Perluas Reformasi Institusi Kepada Semua Ahli Parlimen Pembangkang Kata Bersih




FMT Reporters -September 13, 2021 BERSIH 2.0 mengalu-alukan janji untuk menerbitkan butiran persefahaman semasa majlis menandatangannya.PETALING JAYA: Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 berharap reformasi institusi yang dicadangkan oleh kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) dalam memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani hari ini dapat dipanjangkan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang.
“Kami mengharapkan manfaat reformasi institusi termasuklah Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) dan perwakilan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) akan dipanjangkan juga kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, bukan terhad kepada PH saja,” katanya.
“Kami mendapati parti lain di kerusi pembangkang, iaitu Warisan, Pejuang, PSB dan Ahli Parlimen (MP) bebas tidak dilibat dalam MoU. Kami tidak tahu sama ada mereka dijemput atau tidak.”
Dalam kenyataan bersama malam tadi, wakil kerajaan dan PH berkata, mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam semangat bipartisan bagi mengembalikan kestabilan politik sementara kerajaan mengurus pandemik Covid-19 dan membantu meningkatkan pemulihan ekonomi.
Antara lain kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan had tempoh jawatan perdana menteri tidak lebih 10 tahun, menggubal rang undang-undang antilompat parti, melaksanakan pindaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan melibatkan Ahli Parlimen pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Memorandum itu akan ditandatangani oleh perdana menteri, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau pada 5 petang.
Menyifatkannya sebagai “pencapaian yang jarang berlaku antara kerajaan dan pembangkang” dalam politik negara yang menyaksikan semangat rentas parti diutamakan berbanding retorik buruk, tindakan bersendirian dan politiking yang tidak berkesudahan, BERSIH 2.0 juga mengalu-alukan janji untuk menerbitkan butiran persefahaman itu semasa majlis tandatangan.
Katanya, rakyat bukan sahaja dapat menjadi saksi kepada perjanjian tersebut, malah dapat mempertanggungjawabkan mereka untuk memenuhi terma yang dijanjikan.
Menekankan bahawa reformasi institusi itu akan menjamin semua parti bersaing secara adil, BERSIH 2.0 berkata, ia juga mempunyai semak dan imbang yang mencukupi untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan korupsi.
“Sebarang reformasi institusi yang dicapai daripada MoU ini akan memanfaatkan semua parti politik hari yang akan datang kerana ia akan meratakan padang permainan politik dan mula menamatkan situasi pemenang mendapat semua.
“Dalam demokrasi, ahli politik perlu bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan polisi yang lebih baik dan undang-undang yang akan menaikkan taraf hidup rakyat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/perluas-reformasi-institusi-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 235 hits
MALAYSIA NOW Hamzah berkata ketika perarakan pembangkang 2 Ogos lalu SOP kesihatan menyatakan tiada sebarang perhimpunan boleh diadakan di mana mana tempat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Gambar Bernama Menteri Dalam Negeri Hamzah Zain...
Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 247 hits
Wilfred Madius Tangau mendesak kerajaan persekutuan melakukan reformasi Parlimen bagi memastikan ia memberikan sumbangan yang berkesan demi pembangunan negara KOTA KINABALU Pengerusi Eksekutif Yayasan Wisdom Wilfred Madius Tangau menyeru ke...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 489 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Bersedia Dengan 1 Lagi Gelombang Ketidaktentuan Politik Kata Ahli Parlimen

Bersedia Dengan 1 Lagi Gelombang Ketidaktentuan Politik Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 209 hits
September 7 2021 3PETALING JAYA Ketiadaan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat demi memperkukuhkan keabsahan kedudukan perdana menteri bukan petanda baik untuk kestabilan politik dan masa depan negara untuk jangka panjang Bagaimanapu...
Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 238 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR berkata Pakatan Harapan akan menarik diri daripada memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai dengan kerajaan pada bila bila masa jika ia gagal melaksanakan perkara yang dipersetujui...
Pelantikan Abang Pm Undang Kebimbangan Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi Institusi Kata Guan Eng

Pelantikan Abang Pm Undang Kebimbangan Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi Institusi Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 308 hits
September 18 2021 3 40 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pelantikan abang Perdana Menteri Zamri Yaakob sebagai Pengerusi NAFAS menimbulkan perasaan skeptikal terhadap kerajaan dalam usahanya melakukan reformasi institusi PETALING ...
Ahli Politik Takut Ipcmc Beri Alasan Menyedihkan Kata Bekas Kp Sprm

Ahli Politik Takut Ipcmc Beri Alasan Menyedihkan Kata Bekas Kp Sprm

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 210 hits
MOHD FADLIAbu Kassim Mohamed berkata komitmen tinggi daripada pemimpin tertinggi negara iaitu perdana menteri sehingga rakyat diperlukan untuk mengubah negara menjadi benar benar bebas rasuah PETALING JAYA Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah ...
Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 321 hits
Parlimen dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya yang bernilai jutaan ringgit PETALING JAYA Sebuah NGO antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya...
Zahid Tidak Pernah Janji Projek Mega Myeg Kepada Ahli Perniagaan Kata Peguam

Zahid Tidak Pernah Janji Projek Mega Myeg Kepada Ahli Perniagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 267 hits
BERNAMA Peguam Zahid berhujah Junaith Asharab Md Shariff telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala ...
Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Who Is Really Behind Lim Seong Hai The Company That Took Menara Kl

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord

Fadhilah Intan Pika Iskandar Istikharah Cinta Chord

Wknd Special A Yamaha Xt600 Street Tracker From Porto

Wey Mca Sudah Pupus Lo Mana Ada

Babi Tak Senang Duduk