Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara


Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamah



TIBA-TIBA Wan Ji Wan Hussin (Wan Ji) menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) berkata hukuman Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadapnya terlalu keras dan “sesuatu yang malang” (i).
Ia diikuti oleh kenyataan yang ditandatangani oleh Ketua Pemuda Bersatu (seorang Menteri), DAP, PKR dan Amanah yang, antara lain, menyeru supaya beliau dilepaskan (released). 
Badan-badan hak asasi manusia, NGO-NGO dan individu-individu juga turut mengecam hukuman tersebut sebagai terlalu berat, menuntut Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan menuntut Peguam Negara, lebih tepat, Pendakwa Raya (PR), memberi penjelasan mengapa PR merayu terhadap hukuman Mahkamah Sesyen.
Daripada apa yang dilaporkan oleh media massa, yang diketahui ialah: Wan Ji, seorang pendakwah bebas, telah dihukum penjara satu tahun kerana menghina Sultan Selangor di bawah Akta Hasutan 1948.
Siapa di antara mereka yang membuat komen atau tuntutan itu membaca penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen yang membicarakan kes itu? Mungkin seorang pun tidak.
Siapa di antara mereka yang tahu kata-kata yang ditulis oleh Wan Ji yang menjadi asas pertuduhan itu? Mungkin tidak ada. 
Siapa di antara mereka yang tahu peruntukan sebenar seksyen yang di bawahnya beliau dituduh, dan sejarah seksyen itu?
Sebelum kita berkata hukuman itu terlalu berat, kita perlu tahu fakta kes itu, seksyen di bawahnya Wan Ji dituduh; hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua belah pihak; alasan-alasan yang diberi oleh hakim yang membicarakan kes itu; hakikat bahawa, dalam kes itu, PR merayu supaya hukuman Hakim Mahkamah Sesyen itu ditambah kerana hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkannya itu terlalu ringan pada pandangan PR, dan alasan-alasan yang diberi oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam mengesahkan sabitan itu dan menambah hukuman penjara kepada satu tahun.
Mengatakan bahawa hukuman itu terlalu keras atau terlalu berat hanya setelah mendengar hukumam satu tahun kerana menghina Sultan bukanlah cara yang betul untuk menilai sesuatu hukuman.
Dalam rencana ini, saya tidak akan membincang sama ada pensabitan Wan Ji itu betul atau tidak dan sama ada hukuman itu sah atau tidak dan patut atau tidak, kerana rayuan kes itu ke Mahkamah Rayuan (MR) masih pending (belum selesai). Ini adalah untuk mengelak daripada mengganggu perbicaraan kes tersebut yang mungkin menjadi satu kesalahan menghina mahkamah.
Tuntutan supaya Wan Ji dibebaskan munkin melanggar prinsip itu. Dua peringkat mahkamah telah mendapati beliau bersalah dan hukuman telah ditambah. Itu adalah perintah mahkamah yang berkuat kuasa pada masa ini. Jabatan Penjara tidak boleh ‘melepaskannya’. 
PR tidak boleh menggunakan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk tidak meneruskan pendakwaan seperti yang dilakukannya dalam kes Lim Guan Eng kerana pendakwaan telah selesai dan mahkamah telah memberi penghakiman.
Jika PR memaklumkan mahkamah beliau tidak akan menentang rayuan Wan Ji apabila rayuan itu didengar oleh MR pun, penghakiman Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, kekal. 
Adalah tidak wajar bagi PR untuk berbuat demikian. Yang membawa Wan Ji ke mahkamah dan mendakwanya adalah PR; yang merayu ke Mahkamah Tinggi supaya hukuman ditambah adalah PR; bagaimana apabila sampai di MR, PR hendak membuat pusingan U dan berkata PR tidak menentangnya?
MR tidak boleh membenarkan rayuan semata-mata kerana PR tidak menentang. MR juga tidak boleh membenarkan rayuan semata-mata atas hujah-hujah perayu. Hanya jika MR bersetuju bahawa sabitan itu tidak betul di atas fakta atau mengikut undang-undang, barulah MR boleh mengetepikan penghakiman dan hukuman itu. Perlu diingat, ini adalah kes jenayah, bukan kes sivil.
Nampaknya, Tommy Thomas, PR, menyedari hal ini apabila beliau berkata dalam kenyataannya bertarikh 12 Julai 2019:
“Thomas berkata Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji pilihan-pilihan yang terbuka kepadanya berhubung dengan rayuan Wan Ji, tetapi menyatakan bahawa berdasarkan sabitannya oleh dua mahkamah, “margin budi bicara di pejabatnya sangat terhad“. ii (The Star Online 12 07 2019) (Terjemahan saya).

