Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Dengan Idw Design Collection


IDW Design Collection, Buku Rujukan Reka Bentuk Dalaman Mudah Guna
Rumah dengan reka bentuk dan susun atur dalaman yang kemas serta cantik menjadi idaman setiap orang. Barulah selesa dan ceria setiap hari kan. Tapi kerja mereka bentuk dalaman rumah bukanlah satu kerja yang mudah. Adakalanya tidak menjadi seperti yang diinginkan akibat kekurangan ilmu tentangnya. Ada yang mahu mendapatkan perkhidmatan pereka bentuk dalaman, bajet pula terhad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam norma baharu ini. Tapi syukur, kini ada servis reka bentuk dalaman rumah mampu milik dengan IDW Design Collection

Buku IDW Design Collection
IDW Design Collection? Ya, ia adalah sebuah buku hasil daripada pakar dalam bidang reka bentuk dalaman yang menghimpunkan ratusan koleksi plan, lukisan gambar dan garis panduan pengubahsuaian yang lengkap untuk pelbagai ruang dalam rumah. Memang memudahkan kita untuk membuat rujukan pada bila-bila masa

Ini adalah pertama kali Mai memegang dan melihat buku IDW Design Collection. Teruja membuka kulit keras buku ini dan membelek setiap helai muka surat didalamnya. Banyak idea menarik rekaan terkini yang boleh diikuti untuk pelbagai ruang rumah seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur, pejabat, ruangan dobi, ruangan solat dan lain-lain lagi. Bagi Mai, memang berbaloi memilikinya. Bila-bila masa nanti kalau nak ubah susun atur rumah sendiri atau sebagainya, boleh terus rujuk buku ini. Senang



Cabaran Membina IDWUntuk pengetahuan anda, buku IDW Design Collection adalah hasil daripada pasangan pereka bentuk dalaman, Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah yang merupakan pemilik syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW). Mereka memulakan syarikat ini pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Namun, tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran
Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.
Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna

Fenomena COVIDTahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.
Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar
Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi




Menarik kan buku IDW Design Collection? Amat berbaloi untuk dimiliki. Ada berita baik untuk anda juga! Kalau anda berminat dengan "plug & play" interior design book pertama di Malaysia ini, anda boleh dapatkannya di laman https://idw.design/idw-collection-design/ dengan harga promosi RM397 (HARGA ASAL: RM2897). Isi kandungan buku ini pasti tidak menghampakan anda. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2021/03/servis-reka-bentuk-dalaman-rumah-mampu-milik-IDW-.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idw Design Collection Idea Reka Bentuk Dalaman Rumah Di Malaysia Dengan Ruang Yang Selesa Dan Praktikal

Idw Design Collection Idea Reka Bentuk Dalaman Rumah Di Malaysia Dengan Ruang Yang Selesa Dan Praktikal

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 112 hits
Assalamualaikum Salah satu aktiviti masa lapang Fiza adalah menonton televisyen dan antara rancangan kegemaran Fiza adalah dengan menonton salah satu channel berbayar yang mana siarannya berkisar mengenai rumah Fiza paling suka tonton siara...
Kini Semua Mampu Miliki Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Idaman Dengan Idw Design Collection

Kini Semua Mampu Miliki Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Idaman Dengan Idw Design Collection

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 59 hits
Kini Semua Mampu Miliki Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Idaman Dengan IDW Design Collection Memiliki rumah idaman dengan interior design yang eksklusif dan mewah tentu menjadi impian semua orang Namun begitu agak sukar bagi yang kurang ber...
Design Collection Idw 200 Design Dalaman Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

Design Collection Idw 200 Design Dalaman Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 172 hits
Aishhh lawa betullah hiasan dan deko dalaman rumah akak sorang ini Walaupun rumahnya tu cuma rumah flat Tapii serius lah memang cantik Pandai dia gabungkan warna dengan perabot dan hiasan lain dalamnya tu Tak ketara sangat ruang sempit kat ...
Idw Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos

Idw Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 187 hits
IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos Memang bukan murah untuk mendapatkan khidmat ID professional yang cukup bijak menzahirkan rekaan untuk rumah kita apatah lagi rumah masakini cukup terhad ruangannya ...
Dapatkan Idea Dekorasi Dari Buku Idw Design Collection Untuk Menceriakan Rumah

Dapatkan Idea Dekorasi Dari Buku Idw Design Collection Untuk Menceriakan Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 137 hits
Dapatkan Idea Dekorasi dari Buku IDW Design Collection Untuk Menceriakan Rumah Wow Bagusnyaaaa Yes that is the word yang keluar dari mulut Nona bila buku ni sampai dan Nona membeleknya one by one page tu Bagi yang berminat aktiviti mendekor...
Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah Idw Design Collection Kan Ada

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah Idw Design Collection Kan Ada

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 152 hits
Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah IDW Design Collection Kan Ada Memiliki rumah yang cantik besar kemas dan tersusun adalah idaman semua orang Tak kisah la rumah tu jenis apa sama ada rumah teres kampung mah...
Guna Idw Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah

Guna Idw Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 206 hits
Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah Impian semua orang untuk miliki rumah cantik kemas dan susun atur yang teratur tapi bukan semua orang mampu mengupah interior designer untuk lakukannya Ada yang rujuk majalah te...
Perkhidmatan Pakej Rekabentuk Mewah Dan Moden Ruangan Dalam Rumah Impian Bajet Rendah Dengan Design Collection Idw

Perkhidmatan Pakej Rekabentuk Mewah Dan Moden Ruangan Dalam Rumah Impian Bajet Rendah Dengan Design Collection Idw

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 129 hits
Perkhidmatan pakej rekabentuk mewah dan moden ruangan dalam rumah impian bajet rendah dengan Design Collection IDWMelangkah kaki masuk ke dalam ruangan rumah lepas tu nampak cantik kemas dan ada ciri ciri yang di impikan memang impian semua...
Naskah Idw Design Book Merealisasikan Ruang Impian Dalaman Rumah Setiap Insan

Naskah Idw Design Book Merealisasikan Ruang Impian Dalaman Rumah Setiap Insan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 161 hits
Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat MalaysiaSetiap dari kita pasti menginginkan sebuah rumah dengan tatarias ruang dalaman mengikut impian yang telah lama terpendam Ana sendiri melaluinya ketika mula mula menandatangan...
Bpr Dalam Proses Pengkreditan

Iq Netizen Mengatasi 70 Menteri

Sulthan Movie 2021

Sekolah Vernakular Berhak Wujud

Total Lock Down Suntik Untuk Vaksin Semua Rakyat Adun Pkr

10 Alternatives To Alternative Energy

In Court Papers Govt Says Vernacular Schools Part Of Education System

Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Forensik Astro Citra

5 Filem Tentang Ibu Yang Menakutkan

Kenapa Kapal Terbang Meninggalkan Garisan Asap Putih di Udara

Resepi Biskut Marble Susu Cappuccino Paling Gebu dan Cair di Mulut

5 Kontroversi Terbesar Yang Dicetuskan Oleh Neelofa


Puaka Hari Raya Lakonan Hisham Hamid Khatijah Tan

Taman Koperat Ukhuwah Pulau Serai Dungun Terengganu

Rendang Pedas Ayam Di Pagi Raya

Lirik Lebih Baik Sakit Gigi Via Vallen

Lirik Om Pim Pa Trio Sikumbang

Moh Found Serious But Temporary Post Vaccination Side Effects Says Adham