Pernah Cuba Kopi Kluang Railcoffee
Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee? | Siapa orang Kluang of course la korang akan kata pernah tapi kalau orang luar dan datang ke Kluang Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee? Anyway cik en pernah ke Kluang masa ambil peperiksaan jabatan di Institut Veterinar Kluang (IVM), masa itu cik en rasa tak pulak singgah sebab apa cik en dah tak ingat. Masa itu, cik en hanya fikirkan peperiksaan sebab cik en banyak frust sebab banyak yang cik en gagal nak buat. Selepas cik en kena depression, banyak lagi cerita di sana termasuk ke "hidden file" memori cik en. So memang tak dapat recall. Tapi cik en Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee selepas beberapa tahun iaitu April lepas.
Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee?
Pernah Cuba Kopi Di Kluang RailCoffee?
Anyway kawan yang cik en bawa adalah bekas pelajar IVM dan semestinya kat Kluang ini tempat berkumpulnya kawan kawan dia. So cik en melayan Kopi Kluang RailCoffee dengan roti bakar rasanya. Sebab rasa macam order benda lain tapi dapat benda lain. Dan juga telur ayam kampung setengah masak. Kalau korang nak cuba Kopi Kluang RailCoffee di Kluang ini ada 2 tempat. 1 di stesen keretapi Kluang dan satu lagi cawangan berhampiran dengan Kluang Mall kalau tak silap la.
Kopi Kluang RailCoffee
Anyway kopi dia okey, sedap dan pekat. Roti bakar dia pun macam biasa cuma kawan cik en kata dulu lain rupanya sekarang dah lain. Mungkin mengikut arus permodenan, Hahahha. Boleh la nak jadi port sarapan. Banyak lagi menu tapi disebabkan cik en dah aim nak makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari tengah hari itu so cik en hanya order yang simple je.
So kalau ke Kluang try la cuba Kopi Kluang RailCoffee ini. Kalau tak, korang boleh beli kopi ini secara online. Bila search di google kopi Kluang ini boleh juga dibeli di Lazada. Tapi feel dia lain kalau kita nikmati di Kluang sendiri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2019/07/pernah-cuba-kopi-kluang-railcoffee.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29