Hanya satu jalan yang tinggal iaitu bagi Wan Ji memohon pengampunan kepada DYMM Sultan Selangor yang begitu teruk dihinanya itu. Permohonan itu perlu dibuat di Selangor kerana beliau disabitkan dan dihukum oleh Mahkamah Tinggi di negeri Selangor. Tidak malukah beliau untuk berbuat demikian? Mungkinkah Lembaga Pengampunan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, mengampunnya?
Jabatan Penjara tidak ada kuasa melepaskan Wan Ji kerana ia tertakluk kepada perintah mahkamah. Menuntut PR melepaskan Wan Ji, di peringkat ini, PR sudah tidak ada kuasa lagi. Menuntut MR melepaskannya mungkin menjadi menghina mahkamah. Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana menghina Sultan dan ketua-ketua pemuda parti-parti komponen PH masuk penjara kerana menghina mahkamah. Mereka patut menyedari semua ini sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Perlu disebut bahawa menuntut kerajaan PH menunai janjinya dan memansuhkan Akta Hasutan tidak salah. Tetapi, ia hanya melibatkan kes-kes di masa hadapan. Sama ada akta itu patut dimansuhkan atau tidak adalah suatu perkara lain dan saya tidak akan membincangnya di sini. Sesiapa yang ingin tahu, sila layari laman-laman web saya dan membaca ucapan-ucapan saya mengenainya yang disampaikan dalam tahun 2014.
Menuntut PR memberi penjelasan mengapa beliau merayu terhadap hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen yang menyebabkan ia ditambah menjadi satu tahun, adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku semenjak Merdeka, di bawah pemerintahan BN.
Bezanya, sepanjang masa itu, Peguam Negara/Pendakwa Raya adalah dilantik daripada pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, bukan peguam swasta. 
Tommy Thomas adalah calon DAP dan pilihan PH. Ahli-ahli parti-parti komponen PH fikir bahawa beliau terhutang budi kepada PH dan mesti menurut telunjuk PH. Maka, mereka berhak menuntut beliau memberi penjelasan mengapa beliau telah berbuat sesuatu yang berlawanan dengan dasar dan janji PH.
Tommy Thomas menjawab:
“… beliau tidak mengetahui kes itu…sehingga Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan untuk mensabitkannya dan menambah hukumannya pada 9 Julai. Thomas memberikan urutan peristiwa kes itu yang menunjukkan bahawa Wan Ji telah dituduh dan disabitkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
“Tiada representasi bertulis yang pernah dibuat oleh tertuduh atau peguamnya kepada saya, dan saya sendiri tidak menyedari hal ini sehingga selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Julai menjadi pengetahuan umum.
“Ini tidak menghairankan kerana pada setiap hari bekerja, kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan 13 buah negeri terlibat, secara langsung, dalam beratus-ratus kes jenayah dan sivil….”. iii. (The Star Online 12 07 2019) (Terjemahan saya).
Beliau nampak defensif dalam jawapannya itu. Seorang Peguam Negara/Pendakwa Raya yang dilantik daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mungkin tidak menjawabnya, atau, jika menjawab pun, mungkin hanya berkata “Itu budi bicara saya. Alasan saya ialah…”. Tetapi, Tommy Thomas tidak boleh berkata demikian. Beliau tahu kepada siapa beliau terhutang budi.
Bagaimanapun, beliau tidak boleh lari daripada tanggungjawabnya, kerana apa yang dilakukan oleh timbalan-timbalannya adalah dilakukan bagi pihaknya. Beliau juga menjelaskan mengenai penggunaan Akta Hasutan 1948.
“Beliau berkata Akta itu adalah antara manifesto Pakatan Harapan yang menyatakan ia akan dimansuhkan, tetapi Kabinet tidak memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara apa-apa keputusan untuk memansuhkan atau memindanya.
“Di bawah sistem pemerintahan kita, Kabinetlah yang memutuskan bagi pihak badan eksekutif untuk membuat keputusan memansuhkan atau meminda undang-undang untuk dibawa ke Parlimen, dengan Jabatan Peguam Negara membantu dalam merangka undang-undang baru,” katanya.
Beliau juga berkata Kabinet tidak memberi sebarang arahan untuk berhenti bergantung kepada Akta Hasutan.
“Arahan seperti itu, walau bagaimana pun tidak sah kerana ia akan menyentuh budi bicara mengikut Perlembagaan yang terletak hanya kepada Peguam Negara (PR – ditambah) untuk memutuskan perkara-perkara pendakwaan bagi pihak negara,” katanya.
Thomas menambah bahawa apabila memegang jawatan pada Jun 2018, beliau memutuskan untuk menggunakan Akta Hasutan hanya sebagai langkah terakhir.
“Oleh sebab Akta Hasutan masih menjadi undang-undang, ia tidak boleh diketepikannya sepenuhnya. Itu hanya berlaku jika Parlimen memansuhkannya.…….Thomas menambah bahawa jika pendakwaan terpaksa dilakukan, beliau akan menggunakan Kanun Keseksaan, tetapi jika tidak ada alternatif mengikut undang-undang, maka dalam kes yang sesuai, beliau “tidak boleh menolak penggunaan Akta Hasutan, sehingga ia dimansuhkan“. iv (The Star Online 12 07 2019) (Terjemahan saya).
