Zahid Tidak Pernah Janji Projek Mega Myeg Kepada Ahli Perniagaan Kata Peguam


BERNAMA
Peguam Zahid berhujah Junaith Asharab Md Shariff telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menjanjikan pemborong tekstil mana-mana projek MyEG sebagai balasan untuk pemberian 23 cek berjumlah RM13 juta yang diberi kepadanya melalui firma guaman Tetuan Lewis & Co, yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Zahid.
Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Zahid berhujah pemborong tekstil yang juga saksi pendakwaan ke-36, Junaith Asharab Md Shariff yang telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.
“Junaith dalam keterangannya berkata ia adalah sumbangan peribadi beliau atau derma untuk tujuan keagamaan atau kebajikan, yang bertujuan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz.
Pertuduhan nombor 12 dan 13, daripada 47 pertuduhan yang dihadapi anak guam saya tidak boleh dipertahankan, kerana keterangan telah menunjukkan RM13 juta yang dikaitkan dengan pertuduhan itu adalah untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk,” katanya dalam hujahan balas di akhir kes pendakwaan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Pertuduhan ke-12 itu mendakwa Zahid menerima rasuah daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services, dalam bentuk 13 cek RHB Islamic Bank Berhad berjumlah RM8 juta milik Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab Md Shariff menerusi akaun Maybank Lewis & Co.
Pertuduhan ke-13 mendakwa Zahid menerima rasuah daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services, dalam bentuk 10 cek RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM5 juta milik Berani Jujur Trading melalui Junaith Asharab Md Shariff menerusi akaun Maybank Lewis & Co.
Zahid dituduh melakukan dua kesalahan itu sebagai dorongan untuk membantu Mastoro Kenny IT Consultant & Services mendapatkan projek MyEG yang dikendalikan kementerian dalam negeri.
Hisyam kemudian merujuk mahkamah kepada keterangan saksi, Junaith yang menyatakan bahawa beliau (Junaith) dan adik kepada Zahid, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi pergi berjumpa Zahid di kediamannya untuk menyerahkan cek bagi tujuan kebajikan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz itu.
“Semasa pemeriksaan balas Junaith, beliau juga telah mengesahkan bahawa 13 dan 10 cek dari dua syarikat, Mastoro Kenny dan syarikat tekstil yang diusahakannya, Berani dan Jujur Trading adalah untuk tujuan amal dan derma.
“Malah semasa pemeriksaan balas, Junaith juga mengesahkan tertuduh tidak pernah menjanjikan sebarang projek MyEG,” katanya.
Hisyam seterusnya menegaskan dakwaan bahawa cek itu diberikan sebagai dorongan agar tertuduh mendapatkan projek untuk Mastoro Kenny adalah tidak berasas.
Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan – 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram – melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pihak pembelaan akan menyambung penghujahannya pada 20 Sept.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/zahid-tidak-pernah-janji-projek-mega.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Amanah Mohon Maaf Kepada Ahli Akademik Uum

Peguam Amanah Mohon Maaf Kepada Ahli Akademik Uum

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 149 hits
MALAYSIA NOW Kamarul menyifatkan keputusan kes samannya sebagai kemenangan moral dalam menghadapi kes kes saman fitnah lain yang beliau kemukakan Naib Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni Gambar Facebook Penganalisis politik dari Uni...
Zahid Hamidi Kata Umno Selamatkan Negara Dari Kegagalan Betulkah

Zahid Hamidi Kata Umno Selamatkan Negara Dari Kegagalan Betulkah

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 175 hits
Zahid hamidi kata kegagalan kjaan PH selepas PRU14 memaksa Umno campurtangan Ok lepas kamu campurtangan berjayakah kerajaan PN yg kamu sokong itu Ternyata gagal Bukan kami saja kata gagal bahkan kamu dan Najib juga kata kjaan PN itu gagal E...
Kegagalan Kerajaan Selepas Pru14 Paksa Umno Campur Tangan Kata Zahid

Kegagalan Kerajaan Selepas Pru14 Paksa Umno Campur Tangan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 218 hits
September 12 2021 5 20 PMAhmad Zahid Hamidi berkata fokus Umno ketika ini adalah menjadi parti yang mampu memenangi PRU15 dan mendapat mandat kukuh untuk kembali menerajui negara PETALING JAYA Umno terpaksa campur tangan dalam merombak dua ...
Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 148 hits
September 12 2021 Puad Zarkashi berkata dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Um...
Asyraf Wajdi Pernah Beri Amaran Minta Sokong Zahid Papagomo

Asyraf Wajdi Pernah Beri Amaran Minta Sokong Zahid Papagomo

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 113 hits
MALAYSIA DATELINEExco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris mendakwa ketuanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pernah memberi amaran tindakan keras akan dikenakan jika masih mengkritik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Dikenali sebagai Papagomo d...
Zahid Never Promised Businessman Myeg Contract Court Told

Zahid Never Promised Businessman Myeg Contract Court Told

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 208 hits
Ahmad Zahid Hamidi cannot be held liable for something his brother did behind his back his lawyer told the High Court KUALA LUMPUR The High Court was told today that former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi had never promised to awar...
Soalan Maut Hakim Kepada Peguam Zahid Hamidi

Soalan Maut Hakim Kepada Peguam Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 97 hits
Malaysiakini Hakim soal peguam Zahid kenapa sumbangan tunai bukan bentuk cek Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyoal pasukan pembelaan mengapa sum...
Jangan Terburu Buru Buka Sekolah Kata Ahmad Zahid

Jangan Terburu Buru Buka Sekolah Kata Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 178 hits
Jangan terburu buru buka sekolah kata Ahmad Zahid Kerajaan digesa tidak terburu buru membuka semula sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka pada 3 Oktober ini memandangkan kadar jangkitan Covid 19 masih tinggi Pres...
Perluas Reformasi Institusi Kepada Semua Ahli Parlimen Pembangkang Kata Bersih

Perluas Reformasi Institusi Kepada Semua Ahli Parlimen Pembangkang Kata Bersih

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 149 hits
September 13 2021 BERSIH 2 0 mengalu alukan janji untuk menerbitkan butiran persefahaman semasa majlis menandatangannya PETALING JAYA Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH 2 0 berharap reformasi institusi yang dicadangkan oleh kerajaan dan ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday