Permohonan Bekas Ketua Risikan Hasanah Cabar Sprm Beku Akaun Bank Ditolak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya membatalkan saman pemula bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang mencabar tindakan suruhanjaya itu membekukan akaun banknya sejak September tahun lepas.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Sofian Abd Razak yang membenarkan permohonanan SPRM, selaku responden untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Hasanah selaku pemohon di Mahkamah Tinggi Sivil.

Loading… Mohd Sofian ketika membuat keputusan itu berkata Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia adalah tindakan undang-undang berdasarkan kesalahan jenayah.
“Saya tidak akan pergi kepada merit kes ini. Remedinya ialah untuk memfailkan cabaran perlembagaan di hadapan mahkamah jenayah. Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan responden untuk membatalkan saman pemohon dengan kos RM1,000,” katanya selepas mendengar hujahan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal yang mewakili SPRM dan peguam Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah.
Hakim itu turut membenarkan permohonan Shaharudin untuk menarik balik perintah kedua dalam saman itu yang dituntut pemohon yang menyatakan bahawa notis yang dikeluarkan oleh SPRM mengikut Seksyen 37(1) Akta SPRM, adalah terbatal dan tidak sah.

Terdahulu, ketika Hakim Mohd Sofian menulis penghakimannya, peguam Shaharudin yang mewakili Hasanah tiba-tiba bangun dan menyatakan bahawa pihaknya ingin menarik balik perintah kedua dalam saman difailkan anak guamnya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad yang turut mewakili SPRM berkata sepatutnya peguam pemohon menerima sahaja apa jua keputusan yang diberikan oleh mahkamah.
“Approach (pendekatan) oleh peguam pemohon tidak kena kerana sepatutnya beliau menerima apa jua keputusan yang diberikan oleh mahkamah. 

“Saya rasa peguam tidak pasti apa yang dia inginkan. Tindakannya menarik balik perintah kedua itu pada saat-saat akhir adalah melampau and it is not a good practice for a lawyer (dan ia bukan satu amalan yang baik bagi seorang peguam),” katanya.
SPRM memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 19 April lepas atas alasan tuntutan saman itu tidak mempunyai locus standi dan menyalahguna proses mahkamah.
Dalam saman difailkan pada 28 Mac lepas, Hasanah, 61, yang menamakan SPRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua, memohon perintah deklarasi bahawa perintah larangan ke atas akaun bank berkenaan bertarikh 3 Sept 2018 yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM adalah terbatal dan tidak sah.
Beliau turut memohon perintah deklarasi bahawa perintah larangan terhadap akaun berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 37(1) Akta SPRM adalah bertentangan atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menerusi afidavit sokongan difailkan bersama saman itu, Hasanah mendakwa pihak SRM tidak pernah memaklumkan kepadanya berkaitan perintah larangan ke atas akaun banknya sepanjang beliau direman pada 29 Ogos 2018 dan dibebaskan daripada tahanan reman pada 3 Sept 2018.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati urusan perbankannya gagal ketika berurusan pada keesokannya (4 Sept 2018).
Menurut Hasanah, beliau kemudiannya menghubungi pegawai penyiasat SPRM bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai akaun bank itu dan pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun bank hanya dibekukan sementara mengikut prosedur siasatan biasa oleh pihak SPRM.
Katanya, sebanyak lima pucuk surat telah dihantar kepada pihak SPRM antara 9 Okt dan 18 Dis 2018 bagi memohon pelepasan pembekuan akaun bank itu, namun pada 6 Dis tahun sama, Bahagian Siasatan SPRM menjawab permohonan untuk pelepasan akaun berkenaan dengan mengatakan ia tidak dapat dipertimbangkan.
Hasanah mendakwa beliau mengalami kesukaran untuk menyara kehidupannya yang bergantung sepenuhnya kepada duit pencen yang dimasukkan ke dalam akaun bank berkenaan selain tidak mempunyai sumber pendapatan lain melainkan wang gaji dan wang pencen tersebut.
Pada 25 Okt 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.
Sementara itu, Shaharudin berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan permohonan lain di Mahkamah Tinggi ataupun membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan hari ini. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/permohonan-bekas-ketua-risikan-hasanah-cabar-sprm-beku-akaun-bank-ditolak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bakal Tertimbus Terus Jika Kalah Sekali Lagi Bekas Ketua Hakim Negara

Umno Bakal Tertimbus Terus Jika Kalah Sekali Lagi Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 286 hits
Umno kalah sekali terbenam sekali lagi mungkin tertimbus Usahlah bertempik di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra jika pemimpin atasan Umno enggan mendesak Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur daripada jawatannya sebagai presiden kata...
Najib Tak Dibenar Dapatkan Penyata Akaun Bank

Najib Tak Dibenar Dapatkan Penyata Akaun Bank

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 185 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak dibenar mendapatkan dokumen berhubung penyata akaun Ambank miliknya Peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembela telah meminta...
Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 417 hits
Anak kepada mendiang Karpal Singh peguam Sangeet Kaur Deo berkemungkinan menarik balik tindakan undang undang ke atas bekas Ketua Hakim Negara berhubung dengan dakwaan campur tangan kehakiman dalam keputusan kes hasutan mendiang bapanya dan...
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 291 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
Sampai Licin Akaun Bank Ayah Kau Kerjakan Anak Habiskan Duit Bapa Ngidam Nak Beli Messi

Sampai Licin Akaun Bank Ayah Kau Kerjakan Anak Habiskan Duit Bapa Ngidam Nak Beli Messi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 461 hits
Bermain permainan video menjadi kegilaan ramai terutama anak muda termasuk kanak kanak pada hari ini Ibu bapa kini nampaknya sudah mempunyai pandangan berbeza mengenai permainan video apabila anak anak lebih bebas malah ada yang mendapat so...
Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam dua akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 2014 dan 2015 bukan milik Yayas...
Pernah Sedar Tak Garisan Jalur Pada Bahagian Beku Peti Ais Ini Rahsia Yang Anda Perlu Tahu

Pernah Sedar Tak Garisan Jalur Pada Bahagian Beku Peti Ais Ini Rahsia Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 222 hits
Peti ais merupakan keperluan ramai orang terutamanya suri rumah bagi menyimpan bahan bahan mentah yang akan digunakan untuk memasak Perkara ini kerana kebanyakan bahan bahan mentah mudah rosak sekiranya tidak disimpan di kawasan suhu yang s...
Instagram Kini Memberikan Amaran Sebelum Akaun Dipadam Kerana Melanggar Terma

Instagram Kini Memberikan Amaran Sebelum Akaun Dipadam Kerana Melanggar Terma

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 154 hits
Dengan lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan Instagram ialah antara media sosial paling popular pada waktu ini Dengan berbilion pengguna pastinya wujud akaun yang dibuka untuk menyebarkan perkara negatif sehingga melanggar terma dan syarat ...
Keriangan Anak Anak Yatim Menikmati Kasih Llaollao Yogurt Sejuk Beku

Keriangan Anak Anak Yatim Menikmati Kasih Llaollao Yogurt Sejuk Beku

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 516 hits
Alhamdulillah Syukur merasa juga adik adik kita dari 12 buah anak yatim meningkatkan keenakan yogurt sejuk beku berasal dari Sepanyol Sepanyol ni Kalau ikutkan perancangan awal kempen ini hanya untuk 3buah je tapi disebabkan sambutannya yan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul