Bersedia Dengan 1 Lagi Gelombang Ketidaktentuan Politik Kata Ahli Parlimen


 
FMT Reporters -September 7, 2021 3
PETALING JAYA: Ketiadaan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat demi memperkukuhkan keabsahan kedudukan perdana menteri, bukan petanda baik untuk kestabilan politik dan masa depan negara untuk jangka panjang.
Bagaimanapun, salah seorang Ahli Parlimen Bersatu berkata, undi percaya bukan satu keperluan pada masa ini memandangkan pilihan raya boleh diadakan tahun depan.
Ia susulan perkembangan terbaru apabila peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang dikeluarkan kepada Ahli Parlimen hari ini tidak menyenaraikan undi percaya terhadap perdana menteri.
Ahli Parlimen Amanah Khalid Abdul Samad berkata tanpa undian itu, kerajaan akan mengalami krisis keyakinan yang sama pernah dihadapi oleh kerajaan Muhyiddin Yassin.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa undian itu akan menyebabkan ketidakstabilan.
“Ia amat merisaukan apabila semua pihak mempertikaikannya dengan alasan mengapa kita tidak perlu mengadakan undi percaya,” katanya kepada FMT.
“Ia bukan isyarat positif kepada negara dan dunia selepas Malaysia dikhabarkan telah mencapai kestabilan politik susulan perubahan terhadap kerajaan dan perdana menterinya.”
Bersikap berani dan undi
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kepercayaan terhadap perdana menteri seperti Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih pemerintahan di tengah-tengah penggal, harus diuji.
Beliau memberi contoh Hussein Onn dan Abdullah Badawi yang menguji kepercayaan dalam tempoh seminggu selepas mengambil alih pentadbiran.
Ahli Parlimen PKR itu berkata sekiranya Ismail enggan, beliau akan dianggap mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu undi percaya dilakukan.
Katanya, keengganan itu mungkin disebabkan pertelingkahan berterusan dihadapi oleh parti-parti dalam kerajaan iaitu Umno dan Bersatu serta dalam Umno sendiri.
“Kerajaan tidak stabil, sebab itu perdana menteri bimbang untuk menguji kepercayaan terhadapnya di Dewan Rakyat. Dengan mengelakkan undi percaya, ia memberi mesej yang salah kepada rakyat dan pelabur.
“Perdana menteri harus bersikap berani untuk berdepan undi percaya ini,” katanya.
Fokus mentadbir kerajaan
Ahli Parlimen Bersatu Mansor Othman berkata fokus harus diberikan kepada tugas mentadbir kerajaan dan kurangkan berpolitik ketika pandemik dan krisis ekonomi.
Katanya, menjelang pilihan raya tidak lama lagi, semua pihak perlu memberi peluang untuk menjadikan masa sekarang sebagai tempoh bertenang berbanding mencari risiko mencetuskan satu lagi gelombang ketidaktentuan.
“Kita harus bergerak ke hadapan dan memberi fokus berkhidmat untuk rakyat. Mandat penuh boleh diperolehi tahun depan. Buat masa ini, kita perlu lakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.
Baru-baru ini, Peguam Negara Idrus Harun berkata tidak ada keperluan untuk melakukan usul undi percaya kerana Agong telah melantik Ismail sebagai perdana menteri dan mereka yang mempertikaikannya, turut mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, kenyataannya mengundang kritikan ahli politik dan penganalisis yang mengatakan ia hanya boleh ditentukan di Dewan Rakyat melalui undi percaya terhadap perdana menteri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/bersedia-dengan-1-lagi-gelombang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 286 hits
MALAYSIA NOW Hamzah berkata ketika perarakan pembangkang 2 Ogos lalu SOP kesihatan menyatakan tiada sebarang perhimpunan boleh diadakan di mana mana tempat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Gambar Bernama Menteri Dalam Negeri Hamzah Zain...
Imej Ahli Politik Sudah Buruk Jangan Salahkan Rakyat Kata Zambry

Imej Ahli Politik Sudah Buruk Jangan Salahkan Rakyat Kata Zambry

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 260 hits
August 27 2021 Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini kerana rakyat sedang memerhatikan gerak k...
Perluas Reformasi Institusi Kepada Semua Ahli Parlimen Pembangkang Kata Bersih

Perluas Reformasi Institusi Kepada Semua Ahli Parlimen Pembangkang Kata Bersih

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 272 hits
September 13 2021 BERSIH 2 0 mengalu alukan janji untuk menerbitkan butiran persefahaman semasa majlis menandatangannya PETALING JAYA Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH 2 0 berharap reformasi institusi yang dicadangkan oleh kerajaan dan ...
Ahli Parlimen Armenia Bertinju Dalam Parlimen

Ahli Parlimen Armenia Bertinju Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 231 hits
Insiden berlaku negara itu masih berpecah berikutan kekalahan tahun lalu dalam perang dengan Azerbaijan untuk menguasai Nagorno Karabakh Kekecohan di sesi Parlimen semalam terjadi apabila anggota pembangkang mula bertindak agresif dengan me...
Noh Omar Cakap Bahasa Inggeris Speaking Guna Penterjemah Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris Ahli Politik Diberitahu

Noh Omar Cakap Bahasa Inggeris Speaking Guna Penterjemah Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris Ahli Politik Diberitahu

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 485 hits
September 8 2021 James Masing berkata kebanyakan menteri luar bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap di hadapan perwakilan antarabangsa dan ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan PETALING JAYA Ahli politik yang tidak fasih berbahasa Ing...
Ahli Parlimen Jelutong Diarah Keluar Dewan Sebut Perkataan Memalukan

Ahli Parlimen Jelutong Diarah Keluar Dewan Sebut Perkataan Memalukan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan RSN Rayer keluar Dewan Rakyat dan menggantung wakil rakyat DAP itu selama dua hari daripada menghadiri sidang Rashid membuat keputusan itu selepas Rayer enggan ...
Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 224 hits
MALAYSIA NOW Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad menyenaraikan kejadian sepanjang setahun lalu yang menurut beliau menunjukkan istana melampaui kuasa Perlembagaan Ismail Sabri membaca sumpah pelantikannya sebagai perdana menteri di...
Umno Mula Berang Ismail Sabri Ketepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen Berjaya Guling Muhyiddin

Umno Mula Berang Ismail Sabri Ketepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen Berjaya Guling Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 832 hits
puteradaily comMeski UMNO sudah berjaya mendakap kerusi Perdana Menteri masih lagi kedengaran suara suara tidak puas hati dalam parti itu terhadap Ismail Sabri Yaakob Paling kuat terdengar suara tidak tidak puas hati ialah berikutan tindaka...
Jemaah Menteri Ismail Sabri Dan Politik Damai Di Parlimen

Jemaah Menteri Ismail Sabri Dan Politik Damai Di Parlimen

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 310 hits
Anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri akan diumumkan hari ini Jumaat 27 Ogos seketika lagi Selesai pengumumannya maka berakhirlah juga segala spekulasi pertanyaan dan teka teki Ini kerajaan BN ke Kerajaan PN 2 0 ke Macam macam lagi Semuanya b...
T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups