5 Jenis Masakan Peha Ayam Drummet Simple Yang Anda Patut Cuba
Drummet ayam dan peha memang jadi kegemaran tiap kali bila dihidangkan sajian ayam . Ni dia resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda, boleh diratah begitu sahaja.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos10gm serbuk lada sulah10gm garam10gm sos tiram250gm mentega1 biji bawang besar | dimayang2 biji cili besar | dihiris nipis1 tangkai daun kari3 sudu makan maduCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.Taburkan di atas ayam goreng.Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan10gm bawang putih | dikisarSedikit garam dan serbuk kunyitBahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar50gm cili merah | dikisar30gm bawang merah | dikisar halus3 ulas bawang merah | dikisar halus1 ulas bawang merah | dikisar halusSedikit gulaSedikit gula dan maduMinyak untuk menggoreng dan menumis CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.Tuangkan sos di atas ayam tadi.INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos2sudu makan serbuk kariRempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang2 biji cili hijau |dibelah dua1 biji bawang besar | dihiris bulat3 ulas bawang merah | dimayang halus3 ulas bawang putih |dimayang halus3cm halia muda | mayang halus1 batang serai titik1 tangkai daun kari1 sudu makan air asam jawa2 sudu makan kicap pekat1 sudu makan kicap manisGaram dan gula secukupnyaAir secukupnyaMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.Angkat dan hidangkan. INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tosSebiji telurGaram secukupnyaLada sulah300gm serbuk nestumMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisi drumstick.Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam2 biji lemon3 sudu makan madu2 sudu teh Rosemary kering½ sudu teh serbuk lada hitam2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk3 sudu makan minyak zaitunGaram secukup rasaSedikit mentegaCARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.Info Chef: Boleh guna mana-mana bahagian ayam.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/5-jenis-masakan-peha-ayam-drummet.html