Apa yang dikatakannya itu adalah betul. Pihak-pihak yang membuat desakan perlulah mengambil perhatian.
Siapakah Wan Ji? Saya menggoogle dan ini adalah hasilnya:
Wan Ji dilahirkan di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan dalam tahun 1982 yang bererti beliau berumur 37 tahun sekarang. Beliau mendapat pendidikan awal di Institut Pendidikan al-Balaghul Mubin (Pasir Mas Kelantan- tahfiz al-Quran) sebelum melanjutkan pengajian di Pondok Lubuk Tapah, Kelantan; Jamia Farooqia Karachi, Pakistan (tidak diketahui dalam bidang apa dan hingga ke peringkat mana); Universiti Al-Azhar, Mesir (Syariah Islammiyah) dan Universiti Malaysia Kelantan (Kesusasteraan, ada yang mengatakan maqasid shariah).
Beliau pernah menjadi ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor, Ketua Exco Agama Pemuda PKR, Penyelidik di Anwar Ibrahim Research Institute (AIRI), Pegawai Penerangan dan Penasihat Agama di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau mengarang beberapa buah buku, antaranya, bertajuk Andai Rasulullah s.a.w. Bersama Kita; Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz: Dua Tokoh Unik di Dua Zaman; Maqasid Syariah; Ustaz, Aku Tak Bangang!; Ustaz, Jangan Kasar Sangat!.
Beliau dikatakan banyak mengkritik ulama-ulama Malaysia. Ketika dalam PAS, beliau pernah memanggil Datuk Harun Din, Ketua Dewan Ulama PAS ‘ulama kepala lutut’. Beliau menyifatkan PAS era Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai parti lebai. Beliau bersetuju kalimah Allah digunakan oleh gereja Roman Katholik dalam upacara agama bahasa Melayu dan dalam bible bahasa Melayu, dan lain-lain.
Dari sini, dapat diperhatikan bahawa dalam umur yang begitu muda beliau telah mengkritik ulama-ulama Malaysia dengan bahasa yang begitu kasar, seolah-olah beliau sahajalah yang betul. Dua tajuk bukunya yang terakhir disebut itu menampakkan reaksi pendengar ceramahnya, kepadanya.
Adalah juga menghairankan bagaimana beliau boleh berpindah dari PAS ke PKR dan menjadi Pegawai Penerangan dan Penasihat Agama di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Di sebaliknya timbul soalan mengapa beliau dipilih oleh Lim Guan Eng. Adakah pendirian beliau dalam isu-isu yang melibatkan Islam menyebabkan Lim Guan Eng berpendapat beliau boleh diperalatkan untuk kepentingan polituk DAP? Nampaknya, itulah yang lebih berkemungkinan.
Pembaca, dan, saya percaya, DS Anwar, ketua-ketua pemuda parti-parti komponen PH, pemimpin-pemimpin NGO dan badan hak asasi manusia dan individu-individu yang kuat membela Wan Ji semuanya tidak membaca pun apa yang ditulisnya mengenai DYMM Sultan Selangor, kerana ia tidak disiarkan oleh media massa. 
Apa yang disebut hanyalah beliau mengeluarkan kata-kata yang menghina DYMM Sultan Selangor. Betapa seriusnya kata-kata itu tidak dirasai.
Maka, saya memperturunkannya daripada penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen:
“1) Jenis syaitan tak baca hadis nabi kata ‘sesungguhnya org yg ada hak, kena bg ruang bersuara’. Bahana bodoh agama tp nak jadi ketua agama.. Sultan Selangor Sultan Shrafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
2) Sultan sel tu tak payah nak ingatkan student UPM..Dia sendiri tu kena pg ngaji agama lagi…Kena ajar sultan sel, arak tu haram. Ketua agama tak layak ada hard rock café…Perasan bagus, tp bodoh agama..
3) Buang je sultan2 ni…Perabis duit rakyat…
4) Sultan sel mengadakan kempen projek pembodohan diUniversiti…Masuk Universiti untuk jadi bijak, si syaitan ni buat projek pembodohan.. Bila org bodoh, dia akan berkuasa…Firaun moden.5) Nak kaya dlm keadaaan bodoh adalah jadi sultan.
6) Quran kata, ‘(firaun) merendah-rendahkan (akal) mereka (rakyat mesir), lalu mereka taat kepadanya’ itu di mesir. Kalau di malaysia, yg buat kerja ni adalah UMNO dan Sultan..”
Kita ketepikan undang-undang buat sementara. 
Patutkah seorang manusia berkata demikian kepada seorang manusia lain? Hendak dikatakan tidak bertamadun, saya percaya, orang asli pun tidak berkata demikian kepada Tok Batin mereka. Hendak dikatakan tidak berpelajaran, beliau belajar di tiga buah universiti. 
Hendak dikatakan tidak tahu hukum dan ilmu agama, beliau seorang hafiz, graduan syariah dan maqasid syariah, penceramah agama, penulis buku-buku agama, penasihat agama dan lain-lain. 
Hendak dikatakan beliau tidak tahu adab pun tidak patut: dalam al-Quran yang dihafalnya sahaja pun sudah cukup banyak pesanan mengenainya. Hendak dikatakan itulah yang diajar oleh bapanya juga tidak munasabah. Yang jelas ialah beliau tidak beradab.
Anehnya, orang yang membela beliau hanya menunjukkan simpati terhadap beliau. Sepatah pun tidak disebut mengenai orang yang dihinanya. 
Pejuang-pejuang hak asasi manusia pula lebih mementingkan hak orang yang menghina, bukan hak orang yang dihina, seolah-olah manusia mempunyai hak untuk menghina, tetapi tidak ada hak untuk tidak dihina. 
Itukah kebebasan bersuara yang mereka perjuangkan?


Rujukan:
i. Malaysiakini 10 07 2019ii. ‘Thomas said the AGC was studying the options open to it with respect to Wan Ji’s appeal, but noted that in view of his conviction by two courts, “the margin of discretion in his office is substantially limited”.iii …. he was not aware of the case …until the High Court upheld the decision to convict him and enhanced his sentence on July 9.Thomas provided a sequence of events for the case, which showed that Wan Ji was charged and convicted prior to the 14th General Election.
……………….“No written representations were ever made by the accused or his lawyer to me, and I was not personally aware of this matter until after the decisions of the High Court on July 9 became publicly known.“This is hardly surprising because on any given working day, the Federal and 13 state governments are involved, literally, in hundreds of criminal and civil cases….”iv. He said the Act is among those that the Pakatan Harapan manifesto had stated it would repeal, but said that the Cabinet had not informed the AGC of any decision to repeal or amend it.“Under our system of government, it is the Cabinet that decides on behalf of the executive branch to enact, repeal or amend laws for presentation to Parliament, with chambers assisting in the drafting of new laws,” he said.He also said Cabinet had not sent any instructions to stop relying on the Sedition Act.“Such an instruction would not, in any event, be lawful because it would offend the discretionary power under the Constitution vested solely in the office of the Attorney General to decide on prosecutorial matters on behalf of the state,” he said.Thomas added that upon assuming office in June 2018, he decided to only turn to the Sedition Act as a measure of last resort.“Because the Sedition Act is still a law, it cannot be totally disregarded. That can only occur if Parliament repeals it.
……….Thomas added that if a prosecution has to occur, it will rely on the Penal Code, but if there where there no alternatives under the laws, then in appropriate cases, it “cannot rule out applying the Sedition Act, until it is repealed”.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/hati-hati-buat-komen-kes-wan-ji-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 376 hits
Anak kepada mendiang Karpal Singh peguam Sangeet Kaur Deo berkemungkinan menarik balik tindakan undang undang ke atas bekas Ketua Hakim Negara berhubung dengan dakwaan campur tangan kehakiman dalam keputusan kes hasutan mendiang bapanya dan...
Sprm Siasat Kes Kes Punitif Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara

