pernah Persenda Melayu Islam Institusi Diraja Wee Ka Siong

Mca Bukan Rasis Macam Parti Lain Tak Pernah Persenda Melayu Islam Institusi Diraja Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 375 hits
Presiden MCA Dr Wee Ka Siong malam tadi menegaskan partinya tidak pernah mempersendakan Melayu Islam dan institusi raja negara ini Beliau berkata MCA berbeza dengan parti lain dan mendakwa parti itu pernah meminta agar orang Melayu mengenak...
Patut Ada 100 Lagi Macam Ronnie Liew Yang Lain Pula Bagaimana Mulut Dah Tersumbat

Patut Ada 100 Lagi Macam Ronnie Liew Yang Lain Pula Bagaimana Mulut Dah Tersumbat

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 301 hits
Jika diperhalusi walaupun kenyataan AJK Pusat DAP Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru baru ini dilihat kasar dan tidak wajar niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya...
Handphone Yang Dicas Meletup Ketika Sedang Tidur Rumah Hampir Terbakar

Handphone Yang Dicas Meletup Ketika Sedang Tidur Rumah Hampir Terbakar

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 458 hits
Keselamatan merupakan salah satu aspek terpenting dalam menjalani kehidupan lebih lebih lagi apabila ia melibatkan benda benda yang tajam senjata mahupun peralatan yang dijana daripada elektrik Baru baru ini seorang pengguna Jessie Oi telah...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo