Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Seluruh Malaysia
Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Bajet Rendah Di Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila bercakap tentang reka bentuk dalaman rumah memang Sha teruja. Siapa yang tak sukakan rumah yang cantik, nampak mewah dan eksklusif kan? Kalau korang nak tahu, dari zaman sekolah Sha memang jenis suka ubah suai kedudukan perabot dalam bilik sendiri. Maklumlah jenis cepat bosan, ada saja idea nak hias bilik tidur. Bila masuk sekolah teknik, belajar pula melukis pelan rumah jadi lagi seronok belajar.
Bila nak susun atur rumah sendiri selalu ada rasa macam tak kena dengan mata. Jadi Sha pun ada jugalah keinginan untuk mengupah interior designer. Tapi ada ke di luar sana designer yang menyediakan servis rekabentuk dalaman dengan bajet rendah? Bukan apa, setiap orang pasti ada bajet tersendiri mengikut kemampuan sendiri. Korang jangan risau, korang boleh juga dapatkan Design Collection IDW Design & Build sebagai panduan ubahsuai rumah sendiri.
Design Collection IDW Design & Build ini dikeluarkan oleh pengasas IDW Design & Build Sdn.Bhd sendiri. Pastinya buku ini dikeluarkan untuk memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan perkhidmatan rekabentuk dalaman. Sebelum kita berangan nak rumah cantik-cantik jom kita tengok dulu sejarah terciptanya IDW Design & Build ini.
Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Bajet Rendah Di Malaysia
Cabaran Membina IDW Syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) bermula pada tahun 2007 oleh Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Penubuhan syarikat ini didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta. Pada usia 23 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.
Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.
Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.
Tragedi KebakaranPengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.
Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.
Fenomena COVID Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.
Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection. Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi. Pandangan Sha tentang IDW Design & Build
Biasanya Sha beli majalah berkaitan rekabentuk dalaman, Sha setakat boleh tengok gambar yang dah siap sahaja. Berbanding dengan IDW Design & Build ini kerana Sha dapat melihat rekabentuk dengan terperinci. Maklumlah kalau nak buat yang betul-betuk cantik dan kena dengan saiz ruang rumah kita, kita kena tahu bentuk dan ukuran yang betul. Paling best pilihan warna yang ada dalam buku ini sangat kena dengan citarasa warna kegemaran Sha.
Buku yang mengandungi 200 design yang kita boleh jadikan rujukan sebelum memulakan ubah suai. Kerja ubahsui rumah bukanlah kerja mudah, jadi kita kena tahu apa yang kita mahukan sebelum kerja dijalankan.
Jadi dengan buku ini korang senang nak buat rujukan. Mudah kerana ianya telah dibahagi kepada 10 bahagian iaitu:
1. Living area2. Walkin Wardrobe3. Dining Area4. Bedroom Area5. Office Area6. Kitchen Area7. Foyer Area8. Laundry Area9. Family Area10. Muslim Prayer Area.
Sebab Anda Perlu Dapatkan Design Collection Daripada IDW
Menawarkan 200 pilihan design untuk kita rujuk dan pilih.Tawaran harga yang mampu milikDapatkan "PLUG & PLAY" Interior Design Book pertama di Malaysia.Boleh layari IDWhomes - Better Living, Better You untuk lihat pakej yang anda berminat siap dengan harga.RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL : RM 2897)
Testimoni Pelanggan Yang Telah Menggunakan Khidmat IDW Design & Build Sdn Bhd
Tak sangka resort terkenal di kampung Sha sendiri iaitu Arwana Resort Pulau Perhentian Besut Terengganu juga menggunakan khidmat IDW Design & Build Sdn Bhd
Bagaimana Nak dapatkan Buku Design Reka Bentuk Dalaman Daripada IDW ?
Jika korang teringin dapatkan buku rekaan dalaman IDW ini korang boleh layari laman web rasmi mereka dan juga melihat kemaskini media sosial mereka yang terkini tentang design mereka di :
Website:https://idw.design/idw-collection-design/
Instagram :
https://www.instagram.com/idw.design/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2021/03/perkhidmatan-reka-bentuk-dalaman-bajet-rendah.html