Sprm Siasat Kes Kes Punitif Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat kes kes yang menggesa tindakan punitif berhubung kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru baru ini Ketua Pesuru...
Kes Cerai Di Selangor Berkurang Sejak 2016 Ketua Hakim Syarie

Kes Cerai Di Selangor Berkurang Sejak 2016 Ketua Hakim Syarie

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 255 hits
Antara punca kerana kurang penghayatan agama masalah kewanganSHAH ALAM Kadar perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Selangor menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun lepas kata Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor Mohammad Adib Husai...
Pendakwa Buat Rayuan Balas Hukuman Wan Ji Sebelum Pru14 Kata Peguam Negara

Pendakwa Buat Rayuan Balas Hukuman Wan Ji Sebelum Pru14 Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 213 hits
Tommy Thomas berkata Jabatan Peguam Negara sedang meneliti pilihan yang ada berkaitan rayuan Wan Ji Wan Hussin tetapi ruang lingkup budi bicaranya sangat terhad disebabkan sabitan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini PETALIN...
Akta Hasutan Terus Diguna Bagi Kes Ekstrem Kata Peguam Negara

Akta Hasutan Terus Diguna Bagi Kes Ekstrem Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 206 hits
Pakatan Harapan melalui manifesto PRU14 berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 PETALING JAYA Peguam Negara Tommy Thomas berkata jabatannya akan terus menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi kes bersesuaian untuk mendakwa mereka yang menyeba...
Hukuman Terhadap Wan Ji Kes Menghina Sultan Berjaya Ditangguhkan

Hukuman Terhadap Wan Ji Kes Menghina Sultan Berjaya Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 351 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meluluskan permohonan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan hukuman penjara setahun kerana kesalahan menghasut Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman menetapkan syarat agar Wanji tidak...
Pegerakkan Diekori Kisah The Dozen Person Menyusup Masuk Negara Orang Nak Settle Kes Mh17

Pegerakkan Diekori Kisah The Dozen Person Menyusup Masuk Negara Orang Nak Settle Kes Mh17

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 507 hits
Selepas kira kira lima tahun ditembak jatuh akhirnya identiti empat orang suspek utama insiden yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines MH17 didedahkan pada bulan lalu Mereka ialah tiga warga Rusia Igor Girkin Sergey Dubinskiy dan Oleg...
Kes Wan Ji Ada Tangan Tangan Campur Urusan Mahkamah

Kes Wan Ji Ada Tangan Tangan Campur Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 222 hits
Mungkinkah penangguhan hukuman berkait perbincangan Dr M AnwarBANGI Kerajaan selalu sebut ratib Rule of Law tetapi ini sudah jadi rule apa Macam ada tangan tangan yang mencampuri urusan mahkamah kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Hj Ami...
Kes Wan Ji Mana Janji Ph Pertahan Perlembagaan

Kes Wan Ji Mana Janji Ph Pertahan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 277 hits
PAS Selangor kesal keputusan mahkamah dipertikaiBANGI PAS Selangor kesal dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Solidariti Pemuda Pakatan Harapan kerana mempertikaikan keputusan mahkamah mengenakan hukuman ke atas penceramah bebas...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan